Monday, October 31, 2011
Majlis Doa Selamat Restoran Baru
Setelah berjaya membuka beberapa perusahaan kedai makan di sekitar Putrajaya, Syarikat Darul Salam telah membuka satu lagi kiosk baru di Presint 15 yang bernama TomYam King. Sebagai penyumbang utama 200 bungkus makan tengah hari setiap Jumaat, Syarikat darul Salam telah memohon kariah Surau Al-Muhajirin untuk terlibat sama dalam majlis doa selamat sempena pembukaan restoran baru tersebut.Semoga kejayaan ushawan India Muslim tersebut dapat dicontohi oleh para usahawan muslim yang lain.
Inovasi baru untuk perokok
Perokok kini punyai pilihan untuk bertukar gunakan teknologi yang lebih "mesra alam" untuk lepaskan gian mereka. Sebagai seorang yang pernah merokok dan kini amat anti rokok, teknologi ini boleh digunakan oleh perokok tegar dan bagi mereka yang bercadang untuk berhenti merokok secara beransur-ansur.Khabarnya modal permulaan agak mahal kerana membeli set seperti foto di atas. Tetapi kos jangka panjang agak menjimatkan. Antara ciri kebaikannya adalah kebersihan kawasan persekitaran [tiada puntung rokok dan habuk yang menjengkelkan].
Karpet Baru Surau Al-Muhajirin P9
Rasanya baru beberapa tahun lalu Surau Muhajirin di Presint 9, Putrajaya mendapat tajaan karpet baru yang berwarna hijau. Tiba-tiba lebih kurang tiga minggu lalu aku dikejutkan kerana karpet hijau itu diganti pula dengan karpet corak sama tetapi yang berwarna biru. Karpet kali ini lebih "lembut" dan anjal. Tricknya; dibawah lapisan karpet baru tu dilapik dengan "span" ........Namun begitu, syukur kepada Allah kerana kini jemaah surau dapat berikhtikaf dengan lebih selesa.
Monday, October 24, 2011
Hari Isnin Yang Ceria
Semalam banyak acara sukan berlangsung. Antaranya
1. Motor GP di Sepang
- Perlumbaan MotoGP dibatalkan
- Pelumba Itali, Marco Simoncelli mati kemalangan dalam lap ke-2
2. Ragbi piala dunia; perlawanan akhir
- NZealand kalahkan Perancis 8-7
3. Badminton
- Lee Chong Wei tewas perlawanan akhir kepada pemain China
4. EPL
- Arsenal tewaskan Stoke 3-1
- Chelsea tewas kepada QPR; 0-1
- Man U kalah kpd Man City 1-6
Catatan;
Pagi tadi hantar SMS kepada Minjuk "Semoga ceria di pagi Isnin yang indah"
-amat dalam maksudnya .......
1. Motor GP di Sepang
- Perlumbaan MotoGP dibatalkan
- Pelumba Itali, Marco Simoncelli mati kemalangan dalam lap ke-2
2. Ragbi piala dunia; perlawanan akhir
- NZealand kalahkan Perancis 8-7
3. Badminton
- Lee Chong Wei tewas perlawanan akhir kepada pemain China
4. EPL
- Arsenal tewaskan Stoke 3-1
- Chelsea tewas kepada QPR; 0-1
- Man U kalah kpd Man City 1-6
Catatan;
Pagi tadi hantar SMS kepada Minjuk "Semoga ceria di pagi Isnin yang indah"
-amat dalam maksudnya .......
Friday, October 21, 2011
111014 Kelana Jaya
Sejak aku bertugas di BPK sahabat aku Cikgu Nasir (sahabat semasa menajar di Sekolah Rantau PETRONAS) dari KTerengganu dah kemukakan rayuan untuk menunaikan haji di Mekah. Beliau yang sedang jalani rawatan di IJN secara berkala amat berharap dapat laksanakan Rukun Islam ke-5 tersebut. Aku turut bersedih apabila dimaklumkan pada tahun lepas, beliau masih belum terpilih menjadi tetamu Allah. Tiba-tiba pada Rabu lepas beliau talipon mohon jemput di LCCT dan hantar ke Kelana Jaya pada Jumaat 14 Okt 2011. Katanya untuk elak kesulitan familinya dari KTerengganu hantar ke Kelana Jaya.
Didoakan semoga Cikgu Nasir, isterinya dan para jemaah haji yang lain dapat laksanakan ibadah dengan tenang dan pulang dengan selamat. Amin......
111019 Aktiviti Rabu
Kebelakangan ini agak sibuk. Aktiviti hari rabu banyak tertangguh. Alhamdulillah Rabu lepas sempat juga lapangkan waktu ke Alamanda sebaik selesai Maghrib di Surau Presint 9. Punyalah ramai orang........ nampaknya kempen hari Rabu GSC telah menampakkan kesan memberangsangkan. Hajatnya nak tonton The Three Musketeers, tapi tiket dah habis. Yang ada 3 tempat kosong untuk Real Steel. Boleh tahan juga ceritanya.....Sebelum masuk panggung terserempak dengan famili arwah Cikgu Baharudin (sama belajar di IPSI & jiran di Presint 9) serta famili En. Amin (kariah Surau Presint 9).
Subscribe to:
Posts (Atom)
