Monday, May 9, 2011

Majlis Akad Nikah @ Masjid Al-Rahman Banda Acheh

Pengantin; berbaju putih

Kumpulan hadirin wanita

Kumpulan hadirin lelaki

Label untuk imam dan pengantin lelaki

Di hadapan masjid

Kami bernasib baik dapat lihat majlis akad nikah sewaktu ziarah Masjid Al-Rahman. Aturcaranya lebih kurang sama seerti yang dijalankan di Masjid Putra, Putrajaya.
a. Persamaan
1. Ada label penanda untuk para hadirin, pengantin, saksi, imam dan lain-lain.
2. Tetamu wanita dan lelaki tidak duduk bersama.
3. Semua yang hadir perlu memakai pakaian menutup aurat.
4. Ceramah @ nasihat @ khutbah oleh imam khas untuk pengantin dan para hadirin.

b. Perbezaan
1. Ada pemandu acara [juruacara]; memaklumkan acara yang akan @ sedang berlangsung.
2. Acara dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Qari [mungkin petugas masjid]
3. Khutbah @ nasihat yang agak panjang lebar diberi oleh imam sebelum majlis akad nikah,
Di Masjid Putra, jika banyak masa & kurang pasangan, khutbah dijalankan selepas akad nikah.

Nota
1. Kami tak sempat tonton majlis akad nikah kerana khutbah terlalu lama dan kami perlu segera ke pelabuhan untuk de Pulau Sabang.
2. Sementara tunggu pasangan pertama dinikahkan, rombongan untuk pernikahan ke-dua telah mula berkumpul di dalam masjid.