Wednesday, April 29, 2009

The BIGGEST loser

Rancangan TV [ASTRO] - realiti masa kini yang aku amat minat. Individu yang dapat kurangkan peratusan berat badan paling banyak dikira pemenang. Tiada undi dari penonton. Semua kemenangan adalah hasil usaha keras, strategi dan nasib setiap peserta.

Banyak pengajaran yang diperoleh daripada program ini. Selain belajar cara betul kurangkan berat badan, kita ditunjukkan cara berkesan untuk dapatkan tubuh dan minda yang sihat.
Dalam siri minggu lalu, terdapat dua orang peserta yang pada asalnya tidak dipilih untuk masuk "ladang latihan". Namun mereka berjaya kurangkan peratus berat badan lebih tinggi daripada peserta yang terpilih masuk dalam "ladang latihan"; dengan usaha keras sendiri seperti berjoging dan kawal pemakanan [tanpa tunjuk ajar jurulatih bertauliah]. Yang menariknya apabila diminta membuat tekan-tubi (push-ups), mereka tidak boleh lakukan walaupun sekali. Berbanding peserta dalam "ladang latihan", walaupun peratusan penurunan berat badan mereka rendah, mereka mampu untuk lakukan tekan-tubi berulang kali tanpa masalah.
Moral:
Ramai kalangan kita yang ingin kurangkan berat badan dengan cara yang salah. Kita hanya kurangkan makan tanpa lakukan sebarang bentuk senaman. Jika buat pun secara minima. Walau pun lakukan senaman [tanpa tunjuk ajar jurulatih bertauliah], hasil yang diperolehi tidak akan kekal.
Antara matlamat peserta untuk kurangkan berat badan;-
1. Tidak mahu mati muda seperti kenalan/saudara akibat penyakit berkait lebih berat badan.
2. Mahu lihat anak kecil mereka melangsungkan perkahwinan.
3. Benci diejek dan diperleheh
4. Mahu mampu bergerak bebas tanpa cepat penat
5. Mahu boleh pakai pakaian kegemaran seperti jeans
6. Mahu kembali kelihatan seksi
Disiplin diri peserta yang berjaya dalam program ini amat tinggi. Amat boleh dicontohi. Hasilnya ada peserta yang boleh buang 50% berat badan.
Nota kaki;
Yang tak bagusnya, aku tonton rancangan tu dengan kopi dan kuih di meja sambil bersandar di kerusi sambil pegang remote TV. (masih simpan hajat nak kurangkan berat badan juga!)

Champions League: MU vs Arsenal




Aku sengaja pinjam tajuk Minjuk.
Perlawanan di Old Trafford jangkanya tak sepanas sokongan di Restoran As-Subuh, Puchung.
Persediaan yang telah aku buat;-
1. Balik kerja awal & tidur!!
Aku yang sangat-sangat jarang "berjaga" untuk tonton bola. Akan bekerja keras agar tidak "terlena"
2. Singgah ATM - withdraw cash.... kena bawak duit banyak (Minjuk kata nak makan banyak)sebab janjinya penyokong team yang menang kena belanja....... (pastinya Arsenal menang!)
3. Isi dulu borang cuti, takut tak larat nak ke pejabat esok......

pengsan


Lepas Maghrib semalam, sambil jalan-jalan bersama Anum di pasar malam Putrajaya, aku call Nurul untuk tanya susah/senang paper exam final yang dia ambil petang semalam. Amat terperanjat bila dia beritahu dia pitam @ pengsan di dewan peperiksaan. Terpaksa dipapah oleh kekawan dan dihantar ke klinik UiTM.
Aku segera ajak Anum ke Shah Alam untuk pastikan dia dah OK. Dari "soalsiasat" yang dijalankan didapati;-
1. Minggu periksa Nurul sibuk ulangkaji di perpustakaan.
2. Makan dan minum tak menentu. Makan hanya sedikit (diet? / jimat?)
Mula-mula syak juga takut "otak jam" sebab soalan susah sangat. Tapi aku dimaklumkan dia mula rasa nak pitam setelah hampir tamat exam. Kebetulan dia terlupa bawa air mineral. Exam pula lama 2.30pm - 5.30pm (3 jam). Alhamdulillah dia dah OK.

Refleksi
1. Aku nasihatkan Nurul, jangan terlalu jimat untuk makanan..... Jimat untuk prepaid phone tak pe......
2. Selain persediaan ulangkaji untuk peperiksaan, kesihatan juga perlu dijaga. Tak guna jika "terlebih" belajar tapi tak boleh masuk exam sebab sakit.....
3. Aku minta tolong kekawan serumah agar tolong nengok-nengokkan Nurul dan pastikan dia makan ikut jadual.
4. Aku akan lebih kerap call/jenguk Farhana, Arif dan Nurul sendiri untuk pastikan kesejahteraan mereka.

Monday, April 27, 2009

Perbaharui Rekod


Kemenangan mengatasi M'boro 2 - 0 semalam, Arsenal memperbaharui rekod yang telah bertahan selama 106 tahun; 8 perlawanan tanpa jaringan dari pihak lawan. Diharapkan kemenangan ini akan memberi keyakinan untuk menewaskan MU dalam Piala Juara-juara minggu ini.
Premier League - Slick Arsenal too good for Boro
A Fabregas brace gave Arsenal a comfortable 2-0 win over struggling Middlesbrough at the Emirates Stadium to tighten the Gunners' grip on fourth place in the Premier League.
The Arsenal captain struck in each half as Arsene Wenger's side moved 10 points clear of fifth-placed Aston Villa and to within six of Chelsea in third.
But the result dealt a major blow to Boro's hopes of survival, as Gareth Southgate's side remained rooted in 18th, three points adrift of safety with just four games to play.

Sunday, April 26, 2009

Sangkut

Selepas makan tengah hari bersama Nurul & kawan-kawannya di Shah Alam, Anum dan Aku ke KL untuk beli barang. Namun malang sebab KL sedang sesak teruk akibat perlumbaan basikal "tour malaysia".
Selepas hampir 90 minit merangkak yang tak ke mana, akhirnya ambil U-turn dan terus ke GMI, Bangi untuk ziarah Farhana pula. Hari ini tak mahu terlepas Formula 1 dan perlawanan Arsenal lwn Boro.

Thursday, April 23, 2009

Rusa vs Exora


Sejak kebelakangan ini Rusa aku yang setia dah mula pandai merajuk. Al-maklum usianya makin meningkat. Walau pun aku dah cuba tambah dengan pelbagai aksesori tambahan agar kelihatan segar dan menarik, namun ia tetap meminta perhatian yang lebih.
Malam tadi semasa balik dari pasar malam Bangi, Anum dan aku terpaksa berpiknik di lebuhraya Putrajaya dalam kegelapan malam selama lebih 30 minit kerana menunggu "temper" Rusa aku menurun. Nasib baik ada bawa 2 botol 1.5l air mineral. Alhamdulillah selamat sampai di rumah jam 11pm.
Pagi ni ajak Rusa ke Petronas P16 untuk servis. ganti minyak hitam, penapis minyak dll. Aku ambil kesempatan minta Mamat mekanik tu untuk check yang lain-lain - ambil masa. Jadi aku terpaksa balik ke pejabat (jalan kaki) dan janji untuk ambil petang lepas pejabat.
Cuba dulu prestasi semasa Rusa petang ni.... Jika masih merajuk lagi mungkin ganti Exora! (acah aje.... ) duit pun tak cukup lagi........

Masa Makin Suntuk

Man U masih berjaya kekalkan misi untuk juarai EPL musim ini dengan tewaskan Portsmouth 2 - 0. Chelsea pula sekadar seri dengan Everton. Minjuk mesti suka dengan berita ini, tapi yang herannya, pagi ni bila buka blog masih tiada entry dari Minjuk. Namun begitu tahniah untuk Minjuk dan semua penyokong Man U.
Untuk Raj (walau pun tak pernah berjumpa), jangan kecewa, Liverpool masih berpeluang untuk juarai EPL dengan harapan Man U "terkucil", You'll never walk alone.