Semua berjalan lancar. Daftar masuk, timbang begasi, bergerak ke Balai Berlepas dll. Semua OK sahaja. Namun sebaik jam hampir menunjukkan jam 9.00pagi, mood dah mula berubah.
Sebaik nak melangkah masuk melepasi pegawai polis yang mengawal Balai Berlepas dan bersalam-salaman, tiba-tiba cuaca mula berubah. Walau pun langit tetap cerah, hujan yang selama ini dapat ditahan dah tak boleh dibendung lagi ..........
Maka bermulalah episod baru dalam hidup famili kami. Abang Arif mula bertugas di SK Inandung, Keningau, Sabah. Amirul terpaksa pikul tugas jadi 'panglima' famili. Kancil & Iswara jadi rebutan.....
Saturday, February 12, 2011
Friday, February 11, 2011
Wednesday, February 9, 2011
Langit Cerah - Hujan Lebat I
Sebelum Subuh lagi hari ini semua ahli famili aku dah siap siaga. Sebaik bunyi azan Subuh dari Surau Al-Muhajirin berakhir, masing-masing terus segera bersolat. Dek kerana nak kejar waktu [ERL?] aku juga Subuh di rumah.
Anum, Fathiyah, Amirul, Arif, Nurul & Aku melintasi Surau Al-Muhajirin sebaik bilal melaungkan Qamat. Kami ada lebih kurang 20 minit untuk siap siaga di tepi landasan ERL Putrajaya selain perlu singgah di kantin SK Putrajaya 2 [hantar Fathiyah & kuih]. Alangkah terperanjatnya kami apabila kawasan letak kereta awam di Putrajaya Sentral telah 'dipagar'. Pengguna kini dikenakan bayaran untuk dapat kemudahan & keselesaan letak kereta di situ. Pemandu kereta di hadapan kami rasanya juga terperanjat [macam kami] akan perkembangan terbaru itu kerana beliau terkial-kial untuk mengarahkan palang halangan terangkat.
Takut terlewat aku buat pusingan U dan ke kawasan letak kereta di bahagian belakang. Atas kekhuatiran ditinggalkan ERL aku pandu masuk tak melalui kawasan berpalang. [Dalam bab lain aku akan ceritakan bagaimana caranya ....]
Kami [termasuk Fathiyah yang ponteng sekolah] hanya ada 60 saat sebelum ERL transit ke KLIA tiba. Akhirnya, Alhamdulillah kami sempat sampai ke kaunter L15 dalam zon waktu yang ditetapkan. Berbagai peristiwa dan pengalaman berlaku sepanjang berada di kawasan Kaunter L15. Yang paling tidak terlupakan ialah apabila seorang bapa telah siap sedia dengan kad kredit di tangan apabila tiba giliran anak lelakinya. 44kg. - Rekod baru. Apabila aku congak, tak kurang RM285 lelaki itu 'menderma' kepada MAS.
Subscribe to:
Posts (Atom)