Sunday, June 16, 2013

130615 Hari Tanam Pokok Putrajaya

Para sukarelawan [berbaju hijau] bersiap sedia sebelum acara bermua 8.30am

Budaya Malaysia, apa jua acara MESTI ada permohonan doa.

Pokok Bacan [label pada pokok] yang bakal aku tanam. 

Datang lewat, tak dapat baju hijau. Mungkin 10 tahun lagi  dapat makan buah bacan dari pokok yyang aku tanam.

Sempat berposing dengan salah seorang AJK, En. Tahir [kalau tak silap] di akhir acara

130616 Cycling


Jarak kayuhan hari ini. Walau pun tak seberapa, tapi laluannya banyak berbukit.
 
Tempoh kayuhan - termasuk untuk ambil nafas .....

Teman sambil berkayuh, Sinar FM

Kelajuan maksima, tak kayuh pun........ turun bukit....

Setakat ini masih belum meragam, lancar kayuhan .......

Pemandangan daripada lebuhraya selatan Putrajaya

Pemandangan Tasek Putrajaya dari Lebuhraya Putrajaya


Monday, June 10, 2013

Retreat JHEP 2013

Dr. Hussin dan Us. Abdullah ikut serta dalam retreat kali ini. Masing-masing bujang untuk hujung minggu itu.

Pn. Salmah bersama anak-anaknya tidak ketinggalan turut serta.

Fathiyah, Anum Jr. & Pn fazidah dapat tempat sebaris semasa penerbangan ke Kota Kinabalu.

Banyak burung layang-layang membuat sarang di hotel penginapan kami di kaki Gurung Kinabalu

dari tingkap bilik kami, puncak Kinabalu jelas kelihatan.

Anum @ Rumah Terbalik

Berkelah @ Taman Laut Tunku Abd. Rahman




Jawa



Pada hari akhir lawatan ke Kota Kinabalu baru-baru ini, kami berkesempatan untuk ke Pasar Minggu Jalan Gaya. Sungguh meriah suasana pagi tu. Berbagai jualan terdapat di situ. Selain sayuran, buah-buahan dan cenderamata, terdapat jualan ikan, tuntung, katak, kucing dan lain-lain lagi.

Yang menarik perhatian aku adalah jualan burung tekukur. Macam mana agaknya bunyi [pertuturan] tekukur jawa yang menyebabkannya dijual lebih mahal daripada tekukur biasa? Atau memang apa jua yang "JAWA" tu memang spesial seperti mee jawa, asam jawa dan wak jawa. He.. he ... he ....

SRP

Janudain, Us. Badrul Hisham, Pak Din

Cikgu Janudin
Aku mula kenal Cikgu Janudin semasa melapor diri untuk memulakan tugas di Sekolah Rantau PETRONAS, Kertih pada tahun 1992. Semasa bertugas di SRP, Cikgu Janudin terkenal dengan kepimpinan Pengakap dan hebat dalam permainan petanque. Dia kini telah 13 tahun bertugas di Bintulu, Sarawak.
Di akhir pinjaman kami di SRP, Cikgu Janudin ajak aku untuk tukar angin ke Sarawak. Penempatan semula guru-guru yang dipinjamkan ke PETRONAS selalunya tiada masalah untuk ke daerah yang dipohon. Khuatir tak dapat balik ke Johor selepas tugasan di Sarawak menyebabkan aku tetap mohon ditempatkan di Johor bahru. Aku berjaya ditempatkan di Sekolah Perumahan Tampoi 1 [sekolah asal sebelum aku bertukar ke PETRONAS]. 
Minggu ini aku jumpa semula Cikgu Janudin kerana isterinya hadiri istiadat konvokesyen PGSR di PICC. Telah masuk minggu ke-2 aku bertugas di PICC jaga konvo PISMP & PGSR.

Ustaz Badrul Hisyam
Sedang aku berbual kisah lama di SRP, Ustaz Badrul Hisyam yang kini sedang bertugas sebagai pensyarah di Kampus Pendidikan Islam memaklumkan bahawa kami mesti kenal arwah ayahnya yang juga pernah bertugas di SRP. Apabila beliau memaklumkan bahawa Ustaz Yassin adalah ayahnya, Cikgu Janudin dan aku segera mengucap panjang. Arwah Ustaz Yassin adalah salah seorang guru kontrak [meletak jawatan guru kerajaan selepas tempoh pinjaman 5 tahun untuk terus bertugas di SRP]. Arwah Ustaz Yassin sangat lembiut dan baik orangnya. Aku berkesempatan untuk ziarahnya semasa arwah di rawat di Hospital Kuala Terengganu.

Didoakan roh Ustaz Yassin ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.