Saturday, May 30, 2009

minum petang

dalam perjalanan balik ke jb, aku singgah di parit raja, rumah cikgu adami, sahabat lama masa mengajar di sk perumahan tampoi 1 (kini sk ser melati). anak sulungnya kahwin dan kendurinya esok.
lepas makan tengah hari aku singgah di bp mall. tempat baru. tak sangka, org bp pun gila shopping. penat pusing cari parking. boleh tahan juga kawasan shoppingnya.
sempat minum petang di kedai rengit coffee sambil tumpang wifi yang disedaikan.

Sunday, May 24, 2009

Mancing @ Kelong




Sewaktu perhimpunan bulanan mingu lalu, aku duduk sebelah Ansori (dengar nama tentu dah agak - sama kapal, jawa). Dia & beberapa rakan rancang nak mancing di Kelong di Port Dickson.
Walau pun aku tak minat mancing, tapi pasal nak cari pengalaman, aku buat muka tebal mohon nak ikut. Alhamdulillah dia kata OK. Kebetulan Halim Jajuli pun pergi juga.

Jadi sewaktu bertemu di jeti, masing-masing dengan joran dan peralatan mancing yang hebat, aku dengan kamera dan laptop aje. Agak menggerunkan sewaktu naik bot untuk ke kelong, ombak kuat, aku pilih salah lokasi untuk duduk, basah kena ombak, muka lekit kena air masin.

Jawa comunity - 1

Last Friday, while I was busy doing my work at the office, my officemate, Fandi told me that Ramlee Salman was at E2 on a private bussiness. Fandi, Ramlee and I were once working at Rantau PETRONAS School in Kertih.
By looking at the photo, you can guess that Ramlee, Minjuk and me have one common similarity. No, Ramlee is not an EPL fan. We are from Johor and most important, we have Javanese background. Unfortunately during our short meeting, I noticed that Ramlee has relingquished his Javanese status. Whenever I spoke to him in our mothertongue, he would reply back in a heavy Terengganu slang.
Ramlee is currently teaching and recides at Dungun, Terengganu.

Friday, May 22, 2009

Perhimpunan Bulanan BPK


22 Mei 2009 [Jumaat] 8.30 am

Antara isi utama ucapan Pengarah adalah;-
1. Tahniah yang dapat naik pangkat, pentadbiran akan sentiasa usahakan kepada yang layak.
2. Takziah kepada yang kehilangan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
3. 1 malaysia, transformasi,
4. Sebab-sebab Tahap 1 sekolah rendah hanya 2 tahun [sebelum ini 3 tahun]
- ramai murid dah pergi tadika, paling tidak dah tahu a,b, c ... ketika masuk tahun 1
5. Jaga integriti dll

Sunday, May 17, 2009

Kelakar

Makan tengah hari; Mee Suah dan Nasi Berlauk


Tunggu bas di One Utama


Perjalanan balik Ke Putrajaya

Anum dan aku hari ni ke 1 Utama dengan menaiki Bas Rapid. Tambangnya RM2 seorang. (sebutannya dua ringgit). Semasa dalam bas, kami tidak rasa seperti berada di Malaysia sebab hanya kami dan pemandu sahaja yang kulit sowo matang. Yang lain dan lebih ramai adalah orang Afrika, Arab dan Indon.

Keadaan dalam bas amat selesa; berhawa dingin, bersih dan ada skrin monitor yang menayangkan rakaman Dunia Anita dan beberapa rancangan lain. Bas dipandu dengan cermat dan bergerak dengan kelajuan yang berpatutan.

Sebaik tiba di 1 Utama, aku (rakyat contoh) telah membuang tiket bas ke dalam tong sampah. Di 1 Utama sempat solat Zohor. Tempat yang disediakan amat selesa dan bersih. Selepas penat "exercise" kami ambil keputusan balik. Ketika nak melangkah masuk bas baru kami tahu bahawa tiket yang telah aku buang tadi masih boleh digunakan lagi. Bukan setakat nak balik ke Putrajaya, nak ke KL central dan tempat-tempat lain pun boleh (asalkan dalam hari yang sama). Aku terpaksa beli tiket lagi! Kelakarnya yang "ajarkan" aku perkara ini adalah seorang rakyat Indon yang berasal dari Madura! (Dalam bas dia duduk di bangku sebelah). Dia dah 3 tahun bekerja di Puchung. Dia siap ajarkan aku cara nak ke Ikea dan ke Kelana Jaya.

Sepanjang perjalanan ke Putrajaya aku lihat ramai penumpang yang tak beli tiket, mereka sekadar tunjukkan tiket yang mereka telah beli dan gunakan sebelumnya. Setiap kali bas berhenti dan penumpang naik, Anum dan aku senyum. Kami hari ini dapat satu pengajaran yang bernilai RM4.
Kepada mereka dari Putrajaya yang nak ke 1 Utama, IOI Puchung, Kelana Jaya, dll aku amat cadangkan gunakanlah kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan. Dari pemerhatian aku, subsidi yang kerajaan sediakan kepada Syarikat Bas Rapid hanya menguntungkan rakyat asing.
Selain jimat minyak, bayaran tol dan parking juga tak perlu bayar.

Tuesday, May 12, 2009

Yok Nyanyi Bareng



Jika anda perasan, ada antara lirik untuk karaoke lagu ini salah. Untuk dapatkan lirik yang betul sila rujuk Kamus Dewan Edisi Jawa 2009.....

Monday, May 11, 2009

Moral Of The Story

1. Alhamdulillah hari ini aku terima cek dari AmBank sebagai baki bayaran kereta Atos yang hilang dulu. Betul kata orang, minima 6 bulan baru beres......
2. Setelah hadapi pelbagai dugaan, puluhan panggilan telefon dan pelbagai karenah & birokrasi akhirnya aku boleh tutup buku pasal kereta tu.
3. Cukup menekan dan membebankan dari segi fikiran, wang dan masa.
4. Kerugian yang dialami...... duit muka kereta, keselesaan guna kereta yang tak terlaksana dan masa serta tenaga uruskan proses tuntut insuran.
5. Didoakan semoga tidak berlaku lagi
6. Namun begitu tetap ada pengajaran yang diperoleh
i. Hargai kereta / harta yang ada sebelum hilang / ditarik rahmatnya.
ii. Walau pun kerugian agak besar, demi keselamatan dan kemudahan anak, Atos diganti, semoga dapat pengajaran daripada pengalaman lalu dan sentiasa beringat.
iii. Kereta / harta bukan segalanya.......... Kesusahan dialami beri pengajaran akan kesukaran dan kesulitan jalani kehidupan harian.
iv. Kereta kini barangh keperluan, bukan lagi barang mewah.