Thursday, April 29, 2010
Tuesday, April 27, 2010
Pandangan Peribadi II

- Adik Saya Bukan Penjenayah -Tujuan posting ini bukan untuk komen sama ada murid yang mati tertembak oleh polis itu penjenayah atau tidak. Tetapi aku sekadar nak membetulkan kebiasaan [habit] anak muda kini [terutama 2 anak remaja lelaki aku] yang gemar "melepak" di luar [kedai mamak - untuk minum sambil tonton bola]. Mereka kerap bagi alasan bahawa mereka tidak terlibat dengan perkara yang menyalahi undang-undang, jadi aku tak perlu risau. Lagi pun "melepak" seperti itu telah menjadi "kebiasaan" di kalangan anak-anak remaja.
Walau pun telah banyak kali aku ingatkan dan memberi contoh-contoh yang bersesuaian, namun kebiasaan itu sukar dibuang. Bila hari cuti, masa siangnya [di rumah] dihabiskan dengan tidur. Selagi tidak dikejut [kadang-kadang simbah/jirus air] mereka tidak akan bangun. Tetapi apabila malam, segar pula sambil memberi pelbagai alasan untuk di benarkan keluar, walhal di rumah dah disediakan LCD 42in., ASTRO, sistem stereo dan "pembuat air teh tarik & neslo terbaik dunia & cun - Wan Anum".
Banyak kejadian buruk berlaku pada waktu tengah malam. - sama ada semasa "melepak" atau dalam perjalanan pergi/balik. Rasanya mereka belajar merokok pun pada waktu ini. Katalah berlaku pergaduhan di lokasi di mana secara kebetulan mereka sedang "melepak", pastinya mereka akan terkena tempiasnya. Orang ramai mungkin juga akan persoalkan, jika betul mereka anak yang baik, kenapa berada di luar rumah dan di luar kawalan ibubapa?
Aku rasa bukan aku seorang di Malaysia ni yang hadapi situasi seperti ini. Nak beri kebenaran dah melanggar prinsip diri, tak nak beri; kawan-kawannya dah tunggu di luar rumah.
Pandangan Peribadi
[Kekadang aku terasa nak hantar ulasan ke akhbar-akhbar berhubung ketidakadilan perkara yang berlaku di dunia ini. Tapi selalunya hanya angan-angan sahaja]
Ibubapa murid tidak setuju anak mereka mendapat catatan "kurang memuaskan" pada ruangan kelakuan di sijil berhenti sekolahnya. Mana wajar anaknya yang telah menaikkan nama sekolah dengan mewakili dalam acara sukan diberi "kelakuan : kurang memuaskan" dalam sijil berhenti sekolahnya. Kelak gelap masa depan murid tersebut kerana sukar mendapat pekerjaan. Pegawai pelajaran dari pejabat pelajaran terbabit khabarnya telah mengeluarkan sijil berhenti yang baru.
Sebagai guru yang telah lama bertugas di pelbagai jenis sekolah, aku rasa situasi dan tindakan di atas AMAT TIDAK SESUAI. Pihak akhbar sepatutnya melaporkan peristiwa setelah mendapat gambaran sebenar dari semua pihak. Untuk melariskan akhbar mereka, wartawan terbabit menggambarkan seolah-olah Pengetua itu telah bertindak kejam.
Lapoaran dan peristiwa seperti ini telah menjatuhkan semangat guru-guru yang berdedikasi. Aku yakin jika peristiwa tersebut diselidiki dengan lebih mendalam dan secara neutral, pasti murid tersebut memang layak mendapat ulasan "kelakuan kurang memuaskan'.
Seorang Pengetua tidak sewenang-wenangnya memberi catatan "kelakuan kurang memuaskan". Aku PASTI murid tersebut telah banyak kali melanggar peraturan sekolah. Pergaulan semasa aktiviti sukan [contoh: semasa mewakili sekolah] dan kurang perhatian daripada guru pembimbing menyumbang kepada tingkah laku melanggar disiplin seperti merokok dan tidak menyiapkan kerja sekolah.
Jika Pengetua tidak dibenarkan memberi ulasan lain, dicadangkan semasa membuat tempahan sijil berhenti sekolah, ruangan "Kelakuan" terus dicetak dengan besar dan jelas "Kelakuan Murid : TERPUJI"

Morris Minor
My family and I were on our way to Ida's home at Kota Masai, Johor. Even though we were there a few times, but we just couldn't remember the exact route to her home. It's always "trial and error" process.This trip was the worst. We got lost and gave-up! Frusterated, we used the road signs as our guide and drove to Pusat Bandar Pasir Gudang instead. To our surprise, there was a community carnival being held. We noticed a simple white Morris Minor parked at one the booths. It reminded Anum and I that we used to own a similar car in 1986. It's plate number is BN811. We baught it from Pak Murad [a telecom retiree in Benut] for RM1500 only. It was the first car that Anum learned to drive. On her first try, she drove the car to the only "pinang" tree in front of our rented house.
If only we kept the car, it would be nice to have late afternoon drives with the family.
Thursday, April 22, 2010
Wednesday, April 21, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)