angkat air
semasa aku bersekolah darjah 4, famili aku pindah ke skudai kiri, johor. tapak rumah kategori TOL [lesen menduduki sementara]. kebanyakan rumah di situ ketika itu tiada bekalan air paip. Kerajaan sediakan paip umum (agak besar & laju) di tepi jalan utama. setiap petang aku atau arwah kang man (abang aku) akan ditugaskan menyorong kereta air untuk mengambil air dari paip tersebut.
biasanya pada waktu petang, ramai akan beratur menunggu giliran untuk mengambil air. sementara tunggu giliran, aku selalu bermain bola sepak (bola plastik) atau "tumpang" tonton tv di rumah kawan yang bernama rizal. kadang kala dek seronok tonton tv, hingga terlepas giliran untuk isi air. akibatnya terpaksa tunggu lebih lama. Pernah juga terjadi "lupa' untuk ambil air maka dapat "hadiah" dari bapak.
semasa aku darjah 6, bapak mampu untuk pasang paip air ke rumah. oleh kerana rumah kami agak jauh dari jalan utama, kosnya amat tinggi. Yang istimewanya, paip air (daripada besi) dipasang atas tiang / pancang kayu yang tinggi kerana untuk elak terkena air laut yang membanjiri rumah kami ketika air pasang. Meter air pula terletak jauh di tepi jalan. Akibat daripada ada paip air, bapak ada "niaga baru" kerana jiran-jiran sekitar rumah sambung getah untuk "beli air". Selepas maghrib, setiap jiran dapat bekalan air untuk tempoh 1 jam. mereka bayar RM8. Tidak kurang daripada 5 jiran yang melanggan air dari arwah bapak.
Saturday, June 13, 2009
Wednesday, June 10, 2009
suatu masa dulu I
agaknya bagaimana kehidupan arwah bapak aku zaman kanak-kanaknya dulu? semasa mudanya dia garang, jarang bermesra dengan anak-anaknya, jadi sangat sedikit yang aku tahu tentang zaman kanak-kanaknya.
seingat aku bapak aku kerja "tombot" [townboard - majlis bandaran] waktu siangnya dan berniaga goreng pisang pada sebelah malam. kadang-kadang dia sebut juga zaman susahnya untuk ke sekolah dan zaman perang jepun naik kapal ke singapura. untuk elak ianya berulang, aku akan ceritakan serba sedikit suasana zaman aku kanak-kanak dulu.
masa umur aku 11 tahun, aku selalu tolong bapak niaga goreng pisang di stesen teksi jb yang terletak di hadapan stesen ktm jb. kini lokasi tu dah jadi shopping kompleks. dalam pukul 3 aku naik bas dari skudai kiri. tambang 10 sen. bas south johor - warna merah.
pukul 5 petang, sambil duduk di tepi longkang yang agak dalam, operasi kopek pisang nipah dan pisang nangka bermula. masa tu pisang yang digunakan jenis muda, jadi tangan & jari kotor, lekit dan kuku hitam. arwah abang aku tukang bunghkus @ jual. bapak pula tukang bancuh tepung, air, inchi (pewarna) dan potong pisang tanduk.
waktu kurang pelanggan aku akan ke sekitar kawasan jualan untuk tengok silap mata @ jualan ubat tepi jalan. kalau malam minggu aku akan seberang jalan untuk ke kedai tv berhampiran untuk tonton gusti. waktu itu tv hitam putih. selalu leka tonton hingga bapak datang cari sebab pisang yang dikopek dah habis. antara penggusti yang aku masih ingat adalah bobo brazil (kepalanya kuat), kalahkan lawan dengan hantuk kepala, killer kilowski (jari cengkam perut lawan sehingga ngaku kalah). masa tu tak tahu yang gusti ni semua lakonan / hiburan.

Tuesday, June 9, 2009
Minum Malam
Cuti Berakhir
Aduh ......... malasnya nak bangun pagi tadi. Walaupun flight Bangkok - KLIA cuma 2 jam je dan aku tidur malam tadi pun awal, nak bangun dari katil rasa berat sungguh. Jika tak mengenangkan kerja yang melambak terutama CCEM17, tentu aku dah tambah cuti aku......
Sah. Tiba pejabat En. Zul, ketua bidang panggil mesyuarat, esok by hook or by crook mesti cetak tag nama CCEM17. Kena dapatkan mesin pencetak tag nama baru. Mesin cetak yang disewa minggu lalu rosak. Aktiviti pertama CCEM17, homestay forum belia dah berlangsung di Melaka. Masalahnya banyak bahagian KPM yang baru hantar senarai nama dan foto petugas! Masing-masing tak ikut keputusan mesyuarat penyelarasan.......
Friday, June 5, 2009
Cuti Bermula
Wajah girang sebelem "naik belon"
Tiket ke Bangkok 3.30pm tapi bila check-in di LCCT delay ke 4.10pm. Sambil tunggu di McD, tiba-tiba ada sukarelawan (katanya) nak mohon bantuan utk kononnya anak yatim dgn jual stiker RM10/set.
Perancangan awal nak jadikan lawatan Leha EPRD sebagai panduan. Menginap di Sahara Hotel, Nana 4. Juga nak lihat death train dan yang utama nak lihat floating market Bangkok.
Tuesday, June 2, 2009
Foto Balik JB
Subscribe to:
Posts (Atom)