Pinjam
Memberikan sesuatu utk dipakai buat sementara waktu (sesudah itu dikembalikan). Meminjam memakai barang orang untuk sementara dan sesudah dipakai dikembalikan kepada tuannya
CCRIS
Central Credit Reference Information System.
Individu yang tersenarai dalam CCRIS akan bermasalah buat pinjaman kewangan daripada bank, kerajaan & institusi kewangan lain. Institusi "FAMA" tiada masalah! [FAMA - Father, Mother]
PTPTN
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
ISU
Peminjam "liat" membayar pinjaman akan disenaraikan dalam CCRIS yang menyebabkan mereka tidak boleh buat sebarang pinjaman.
Kenapa UMNO, PKR, GPMS dll tak setuju?
Antara alasan yang diberi:
1. Peminjam akan hadapi kesukaran mulakan kehidupan baru bekerja.
2. Peminjam tak boleh buat pinjaman (tambah hutang !?#*) untuk kenderaan, rumah apabila telah masuk dalam senarai CCRIS.
3. Peminjam telah sedia terbeban dengan kos hidup terkini.
4. Dll
Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh PTPTN untuk "memujuk" peminjam membayar pinjaman mereka;
1. Peminjam belum bekerja tidak perlu buat pembayaran
2. Diskaun kepada peminjam yang membuat bayaran "sekali gus"
3. Diskaun kepada mereka yang membayar ansuran secara tetap
4. Peminjam boleh berunding jumlah "termampu" untuk dibayar.
Pandangan Peribadi
1. Mereka yang lantang menentang langkah tersebut nak jadi "juara"
2. Peminjam sengaja tak mahu bayar "duit rakyat" yang boleh digunakan oleh orang lain yang mungkin lebih memerlukan.
3. Selama ini langkah "halang ke luar negara" kepada peminjam bermasalah telah pun dilaksanakan. Pandai pula apabila nak "berurusan di luar negara" panjat PTPTN buat bayaran minima...
4. Ada sahabat yang bayar pinjaman RM100 setiap bulan ke PTPTN. Apa masalah bayar jumlah tersebut jika dibandingkan belanja rokok, minum kedai mamak, pakaian berjenama dll?
5. Pinjaman PTPTN adalah tanggungjawab peminjam. Sebagai bapa, aku tidak akan sokong anak-anak yang sengaja tak bayar pinjaman tersebut setelah mereka bekerja.