Tuesday, August 18, 2009

Suatu Malam di Wad Kecemasan Hospital Putrajaya

Semenjak virus H1N1 mula merebak, bilangan pesakit di hospital meningkat secara mendadak. Maka tidak hairanlah sewaktu Anum ke Wad Kecemasan Hospital Putrajaya akibat sesak nafas pada tiga minggu lalu ramai pesakit yang menunggu untuk mendapatkan rawatan.


Petugas di wad kecemasan terpaksa membuat pengumuman menggunakan sistem siaraya memohon pesakit tidak @ kurang kronik agar dapatkan rawatan di klinik Presint 9 pada esok hari. Namun begitu tiada siapa yang berganjak. Mereka sanggup tunggu lama untuk dapatkan rawatan pada malam itu juga.

Anum masuk ke bilik pemeriksaan dan seterusnya diarahkan rehat selama lebih kurang 3 jam. Hampir pukul 12.30 am baru kami balik - itu pun setelah singgah di kedai mamak - "ngeteh"
Alhamdulillah.


My Home - Fogged

Everton 1 - 6 Arsenal

Arsenal

Arsene Wenger basked in the glory of his side's 6-1 win at Everton and said they are aiming to prove wrong the critics who claim they do not have a squad strong enough to win the title. Goals from Denilson, Thomas Vermaelen, William Gallas, Cesc Fabregas (2) and substitute Eduardo ensured the Gunners romped to victory, with Louis Saha grabbing a late consolation for the Toffees.

Wenger said: "I was surprised by the result, especially at Goodison. Everton were not at the level we usually face. The international week clearly disrupted them and their preparation. But we showed cohesion, attitude, team spirit and desire to play together, all these things were the reasons that we won. We have lost two good players, two great players (in Kolo Toure and Emmanuel Adebayor) in the summer to Manchester City, but when great players leave that allows space for other players to come in and prove they are good enough."

Wednesday, August 12, 2009

Ubi Rebus Paling Sedap

Silap sendiri, jangkanya di Saigon macam di Bangkok, senang cari 7-11, mudah untuk dapat minuman panas dan roti untuk sarapan pagi. Tapi malangnya di Saigon rakyatnya ramai sarapan "mee soup" dan sayuran di warung tepi jalan. Jadi sebelum lawatan ke Terowong Cu Chi aku dan Anum hanya minum kopi 3 in 1.Semasa dalam bas, Rohani offer biskut tapi kami jual mahal.
Selepas sahaja keluar dari mencuba terowong Cu Chi yang agak memenatkan (terpaksa merangkak), ubi rebus disediakan untuk para pelawat untuk menggambarkan makanan utama para pejuang Vietnam semasa perang. Walau pun ubinya agak keras, kami habiskan 1 piring (alas perut} sebelum makan tengah hari.
Nota : Foto lupa dan snap sebab terlalu teruja makan ubi rebus Vietnam yang dicecah kacang goreng kisar bercampur gula.

Sunday, August 9, 2009

Di Ho Chi Minh 1

Kami dah selamat sampai. Hotel hanya 1 minit dari night market!

Saturday, August 8, 2009

Bukan Cari Penyakit

Bersama kekawan di office, pada 13 Nov 2008 kami tempah untuk ke Ho Chi Minh dengan Airasia. Bila tiba harinya Zarina tak boleh pergi. Jadi tinggal aku, Anum, Rohani & Harlina yang pergi. Walau pun sekarang musim H1N1, tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk pergi juga. Duit dah bayar, lagipun aku tak pernah sampai ke Vietnam.

Persiapan "topeng" dan ubat-ubatan Anum awal-awal lagi dah masuk dalam beg. Sebelum pergi sempat buka internet, buka e-mel, Airasia maklumkan flight deleyed. Asalnya 1510 hrs tapi kini 1740 hrs. Sampai malam di Ho Chi Minh. Moga-moga semua selamat.

Tuesday, August 4, 2009

Penyakit Berjangkit


Penyakit merbahaya menyerang lorong tempat aku tinggal (terutama jiran-jiran terdekat).
Mulanya Cikgu Rashidan, kemudian Aziz (suami Cikgu Ismaliza), Cikgu Yati, Cikgu Rodi dan yang terkini Shamsul. Tidak ketinggalan Pakurazi pun dah terkena penyakit tu... Aku harap tak menjangkit pada aku......