Wednesday, March 31, 2010

Beringat & Bersyukur

Dr. Sharifah Bee [Timbalan Pengarah BPG, sebelumnya Timbalan Pengarah BPK] bersama Hj. Ali [Pengarah BPK]. Dr. Sharifah kini sedang uzur akibat tumpah darah yang banyak.

Din Beramboi, Radio ERA sedang koma di Hospital Selayang.

i-city @ Shah Alam

Tarikan baru di Shah Alam. Pengunjungnya terlalu ramai. Kalau tak biasa bersesak, baik tangguh dulu.

Wednesday, March 24, 2010

Putih di selubungi Hitam

Masjid Nurul Islam, Patong, Phuket.
Jadual Masuk Waktu & Waktu Solat
1. Good guys go to heaven, bad guys go to Patong.
2. Hari Jumaat - Solat Jumaat. Masjid Nurul-Islam berhampiran Nanai Rd.
3. Tiba 10 minit awal - agak terperanjat kerana masjid lengang!
4. Menjelang masuk waktu Zohor, beransur-ansur jemaah bertambah.
5. Rupa-rupanya sebaik selepas azan zohor, ada pengumuman agak panjang oleh AJK[mungkin].
6. Bila imam mula khutbah, dewan dah penuh!
7. Bila mula solat, serambi dan kawasan tangga juga dah penuh dengan jemaah.
8. Budaya di sana rupanya solat waktu dijalankan lebihkurang 10 minit selepas azan.
9. Sebaik melangkah keluar dari masjid dan melalui selekoh pertama, realiti hidup di Patong menjelma semula. Pelancong yang kurang pakaian berkeliaran.

Si"Lucah" yang tak Terlampau

Porn & Anum
1. Hajat nak meronda Patong dan Phuket.
2. Agar mudah dan cepat - sewa motorsikal.
3. Tepi jalan nampak "Motorcycle For Rent - 2500B"
4. Syarat - bayar sewa & tinggal passport.
5. Setuju lalu isi borang dan tandatangan.
6. Tersenyum & tergelak [dalam hati] sebab dalam borang tu tauke namanya "PORN"
7. Namun begitu PORN tidak lucah, malah baik hati. Sewaktu pulang motor, dia siap hantar kami balik ke hotel [bertiga naik motor] - FOC!!

Thursday, March 18, 2010

Bercuti @ Phuket

Selepas check-in tadi kami jejalan sekitar hotel. Seperti yang dijangka ramai yang jalan selamba sambil tunjuk badan. Yang lelaki tak berbaju [yang boroi ada pulak bajunya...]. Yang perempuan jangan cakaplah..... pakaian pantai terbawa-bawa ke shoping complex.

Wednesday, March 17, 2010

100313 Mini Reunion MPB 79/80


Tarikh : 13 mac 2010 [Sabtu]
Lokasi : Klebang Beach Resort
Tujuan : Reunion Pelajar MPB 79/80

1. Antara bekas pelajar yang hadir dari kumpulan PIS, PIIA, IAS dan PPAK[I].
2. Seramai 20 orang berjaya hadir [tidak termasuk ahli keluarga]
3. Jutaan terima kasih kepada penganjur.
4. Walau pun ringkas dan hanya aku seorang dari PPAK[I], perjumpaan amat bermakna.
- beri kesedaran & amat bersyukur masih sihat dan bernyawa
5. Harapkan bila perjumpaan berikutnya [mungkin di KL / Putrajaya] lebih ramai hadir.

Saturday, March 13, 2010

Mana yang betul?

Kenangan selama 7 tahun melintas datang sewaktu terpandang papan tanda ni ....

Mesy PIBG SMK Putrajaya P9[1]

Antara kaedah yang pernah digunakan untuk tarik kehadiran ahli PIBG adalah;
1. cabutan nombor bertuah
2. jamuan enak @ istimewa
3. kehadiran selebriti
4. ceramah oleh selbriti
5. mesyuarat waktu malam hari kerja
6. mesyuarat hujung minggu bukan gaji
7. dll
Tapi rasanya selagi tiada kesedaran diri, apa pun kaedah digunakan, ibu bapa masih tidak minat hadir ........

Wednesday, March 10, 2010

Kursus Pengurusan Mesyuarat Berkualiti

09 & 10 Mac 2010
Matlamat
- Nak dapat ilmu
- Agar lebih berkesan semasa mengendalikan mesyuarat
Senjata
- Asam
- Gula-gula
Refleksi
- Amat bagus
- Berguna

Tuesday, March 9, 2010

My New Office

Just moved into my new office. They forgot to replace the sign.

Friday, March 5, 2010

Maulidul-Rasul @ Kampus Pend. Islam

Pengalaman baru untuk aku. Sambutan Maulidul-Rasul di KPI amat hebat. Walaupun dikendalikan oleh pelajar, jadual pengisiannya amat berkesan. Tiada masalah dalam menugaskan pelajar untuk berzanji, mengaji, selawat dll [dah namanya pun Kampus Pend. Islam!]. Bagaimanapun apa yang aku nak kongsi adalah petikan daripada jadual aturcara yang disediakan.
+++++++++++++++++++++
Bagaimanakah kita meraikan hari kelahiran kekasih Allah? Sekadar berarak, berselawat, berzanji dan mendengar ceramah berkenaan keesaran baginda?
Semua yang kita lakukan itu hanyalah simbolik. Yang lebih peting ialah bagaimana kita menghayati dan menuruti segala ajaran yang telah baginda turunkan kepada kita.
Nabi Muhamad s.a.w. adalah contoh terbaik untuk menyatupadukan umat. Banyak contoh Rasullulah telah tunjukkan untuk sesuatu berhadapan dengan sesuati isu besar. Rasullah sentiasa bersabar ketika menghadapi dugaan-dugaan besar; bersabar ketika menghadapi penghinaan dan tekanan dan bersabar ketika menyelesaikan masalah pertelingkahan umat Islam.
Sebaliknya kita masa kini, malah yang dah bergelar ulama' / pewaris nabi akan melenting bila berhadapan dengan dugaan. Akan marah dan meninggikan suara bila menghadapi tekanan dan membuat pertimbangan mengikut hawa nafsu ketika menyelesaikan pertelingkahan antara dua pihak yang berbeza pendapat. Ke mana hilangnya warisan nabi yang menyuruh kita bersabar dan adil ketika membuat keputusan?
Semoga dengan kehadiran hari memperingati ulang tahun Rasulullah s.aw. pada tahun ini, umat Islam akan berubah kepada mentaliti yang lebih mulia agar terus dihormati dan tidak lagi dikeji. Umat Islam juga diharap dapat bersatu hati ketika berhadapan dengan sesuatu yang melibatkan kesucian agama Islam.

Monday, March 1, 2010

IKLAN untuk Sahabat di Kulai




Drs. Arshad Yahaya dulu sama bertugas di Sekolah Rantau PETRONAS, Terengganu. Kini tinggal di Kulai. Baru-baru ini buka kedai cuci kereta di Kulai; "LESTARY CARWASH"
Sesiapa lalu Kulai dan kebetulan nak cuci kereta @ lori, silalah ke kedainya yang terletak bersebelahan stesyen Petronas arah ke Kota Tinggi. Dijamin memuaskan dan harganya berpatutan.

Tambah Semahunya - Percuma!





Selesai awal urusan rumah sewa di JB, balik ke Putrajaya tidak terburu-buru pada pagi Ahad. Ambil jalan lama, JB - Ayer Hitam - Yong Peng - Labis - Segamat - Gemas _ Tampin - Semenyih - Kajang - Putrajaya. Sambil makan angin pilih jalan lama - dapat jimat tol.....
Hampir Seremban jumpa gerai Cendol Istimewa.
RM 1.00 = Biasa
RM 1.50 = Pulut
RM 1.50 = Kacang
Tambah semahunya = PERCUMA !!!!