Monday, September 6, 2010

Terkenang Para Sahabat

Bersama Iskandar

Bersama Nasrullah

Sepanjang bersolat Terawih di Surau Al-Muhajirin, Presint 9, ada kalanya membawa kenangan kepada sahabat-sahabat lama semasa di SK Putrajaya 2, Presint 9.
Semoga roh arwah-arwah Mohd. Razip, Amely, Khairi dicucuri rahmat dan tergolong dalam mereka yang beriman. Amin ......

Sunday, September 5, 2010

100905 Kuliah Subuh @ Surau Al-Muhajirin

Kuliah yang disampaikan oleh Penceramah Jemputan [Pegawai JAKIM] amat bermanafaat. Terlalu memberi perhatian sehingga beberapa jemaah tunduk tanda setuju ...........

Saturday, August 21, 2010

Berbuka @ Masjid Besi


Masing-masing letih dan ngantuk kerana tak tidur dari 2.30am semalam. Bersahur bersama "Fafau" & "FBI" punya pasal. Kami berpakat untuk berbuka di masjid Besi. Tapi sebelum tu sempat juga meninjau jualan Metrojaya di PICC [tak ngantuk pula ....... ]

Friday, August 13, 2010

Borang Analisis Kehadiran

Sila buka dan simpan guna "save as" dan namakan fail seperti contoh berikut;

PISMP 4_04 1007 Analisis Kehadiran

Sunday, August 1, 2010

Jamuan JHEP

Pn. Kamsiah, Dr. Zaida Nor, Cik Latipah & Dr. Mohd Hussin
Azahar, En. Ali Ahmad & En. Ruslan
Sejak masuk JHEP, baru kali ini kami adakan jamuan di luar. Kamai ke Gerai Nasi Arab @ UNITEN. Jamuan sempena pertukaran Pn. Kamsiah ke IPG Pusat dan En. Azahar berjaya lanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda di KUITO, Batu Pahat, Johor.
Aku dah mula menggantikan Azahar sepanjang sebulan ketiadaannya. Minggu lepas ke Sg. Lang, Banting dan minggu depan BIG Perkhemahan.

Karpet Baru

Surau Al-Muhajirin Presint 9 telah mendapat peruntukan untuk karpet baru. Warna hijau.

Monday, July 26, 2010

Dugaan

Sejak balik awal minggu lalu, kelibat Sdr Abu Bakar tidak kelihatan dan azannya tidak kedengaran. Mushkil juga apa puncanya.
Rupa-rupanya beliau kemalangan sewaktu menunggang motor ke tempat kerja. Beliau terlanggar seorang pejalan kaki yang melintas di hadapan sebuah lori yang sedang bergerak perlahan di lampu isyarat. Akibatnya beliau cedera. Bahagian pinggangnya sengal. Terpaksa guna tongkat sewaktu berjalan. Solat pun terpaksa guna kerusi.
Diharap dan didoakan agar Sdr. Abu Bakar akan tabah dan bersemangat waja untuk kembali sihat.