Monday, February 9, 2015

Thursday, February 5, 2015

150205 Pemandangan Jarang Perasan

 Tak tahu kenapa, tiba-tiba pagi ni dalam perjalanan ke tempat kerja aku perasan pemandangan di kaki langit yang amat menarik. Foto ini di ambil menggunakan Note 3 di jambatan menghala ke JPM (dari arah Presint 8) 


Menara Istana Kayangan di Bulatan Putrajaya kelihatan sepi dengan latar belakang awan pagi yang mendung.

Wednesday, February 4, 2015

30 Jan - 3 Feb 2015

30 Jan - 3 Feb aku dan famili cuti panjang. Kebetulan pula 1 Feb jatuh hari Ahad (maka dibawa ke Isnin), Anum put rebut peluang berrcuti panjang. Oleh kerana aku bekerja di Selangor maka aku pun dengan rela hati ambil cuti rehat pada 1 Feb. Pada pagi 31 Jan tu aku sarapan roti canai di kedai Cina Mualaf. Kebetulan jumpa kenalan lama, Hj Korman (Selamat) dan penceramah yang baru habis kuliah subuh di Surau Jalan Simbang.

Kami ada banyak perancangan untuk cuti hujung minggu itu. Yang utama adalah hadir mengiringi anak saudara (Hakim) kenduri di bandar Penawar pada 31 Jan 2015. Sebaik habis kerja pada petang Jumaat Anum, Fathiyah dan aku balik berkereta ke Johor Bahru. Jangkaan kami meleset. Lalu lintas lancar walau pun cuti hujung minggu yang panjang. Kami selamat tiba di taman Perling pada jam 10.30mlm. 

3 beradik. Wan Fatimah, Wan Anum & wan Tek


Berfoto bersama pengantin di meja santapan.

Pada malam 31 jan tu sempat jumpa penyewa baru rumah di Taman Skudai Baru. janjinya nak jumpa di Restoran Ayub, Tmn U. Cari-cari tak jumpa, akhirnya jumpa di Restoran 

Cadangannya nak makan angin di Pulau Batam pada 1 - 2 Feb. Malangnya pagi yu baru sedar passport tempoh laku Fathiyah tinggal 3 bulan lagi. So awal pagi ke Pekan Rabu di Tampoi kerana ada cawangan imigresen di situ. 
Mula rasa gembira kerana Pekan Rabu agak lengang. Mudah & cepat jangkanya passport Fathiyah. Rupa-rupanya pejabat imigresen di situ telah berpindah ke UTC Kotaraya JB. 
Kami ambil keputusan ke pejabat utama di Setia Tropika kerana lebih hampir. Agak terperanjat kerana walau tiba awal barisan untuk ambil nombor giliran mencecah pinggir bangunan bersebelahan. Mencuba nasib, aku berjumpa En. Johan, pegawai yg sedang jaga meja "bertemu pelanggan". Beliau boleh bantu tapi Fathiyah belum 18 tahun perlu ada Sijil Kelahiran. Maka kami ke KDN di bangunan bersetentang dan habiskan masa 60 minit buat cabutan Sijil Kelahiran. Alhamdulillah menjelang tengah hari dan bayaran RM200 Fathiyah tersenyum lebar pulang bersama passport baru yang laku untuk tempoh 5 tahun.

Sementara menunggu menaiki feri di Stulang Laut, kami minum di kafe dahulu.


Selamat jalan ....... Batam, here we come!!!

Feri yang bawa kami ke Batam. Kos tambang RM125 (termasuk cukai pelabuhan) pergi - balik. Tidak termasuk cukai keluar Batam Rp 120,000.