Monday, July 26, 2010

Dugaan

Sejak balik awal minggu lalu, kelibat Sdr Abu Bakar tidak kelihatan dan azannya tidak kedengaran. Mushkil juga apa puncanya.
Rupa-rupanya beliau kemalangan sewaktu menunggang motor ke tempat kerja. Beliau terlanggar seorang pejalan kaki yang melintas di hadapan sebuah lori yang sedang bergerak perlahan di lampu isyarat. Akibatnya beliau cedera. Bahagian pinggangnya sengal. Terpaksa guna tongkat sewaktu berjalan. Solat pun terpaksa guna kerusi.
Diharap dan didoakan agar Sdr. Abu Bakar akan tabah dan bersemangat waja untuk kembali sihat.

Kenangan Umrah III - R&R @ KSA

Hamparan carpet bersama beberapa bantal di tengah laluan untuk pelanggan R&R menjamu selera. Jika masuk waktu, di situlah juga mereka bersolat.
Restoran di R&R. Order, bayar duit dan tunggu tempahan disiapkan. Lepas tu pilih, nak makan di meja atau di astaka. Orang tempatan akan sentiasa pilih carpet [walau pun meja berkerusi kosong!]
Yang kurang bagusnya, tandasnya amat terhad bilangannya dan terletak nuuuuun jauh di belakang R&R.




Kenangan Umrah II - Berbuka Tapi Tak Puasa

Menjelang Ramadan, setiap kali menjelang Maghrib pada Isnin dan Khamis, akan terhidang juadah berbuka puasa disediakan di Masjid Nabawi, Madinah dan di Al-Haram, Mekah. Kebanyakan juadah yang berupa manisan, kurma dan teh Arab adalah sumbangan dermawan. Yang bagusnya, setiap saf dan tersedia alas plastik [seperti kain saprah]. Aku yang kebetulan duduk di salah satu saf pun turut "berbuka puasa". Sekitar 5 minit selepas azan, plastik digulung dan petugas masjid memasukkannya ke dalam palstik sampah besar. Sebaik qamat kedengaran, semua dah siap untuk solat Maghrib. Yang bestnya, tiada kotoran yang tinggal pada tempat solat, seolah-olah majlis berbuka tadi tidak berlaku .........

Kenangan Umrah I - Sesat

Sebaik tiba di Hotel di Mekah, setelah dapat bilik, kami dinasihatkan berehat sebentar sebelum membuat tawaf & sa'i dipimpin oleh mutawif. Anum tetiba uzur pula. Aku ambil giliran bersama kumpulan pertama. Tepat jam 11.30pm [waktu tempatan] kami mula berjalan ke Al-Haram.
Mungkin kerana terlalu tumpu kepada hendak laksanakan tawaf & Sai terbaik aku terlupa nak ambil kad hotel dan hafal "jalan" ke Al-Haram. Sebaik tiba di Al_haram, beberapa peserta memaklumkan bahawa mereka tiada wudu' [mungkin terlupa]. Mutawif terpaksa tunjuk kawasan wudu' dan tunggu mereka kembali. Aku ambil keputusan buat tawaf & sa'i sendiri.

Alhamdulillah, aku dapat laksanakan kedua-dua fardu tersebut tanpa banyak masalah. Sebaik selesai aku nak segera ke hotel untuk mandi, rehat & tiduk sebelum ke Al-haram semula untuk Subuh.

Ujian untuk ku - aku sesat! Aku ambil simpang yang salah. Penat tawaf & sa'i tak habis, ditambah terpaksa jalan hingga hujung 2 lorong membuat aku semakin penat dan bimbang. Panggilan telefon kpd satu-satunya no tel yang ada, sahabatku Md Noh tidak berjawab [dia masih bersama kumpulan - tak selesai lagi tawaf & sa'i].

Akhirnya, aku patah balik ke Al-Haram. Nasib baik ada kumpulan dah dalam perjalanan pulang. Aku ikut mereka dari belakang dengan senyap dan mengucapkan berbanyak syukur.

Untuk elak perkara berulang aku segera snap papantanda hotel .........

Tuesday, July 20, 2010

Koleksi Foto Umrah

No Smokink in the lift!
Meja dan kerusi minum di slah satu kafe di airport Jeddah. Meja hanya 3 kali sahaja & kerusi diikat agar tak "berjalan sendiri"
Semasa di Safwa & Marwa, aku jumpa pekerja pembersih Bangla yang amat "beriman", tak takut kecelakaan. Dia langsung tidak amalkan ciri keselamatan semasa lakukan kerja-kerja menyelenggara bangunan.
Di dewan makan hotel, pengusaha katering Indonesia ambil jalan mudah. Pengunjung asyik komplen kertas tisu sering kehabisan, mereka terus sediakan yang bergulung sebesar tayar kereta. Pulak tu terus di pasangkan pada sesandar kerusi yang sukar dibuka ..... Tak de komplen lagi lepas tu .....
Kalau tak silap foto ni diambil sewaktu lepas solat Asar. Pengunjung ke Al-Haram sering ambil air Zam-zam untuk bekalan bawa balik. Wanita dalam gambar ni kami ekori dari Al-Haram. Botol air atas kepala tak jatuh [hanya guna otot leher untuk imbang botol air tu] walau pun berjalan melalui jemaah yang ramai dan sesak.