Thursday, March 31, 2011

Imbas Kembali ........

Minggu lepas, awalnya aku agak marah dengan Bank Islam Putrajaya kerana mesin deposit tunainya tidak mahu terima bayaran bulanan pinjaman perumahan aku seperti biasa. Setelah gagal 4 kali cubaan, aku ke kaunter untuk bayar tunai. Bila aku maklumkan nak bayar pinjaman perumahan petugas tu dengan senyum sinis beritahu bahawa pinjaman aku DAH HABIS BAYAR. Termangu aku sekejap. Gembira ada sebab satu beban dan beres, tapi malu pun ada sebab tak prihatin. Aku segera teringat kembali .............. Sekitar tahun 1984, Kerajaan Negeri Johor jalankan kempen pemilikan rumah untuk rakyatnya. Pada masa itu banyak rumah murah [RM22,500 seunit] dibina dan semua yang layak digalakkan untuk memohon. Aku tidak ketinggalan isi borang di pameran yang diadakan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru. Tak lama setelah itu, aku dimaklumkan aku berjaya mendapat sebuah rumah "end-lot" di Taman Skudai Baru. Jika berminat aku perlu bayar 10% wang pendahuluan. Dengan gaji masih rendah, agak mustahil untuk ada tunai RM2250.00. Atas nasihat kawan-kawan aku ke Bank Kerjasama Rakyat Malaysia untuk buat pinjaman peribadi. Sambil tu aku ke bank Islam untuk dapat pinjaman pembiayaan. Walau pun dapat pinjaman 100% tapi duit lebih aku tak simpan.Untuk 3 tahun pertama, kena bayar 2 bank [memang agak sukar untuk imbang perbelanjaan sebab gaji masih kecil].

Thursday, March 3, 2011

Makan Tuan

Jabatan HEP tempat aku kerja tak pernah kompromi dengan pelajar yang bawa kenderaan dan letak di kawasan bangunan pentadbiran. Semua Pak Guard telah diberi taklimat dan kebenaran khas untuk "merantai" kenderaan tanpa pelekat khas yang di letak di kawasan bangunan pentadbiran. Antara sebab utama adalak untuk elak sesak kerana lot tempat letak kenderaan yang amat terhad.
Atas alasan minyak motor EGoS dah habis, Amirul guna motor EX5 yang biasa aku guna untuk ke tempat kerja [punyai pelekat]. Taktik biasa yang digunakan untuk elak beli petrol.... Jadi, untuk hari tu aku guna EGoS tu ke tempat kerja.
Sewaktu habis kerja dan nak balik, alangkah terperanjatnya aku kerana ada notis pada EGos tu. Bila aku baca, nak tergelak pun ada, nak marah pun ada. Sambil jeling sekitar aku lihat roda depan EGos tu dah dirantai! Alasan - tiada pelekat khas......
Dengan muka tebal, aku segera ke balai Pak Guard mohon buka mangga. Sambil berkali-kali minta maaf sebab dah "terantai" motor aku, Pak Guard tu sempat "sound" kenapa tak tampal pelekat "staf". Aku ngaku salah dan janji tak buat lagi ......

A college up on a hill

Aku pernah habiskan masa selama 2 tahun di bangunan ini. Tahun 1 di tingkat 10 dan Tahun 2 di tingkat 8. Zaman dahulu tak berapa keras peraturannya. Tingkat 7 ke bawah adalah asrama pelajar perempuan. Kalau naik asrama lepas nonton tv [pukul 10 mlm - lift tutup] banyak jumpa pelajar-pelajar rajin yang buat GERKO tangga ......
Di balik dinding berlubang tu ..... lokasi kegemaran aku
Suatu masa dahulu [sekitar tahun 1979 - 1980] aku pernah berada di situ. Punyai ramai sahabat, timba banyak ilmu dan alami banyak pengalaman baru.
Kebetulan hari ini ada Mesyuarat Penyelarasan Konvo untuk pelajar PISMP di situ, aku tak lepas peluang untuk jengah lokasi-lokasi kegemaran aku dulu. Banyak telah berubah. Bilik Mesyuarat Rais Yatim [jangan tanya kenapa ambil nama tu ...] tempat aku mesyuarat tadi, dahulunya adalah pusat sumber.
Tidak ketinggalan, tempat aku mendengar [terlena?] khutbah Jumaat di surau @ masjid kini sudah dijadikan bilik solat wanita. Lokasi kegemaran aku adalah di saf pertama tetapi di luar dewan masjid [di kaki lima]. Walau pun lewat pergi masih dapat tempat dalam saf pertama.....

Saturday, February 12, 2011

Langit Cerah - Hujan Lebat II

Semua berjalan lancar. Daftar masuk, timbang begasi, bergerak ke Balai Berlepas dll. Semua OK sahaja. Namun sebaik jam hampir menunjukkan jam 9.00pagi, mood dah mula berubah.
Sebaik nak melangkah masuk melepasi pegawai polis yang mengawal Balai Berlepas dan bersalam-salaman, tiba-tiba cuaca mula berubah. Walau pun langit tetap cerah, hujan yang selama ini dapat ditahan dah tak boleh dibendung lagi ..........
Maka bermulalah episod baru dalam hidup famili kami. Abang Arif mula bertugas di SK Inandung, Keningau, Sabah. Amirul terpaksa pikul tugas jadi 'panglima' famili. Kancil & Iswara jadi rebutan.....

Friday, February 11, 2011

Wednesday, February 9, 2011

Langit Cerah - Hujan Lebat I

Sebelum Subuh lagi hari ini semua ahli famili aku dah siap siaga. Sebaik bunyi azan Subuh dari Surau Al-Muhajirin berakhir, masing-masing terus segera bersolat. Dek kerana nak kejar waktu [ERL?] aku juga Subuh di rumah.
Anum, Fathiyah, Amirul, Arif, Nurul & Aku melintasi Surau Al-Muhajirin sebaik bilal melaungkan Qamat. Kami ada lebih kurang 20 minit untuk siap siaga di tepi landasan ERL Putrajaya selain perlu singgah di kantin SK Putrajaya 2 [hantar Fathiyah & kuih]. Alangkah terperanjatnya kami apabila kawasan letak kereta awam di Putrajaya Sentral telah 'dipagar'. Pengguna kini dikenakan bayaran untuk dapat kemudahan & keselesaan letak kereta di situ. Pemandu kereta di hadapan kami rasanya juga terperanjat [macam kami] akan perkembangan terbaru itu kerana beliau terkial-kial untuk mengarahkan palang halangan terangkat.

Takut terlewat aku buat pusingan U dan ke kawasan letak kereta di bahagian belakang. Atas kekhuatiran ditinggalkan ERL aku pandu masuk tak melalui kawasan berpalang. [Dalam bab lain aku akan ceritakan bagaimana caranya ....]

Kami [termasuk Fathiyah yang ponteng sekolah] hanya ada 60 saat sebelum ERL transit ke KLIA tiba. Akhirnya, Alhamdulillah kami sempat sampai ke kaunter L15 dalam zon waktu yang ditetapkan. Berbagai peristiwa dan pengalaman berlaku sepanjang berada di kawasan Kaunter L15. Yang paling tidak terlupakan ialah apabila seorang bapa telah siap sedia dengan kad kredit di tangan apabila tiba giliran anak lelakinya. 44kg. - Rekod baru. Apabila aku congak, tak kurang RM285 lelaki itu 'menderma' kepada MAS.

Thursday, December 30, 2010

101230 M'sia lwn Ind"sia

Win-win Result
Pada aku keputusan Malaysia tewas 1-2 dalam pertandingan akhir kedua malam tadi dan Malaysia menang 4-2 [agregate] dalam Kejohanan Piala Suzuki adalah keputusan paling adil.
Aku, seperti ramai rakyat Malaysia [mungkin] yang selama ini sudah hilang minat untuk menonton dan mengambil tahu perkembagan bolasepak tempatan kini kembali bersemangat semula. Kalau sebelum ini diminta menamakan 3 pemain bolasepak Malaysia yang aku tahu pasti aku akan gagal. Berbanding jika diminta menamakan lima pemain utama Arsenal, aku akan sebut bukan setakat lima tapi aku akan beri kesebelasan pemain utama terkini.

Yang paling aku puji adalah semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan dalam kedua-dua perlawanan akhir tersebut [kecuali insiden laser di Bukit Jalil]. Paling ketara adalah sikap para pemain yang nampak lebih profesional seperti tidak "mengada-ngada" cedera apabila berebut bola dan juga tidak cepat "melenting" apabila dikasari. Sebelum ini dalam pertandina bolasepak tempatan aku paling menyampah bila ada pemain yang dikasari [walau pun secara tidak sengaja] segera bangun dan hendak bergaduh. Dalam kejohanan EPL contohnya, pemain yang dikasari akan menyerahkan keputusan kepada pengadil dan terus menyambung permainan. Begitu juga sikap para pemain yang tidak sengaja melewat-lewatkan permainan apabila sudah berada dalam posisi menang.

Indonesia walau pun gagal memenangi Piala Suzuki tetapi mereka masih boleh berbangga kerana berjaya beroleh kemenangan dalam final kedua dan berjuang dengan semangat yang tinggi. Pemain Malaysia pula selain memengangi Kejohanan ini, secara langsung telah memberi kepercayaan baru kepada rakyat Malaysia bahawa bolasepak kita telah kembali ke landasan yang betul untuk menuju era kegemilangan sewaktu Mokhtar Dahari dahulu.
Syabas Malaysia!!!

Nota
Kepada saudara-mara di Indonesia [terutama di Desa Gejlek, Pekalongan, Jawa Tengah] diharapkan keputusan perlawanan ini tidak merenggangkan tali persaudaraan kita.