Sunday, November 30, 2008

Sepetang di Alamanda

Semalam, Sabtu, aku, Anum dan Fathiyah ke Alamanda selepas Asar untuk lihat Amirul (JM Briyani), Abg Arif (Tropicana Life) & Nurul (Parkson). Sempena cuti ni, anak-anak aku kerja sementara di Alamanda. Lepas menjamu di JM Briyani (dapat 10% discount), sedar-sedar waktu hampir Maghrib.

Anum perlu berbelanja di Carefour untuk bekalan Farhana yang kebetulan balik hujung minggu. Aku terus ke musollah yang terdapat di Aras LG. Walau pun akhirnya aku dapat berjemaah (kumpulan ke-3), masih ramai yang menunggu giliran untuk solat Maghrib. Suasana di musolla itu sungguh memberi kesedaran. Tetapi apabila kembali ke kedai-kedai di Alamanda terdapat ramai Melayu (muslim) yang seolah-olah tidak sedar bahawa waktu Maghrib hampir tamat(musafir?).

Mohon pandangan para pembaca.
1. Memandangkan ramai beratur untuk ambil wudu' dan aliran air paip yang perlahan, perlukah kita lakukan 3 kali (sunat) setiap perbuatan wudu'?
2. Imam baca surah dan doa panjang sedangkan terdapat ramai menuinggu giliran untuk solat memangdangkan tempat terhad?

Thursday, November 27, 2008

Arsenal Won


Arsenal 1-0 FC Dynamo Kyiv
UEFA Champions League
Tuesday, November 25, 2008, 19:45

Wenger commented :

1. “Winning is a first step for us because the team needs a bit of reassurance and at least the win will give us that.”

2. “It is a great goal and it is not handball you can see that on the replay. It was not taken on his arm and it is not handball like Kyiv complained. It was a great goal because first, it was a fantastic ball from Fabregas, and then it was a good touch and a good finish."


Pak Din: Hope the win will inspire them to win more games in EPL.

Wednesday, November 26, 2008

Kelakar


Bersama Anuar, Ansori (JPTek) dan KU, kami ke Aras 5, E12 untuk berjumpa Pn. Faridah (BSM) untuk bincang dokumen penstrukturan semula BPK.

Di lobi aras 5, aku terjumpa kawan UNISEL yang sedang tanya pertukarannya ke Pahang. KU, Anuar dan Ansori terus masuk dahulu ke pejabat Pn. Faridah. Aku berbual agak lama dengan kawan UNISEL tersebut. Sebauk tamat, aku tak tahu mana nak pergi, aku minta seorang kerani tunjukkan di mana perbincangan penstrukturan itu akan dijalankan.

Tanpa diduga aku dibawa ke Bilik Mesyuarat Utama. Kerani tu tolong buka pintu. Terdapat beberapa pegawai muda sedang tunggu untuk mulakan mesyuarat. Mereka semua bangun, senyum dan hulur tangan (dengan amat hormat) untuk berjabat tangan. Aku tak kenal semua mereka. Sambil bersalam baru aku tahu mereka tunggu "Pegawai BSM" untuk mempengerusikan majlis. Mereka sangka akulah "Pegawai BSM" tersebut. Kebetulan aku pakai kot siap dengan nametag lagi.

Sambil berjalan keluar, dalam hati gelak sakan & perasan, rupanya aku boleh menyamar jadi "pegawai tinggi". He... he.. he...

Sunday, November 23, 2008

Kenduri Kahwin Di Batu Kikir,NS

Pada hari ini, semua adik beradik bersama famili masing-masing telah melapangkan masa untuk sama-sama memeriahkan majlis perkahwinan Siti Zurainah di Taman Mawar, Batu Kikir, NS. Walau pun hujan lebat, majlis agak meriah sebab ada dua pasang pengantin.
Kecuali Shafiz (pengantin), Anum dan Jeff (depan, kiri), semua yang ada dalam gambar di atas ada DNA Pak Selamat!

Apa Sudah Jadi

Manchester City's De Souza Robinho, right, and Arsenal's Neves Denilson battle for the ball during the English Premier League soccer match at the City of Manchester Stadium, Manchester, England, Saturday Nov. 22, 2008. Manchester City won the match 3-0.
PakDin: Hope Arsenal will win the next game.

Mangkuk Tingkat

Semasa bulan Ramadan lalu, aku dan Anum terlibat dalam projek membekalkan makanan berbuka dan bersahur kepada pelanggan-pelanggan mangkuktingkat.com.my di Zon Putrajaya. Semalam kita orang ke Kajang untuk pulangkan semua mangkuk tingkat yang digunakan. Terlintas balik kenangan pahit-manis semasa berurusan dengan pelanggan yang pelbagai ragam. Alhamdulillah "lebat" juga hasil titik peluh dalam bulan tersebut.
Kepada sesiapa yang nak cuba order, silalah layari mangkuktingkat.com.my. Khabarnya semakin luas kawasan liputannya.

Friday, November 21, 2008

Ayah Pin Mari Putrajaya

Maaf, ni bukan Ayah Pin Pemerintah Kerajaan Langit.... tapi Uztaz Aripen, sahabat lama semasa bertugas di Sekolah Rantau PETRONAS. Dia datang nak ambil anak sulungnya yang telah tamat pengajian di UITM Shah Alam. Uztaz Aripen ada bisnes sampingan, broker kereta tersohor di Dungun, Terengganu.