Tuesday, June 30, 2009

Redang Bermula

Minggu lalu anak aku, Amirul telah dipilih untuk ikuti program koku di Pulau Redang, Terengganu anjuran jpn putrajaya. Kini giliran aku pula bersama pegawai & staf BPK. Amirul kata pengalaman di Redang sangat mengujakan. Aku harap pun begitu juga.
29 Jun 2009 - 10oopm bas bergerak meninggalkan BPK untuk ke KTerengganu
30 Jun 2009 - 0500am - Tiba di Jeti Kuala Terengganu. Berhenti rehat di surau berdekatan
sepanjang malam tidur tak lena.

Saturday, June 27, 2009

27 Jun 2009

1. SK Putrajaya Presint 9[1] - Sekolah Kluster Bestari
Disebabkan YDP PIBG tidak dapat hadir untuk bersama Timbalan Pengarah JPN WP Putrajaya, aku (naib YDP PIBG) terpaksa jadi wakil. Mulanya resah juga sebab kena duduk atas pentas sambil dengar penerangan tentang sekolah kluster. Sambil tu dapat jumpa kawan-kawan lama. Seronok.

2. Restoran Rebung, Bangsar
Atas jemputan bekas pelajar Sekolah Rantau PETRONAS, Terengganu, Anum dan aku hadir untuk meraikan majlis perjumpaan tersebut. Selain ramai bekas pelajar, En. Ibni, Hj. Md. Nor, Cikgu Zaki dan Mrs Tan sanggup datang dari Terengganu. Dari KL hanya aku dan Shari sahaja yang hadir. Daripada ramai2 bekas murid aku, rupa2nya ada seorang selebriti, Ashraf namanya. Anum kata dia selalu berlakon drama. Aku tak kenal sebab jarang tonton drama Melayu.

3. Syoiknya Mancing, Puchung
Tergoda iklan dalam blog Minjuk, aku datang hari ini walau pun tak pernah mancing udang seumur hidup aku. Sambil tunggu udang makan umpan, aku update blog ni. Dah hampir 45 minit, tapi udang tak dapat pun. Mungkin semua udang puasa hari ni.

Monday, June 22, 2009

Alumni SK Tambatan

Antara dapatan menarik daripada perjumpaan Alumni SK Tambatan adalah
1. Asal usul nama sekolah
Sk Tambatan terletak kira-kira 150 meter dari gigi air Selat Tebrau. Pejabat pentadbiran Syahbandar Wilayah Selatan terletak di sini. Pada masa dahulu para nelayan & pedagang "menambat" perahu & kapal mereka di sini. Apabila sebuah sekolah dibina di kawasan tersebut, maka nama yang difikirkan sesuai adalah Sekolah Rendah Kebangsaan Tambatan.

2. Licence To Kill
Antara reramai bekas murid yang hadir, terdapat seorang sahabat lama yang sekampung dan sekelas hingga ke sekolah menengah. Abd. Hadi Betak namanya. Sewaktu majlis memperkenalkan diri, beliau mengaku (walaupun tidak dipinta) punyai lesen untuk membunuh. Yang hairannya, ketua polis Perak yang turut hadir (dia juga bekas murid Tambatan) tidak menangkapnya. Setakat 21hb. Jun 2009 beliau telah "membunuh" 13 manusia. Akhirnya Hadi beritahu kerjanya adalah "driver" kereta api. Sambil berseloroh dia berkata, dia tak ada "stering" untuk elak orang yang melintas di hadapannya. Breknya pun memang "kurang makan".
3. Usaha Pertama
Akibat daripada kekurangan murid pada sekitar tahun 80an, sekolah Tambatan telah dimansuhkan. Usaha telah dimulakan agar sebuah sekolah berdekatan ditukarkan namanya kepada SK Tambatan.

Glamour CCEM17


Sedang aku sibuk bertugas mendaftarkan para petugas & peserta CCEM 17 di KLCC, seorang sahabat lama yang juga jurufoto BTP, En. Muhamad lalu di hadapan meja aku. SEcara bergurau aku usik beliau "tak kan gambar aku kau tak nak snap?" Tak sangka pula sampai keluar paper. Utusan.
Kebetulan pula pada hari tu aku dapat akhbar percuma Berita Harian. Bila baca komen pembaca aku terperasan tajuk "Masjid Putrajaya". Rupa-rupanya rencana tersebut adalah ulasan dari adik aku Zaharah yang kerja di Perbadanan Putrajaya.
Nota: Untuk paparan lebih jelas, sila klik pada foto atau artikel.

Sunday, June 21, 2009

Balik JB lagi

Minggu lepas Man, kawan lama yang kini ketua pos skudai jemput balik JB sebab ada gathering bekas pelajar SK Tambatan. Masa aku Darjah 3 aku bersekolah di SK Tambatan Rendah. Masa tu SK Tambatan ada "Rendah" - darjah 1 - 3 dan "Tinggi" - darjah 4 - 6.
Tahun 1969 famili aku tinggal di Jalan Sungai Chat, berhampiran JARO dan English College. Aku jalan kaki sahaja ke sekolah. Istimewanya sekolah ini, apabila air pasang besar dan disertai hujan lebat, kawasan sekolah banjir.
Keadaan kelas macam dalam filem P.Ramlee. Kelas 1, 2 dan 3 hanya dipisahkan dengan dinding plywood paras kepala. Jika nak ke darjah 3, kena lalu darjah 1 dan 2. Masa tu semua murid lelaki. Murid perempuan kena ke sekolah lain yang berhampiran.

Friday, June 19, 2009

Lega, Pendaftaran CCEM17 Tamat

Mulai Rabu, 17 Jun 2009, jam 6.30pm, secara amnya pendaftaran peserta dan petugas CCEM17 ditutup. Namun atas kekuatiran masih ada yang perlu mendaftar, hanya 4 pegawai ditugaskan sehingga 18 Jun 2009.
Setengah hari aku gunakan untuk kemas segala proses dan barangan yang digunakan untuk pendaftaran tersebut. Amat lega tiada masalah besar berlaku semasa pendaftaran. Tambahan pula foto aku pula terpapar di akhbar Utusan semasa hari pendaftaran di KLCC.
Tapi, sekembalinya dari KLCC rasanya sungguh letih (minda & fizikal). Setakat tidur cukup masih tak dapat hilangkan rasa letih tersebut. Sehinggakan hari kerja berikutnya masih kurang bermaya lagi.....
Kesiannya En. Zul (Ketua Bidang) terpaksa ambil cuti hari ini kerana amat letih. Bayangkan sejak Jumaat lepas, habis tugas asyik lepas 10pm. Tidak dinafikan beliau telah memberikan sepenuh tenaga menjayakan proses pendaftaran CCEM tersebut.

Mesyuarat PIBG 2/2009

Banyak saranan En. Hanafiah diterima semasa mesyuarat.
Pn. Sanisah & GPK HEM tidak ketinggalan bentangkan laporan masing-masing.
Pn. Nafishah & En. Jamaludin begitu peka akan isu-isu semasa.
Kehadiran; Pn. Nafishah, En. jamaludin, Tn. Hj. Md. Nor, Pn. Zaidas, Pn. Sanisah, En. Hanafiah, En. Azian Nuddin, Pn. XXX & Pn. YYY, datin GGGGGG Isu utama diperbincangkan:
1. Apa PIBG boleh lakukan untuk bantu sekolah atasi kekurangan guru terutama semasa olahraga / sukan MSS Putrajaya.
Kertas kerja akan dibuat oleh Pak Din dan En. Hanafiah untuk kelulusan JPN Putrajaya.
2. Sekolah Kluster - selain akademik, apa nilai yang ingin ditonjolkan? tarian? muzik?
3. Ada penerima bantuan Baitulmal tidak bayar yuran murid.
Tindakan: Sekolah akan hantar laporan kepada Baitulmal. Mohon selesaikan.