Monday, May 9, 2011

Majlis Akad Nikah @ Masjid Al-Rahman Banda Acheh

Pengantin; berbaju putih

Kumpulan hadirin wanita

Kumpulan hadirin lelaki

Label untuk imam dan pengantin lelaki

Di hadapan masjid

Kami bernasib baik dapat lihat majlis akad nikah sewaktu ziarah Masjid Al-Rahman. Aturcaranya lebih kurang sama seerti yang dijalankan di Masjid Putra, Putrajaya.
a. Persamaan
1. Ada label penanda untuk para hadirin, pengantin, saksi, imam dan lain-lain.
2. Tetamu wanita dan lelaki tidak duduk bersama.
3. Semua yang hadir perlu memakai pakaian menutup aurat.
4. Ceramah @ nasihat @ khutbah oleh imam khas untuk pengantin dan para hadirin.

b. Perbezaan
1. Ada pemandu acara [juruacara]; memaklumkan acara yang akan @ sedang berlangsung.
2. Acara dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Qari [mungkin petugas masjid]
3. Khutbah @ nasihat yang agak panjang lebar diberi oleh imam sebelum majlis akad nikah,
Di Masjid Putra, jika banyak masa & kurang pasangan, khutbah dijalankan selepas akad nikah.

Nota
1. Kami tak sempat tonton majlis akad nikah kerana khutbah terlalu lama dan kami perlu segera ke pelabuhan untuk de Pulau Sabang.
2. Sementara tunggu pasangan pertama dinikahkan, rombongan untuk pernikahan ke-dua telah mula berkumpul di dalam masjid.

Thursday, April 21, 2011

Sperm Count

An 85 year old man was requested by his doctor for a sperm count as part of his physical exam. The doctor gave him a jar and said, "Take this jar home and bring back a semen sample tomorrow".
The next day the 85 year old man reappeared at the doctor's office and gave him the jar, which was empty as on the previous day. The doctor asked, "What happened?"
The man explained, "Well doc, it's like this, first I tried with my right hand, but nothing. Then I tried with my left hand, but still nothing. Then I asked my wife for help. She tried with her right hand, then with her left, still nothing. She tried with her mouth, first her teeth in, then with her teeth out, still nothing."
The man continued, "We even called up Arleen, the lady next door and she tried too. First with both hands, then an armpit, and she even tried squeezing it between her knees, but still nothing."
The doctor was shocked! "You asked your neighbour?"
The old man replied, "Yep, non of us could get the jar opened."

Kolam Renang di Jalan P9 G1/4

Baru-baru ini kami di Jalan P9 G1/4 berpeluang untuk punyai kolam renang sendiri. Kolam ini atas ikhsan paip bocor di hadapan rumah En. Azlan. Malangnya kolam itu hanya muat untuk seorang pekerja kontraktor sahaja. Sebaik sudah dia mandi, dia pun keringkan kolam.

Friday, April 1, 2011

membazir

1. Membazir ilmu
- Tidak mengamalkan
- Tidak menyebarkan
2. Membazir tenaga
- Tenaga diguna untuk perkara tidak berfaedah
- Tenaga tidak diguna dengan cekap
3. Membazir otak & fikiran
4. Membazir anggota tubuh
5. Dal pelbagai jenis pembaziran.

Yang hairannya..... bukan sahaja mereka yang mewah sahaja membazir, golongan sederhana dan rendah juga ramai yang membazir. Ada yang berbelanja barang mewah untuk menunjuk-nunjuk walhal wang tersebut boleh digunakan untuk ahli keluarga yang mungkin lebih memerlukan.

Kesimpulan
Alhamdulillah, aku kurang membazir hari ini kerana mendengar dan dapat mengingat beberapa isi utama khutbah yang yang bertajuk "MEMBAZIR" sewaktu solat jumaat doi masjid ipg-kpi.

Thursday, March 31, 2011

Imbas Kembali ........

Minggu lepas, awalnya aku agak marah dengan Bank Islam Putrajaya kerana mesin deposit tunainya tidak mahu terima bayaran bulanan pinjaman perumahan aku seperti biasa. Setelah gagal 4 kali cubaan, aku ke kaunter untuk bayar tunai. Bila aku maklumkan nak bayar pinjaman perumahan petugas tu dengan senyum sinis beritahu bahawa pinjaman aku DAH HABIS BAYAR. Termangu aku sekejap. Gembira ada sebab satu beban dan beres, tapi malu pun ada sebab tak prihatin. Aku segera teringat kembali .............. Sekitar tahun 1984, Kerajaan Negeri Johor jalankan kempen pemilikan rumah untuk rakyatnya. Pada masa itu banyak rumah murah [RM22,500 seunit] dibina dan semua yang layak digalakkan untuk memohon. Aku tidak ketinggalan isi borang di pameran yang diadakan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru. Tak lama setelah itu, aku dimaklumkan aku berjaya mendapat sebuah rumah "end-lot" di Taman Skudai Baru. Jika berminat aku perlu bayar 10% wang pendahuluan. Dengan gaji masih rendah, agak mustahil untuk ada tunai RM2250.00. Atas nasihat kawan-kawan aku ke Bank Kerjasama Rakyat Malaysia untuk buat pinjaman peribadi. Sambil tu aku ke bank Islam untuk dapat pinjaman pembiayaan. Walau pun dapat pinjaman 100% tapi duit lebih aku tak simpan.Untuk 3 tahun pertama, kena bayar 2 bank [memang agak sukar untuk imbang perbelanjaan sebab gaji masih kecil].

Thursday, March 3, 2011

Makan Tuan

Jabatan HEP tempat aku kerja tak pernah kompromi dengan pelajar yang bawa kenderaan dan letak di kawasan bangunan pentadbiran. Semua Pak Guard telah diberi taklimat dan kebenaran khas untuk "merantai" kenderaan tanpa pelekat khas yang di letak di kawasan bangunan pentadbiran. Antara sebab utama adalak untuk elak sesak kerana lot tempat letak kenderaan yang amat terhad.
Atas alasan minyak motor EGoS dah habis, Amirul guna motor EX5 yang biasa aku guna untuk ke tempat kerja [punyai pelekat]. Taktik biasa yang digunakan untuk elak beli petrol.... Jadi, untuk hari tu aku guna EGoS tu ke tempat kerja.
Sewaktu habis kerja dan nak balik, alangkah terperanjatnya aku kerana ada notis pada EGos tu. Bila aku baca, nak tergelak pun ada, nak marah pun ada. Sambil jeling sekitar aku lihat roda depan EGos tu dah dirantai! Alasan - tiada pelekat khas......
Dengan muka tebal, aku segera ke balai Pak Guard mohon buka mangga. Sambil berkali-kali minta maaf sebab dah "terantai" motor aku, Pak Guard tu sempat "sound" kenapa tak tampal pelekat "staf". Aku ngaku salah dan janji tak buat lagi ......

A college up on a hill

Aku pernah habiskan masa selama 2 tahun di bangunan ini. Tahun 1 di tingkat 10 dan Tahun 2 di tingkat 8. Zaman dahulu tak berapa keras peraturannya. Tingkat 7 ke bawah adalah asrama pelajar perempuan. Kalau naik asrama lepas nonton tv [pukul 10 mlm - lift tutup] banyak jumpa pelajar-pelajar rajin yang buat GERKO tangga ......
Di balik dinding berlubang tu ..... lokasi kegemaran aku
Suatu masa dahulu [sekitar tahun 1979 - 1980] aku pernah berada di situ. Punyai ramai sahabat, timba banyak ilmu dan alami banyak pengalaman baru.
Kebetulan hari ini ada Mesyuarat Penyelarasan Konvo untuk pelajar PISMP di situ, aku tak lepas peluang untuk jengah lokasi-lokasi kegemaran aku dulu. Banyak telah berubah. Bilik Mesyuarat Rais Yatim [jangan tanya kenapa ambil nama tu ...] tempat aku mesyuarat tadi, dahulunya adalah pusat sumber.
Tidak ketinggalan, tempat aku mendengar [terlena?] khutbah Jumaat di surau @ masjid kini sudah dijadikan bilik solat wanita. Lokasi kegemaran aku adalah di saf pertama tetapi di luar dewan masjid [di kaki lima]. Walau pun lewat pergi masih dapat tempat dalam saf pertama.....