Friday, May 28, 2010

Langkawi I - Idea yang bagus!

Sewaktu tiba di jeti Kuala Perlis jam 8.00am, kami semua amat terperanjat. Ramainya pelancong yang hendak menyeberang ke Langkawi. Bas kami "tersangkut" hingga tak boleh masuk ke kawasan jeti. Berbaris bassedang menurunkan penumpang yang hendak ke Langkawi.
Sesak bukan kepalang di kawasan menunggu. Kipas dindingnya pula kebanyakannya rosak! Tambah tak senonoh, PEROKOK yang tak beradab. Di kawasan orang ramai pun selamba buat hal. Geram bukan kepalang!
Nasib baik ketua rombongan (Anom juga namanya) dah siap "booked" semua tket untuk ke Langkawi. Feri yang kami naik baru keluar kilang. Plastik sarung bangku masih ada lagi. LCD terpasang di merata tempat. Sebaik feri bergerak, pengendali pasang VCD kuliah oleh penceramah terkenal berasal dari Ipoh, Perak. Bagus kuliahnya!!!
Daripada mainkan wresling, wayang atau entah apa-apa nyanyian, kan bagus macam tu dapat ilmu secara tak sengaja.

Wednesday, May 26, 2010

Penat Semalam

Banyak kena membongkok, sampai pening kepala
Semua khemah kena jemur dulu. Ada yang terlalu busuk! Stokin pun tinggal dalam khemah.

Guru-guru Pengakap KDC berkhemah di Ipoh minggu lalu. Semasa berkhemah kena hujan. Mereka pula balik tiba lewat [malam]. Tak sempat nak jemur & kemas khemah sebab nak segera balik ke tempat masing-masing.
Azahar minta bantu untuk jemur & kemas 12 set khemah yang telah mereka gunakan. Aku ingat mudah. Rupanya amat meletih dan memenatkan.

Friday, May 21, 2010

Ceramah Hari Guru

Fasilitator : Hj. Siddiq Fadzil
Tarikh : 14 Mei 2010 [Jumaat]
Lokasi : Dewan Al-Marbawi, IPG-KPI
Tajuk : Peranan & Tanggungjawab Guru Dari Perspektif Islam : Cabaran Masa Kini

1. Perbandingan
Dalam dunia persilatan tiada tokoh No. 2. Sebab - #1 bunuh #2. Dalam dunia persuratan tiada tokoh #1 dalam semua disiplin. Mungkin tokoh Y #1 dalam Biologi tetapi dia mungkin #1001 dalam disiplin Bahasa.

2. Telah ada kini jodol buku
i. If you want to be rich and happy - don't go to school
ii. Selamat tinggal sekolah
iii. Lebih baik tidak bersekolah

3. Kitaran rasa takut alam pendidikan di Indonesia
Mahasiswa takut kepada Dosen yang takut pula kepada Rektor yang juga takut kepada Pak Menteri yang turut takut kepada Presiden. Yang hairannya Presiden pula takut kepada mahasiswa.

Keluarga Lebih Utama

Ramai beranggapan pekerja yang pulang lewat kerana menyiapkan tugas di pejabat adalah pekerja yang rajin dan berdedikasi. Ada pula yang beranggapan pekerja seperti ini kurang bijak dalam mengatur waktu dan merancang kerja.
Ada pula yang berpendapat bahawa famili juga penting dan perlu diutamakan. Setiap detik jangan dibazirkan. Selepas 4.30pm adalah waktu peribadi.


Sebenarnya dalam dunia ni, tiada pekerja yang tidak boleh diganti. Alasan bahawa pejabat akan berhenti berfungsi dengan ketiadaan seseorang patut dibuang. Paling tidak, mungkin akan berlaku kesulitan, tetapi akhirnya tugas akan dapat dilaksanakan.

100519 Tahlil Hari Guru

Selepas solat Zohor berjemaah, Us. Baharuddin memimpin Majlis Tahlil sempena Hari Guru 2010. Sebelum ini aku telah banyak kali terlibat dalam majlis-majlis seumpamanya tetapi aku anggap sebagai majlis biasa sahaja.
Namun untuk kali ini aku agak "tersentuh". "Intro' yang diberikan oleh Us. Baharuddin membuat aku kenang balik semua guru yang pernah ajar aku sejak dari sekolah rendah hingga sekolah menengah dan tidak ketinggalan guru-guru tak resmi di majlis-malis ilmu.
Sebagai seorang guru, aku terfikir, ada tak anak-anak murid aku yang ingat aku sebagaimana aku teringat Cikgu Sayuti, Mr. Goh, Cikgu T.Senai dll?

Tuesday, May 18, 2010

Mesyuarat Konvokesyen IPG-KPI 2010


Konvo untuk pelajar KPLI kali ini akan diadakan di Auditorium Cempaka, Perbadanan Putrajaya. Antara keputusan mesyuarat penyelarasan;
1. Petugas, penerima ijazah & pengiring perlu guna "Park & Ride".
2. Masih akan guna backdrop - tempah RM???
3. Tiga unit rostrum akan diguna.
4. Raptai penuh akan diadakan pada 3 Jun 2010

Monday, May 10, 2010

Sami Mawon


Jowo
Bien, wen nyong thathi cikgu disiplin nang sekolah, bocah ora ngrunguni pengumuman nang perhimpunan thathi masalah seng susah thiomeni. Tarak ku nang KPI, bocah-eh wes gedi, thathi pastine maning apik. Tapi ora kaya kui. Jek podo wae, sami mawon....... [njalok ngapuro nek jowone ora keruan.... wes sui ora "speaking"]

Melayu
Dahulu, sewaktu aku jadi Guru Disiplin di sekolah, masalah besar adalah murid tidak beri tumpuan semasa pengumuman di perhimpunan. Ada yang bermain, bercakap & tidur [khayal]. Aku jangka bila di KPI ni, pelajarnya lebih dewasa, mereka akan lebih matang. Tetapi rupanya serupa @ lebih teruk.

English
xxxxxxxx [later ....]

Wednesday, May 5, 2010

Mendaftar & Menyemak SPR

Tiga pegawai SPR datang untuk kempen mendaftar bakal pengundi pilihanraya akan datang. Sebilangan besar pelajar IPG -KPI yang layak telah pun mendaftar dan ada yang layak mengundi pada pilihanraya lalu.
Yang sah baru cukup umur pula, mereka mendaftar tanpa banyak soal.

Nota:
Rupa-rupanya sebilangan besar pelajar PISMP Sem 1 & 3 dan PPISMP tak cukup umur lagi. Mereka belum boleh mengundi jika pilihanraya diadakan pada 2011.

Tuesday, May 4, 2010

Mari Belajar Bahasa Indonesia


1. Sabuk Pengaman ?
2. Kencangkan ?
3. Bantalan Kursi ?



Perjalanan Balik Putrajaya

Shahmi, anak lelaki #2 adik aku, Zaharah, baru dapat lesen memandu. Emaknya beri kepercayaan untuknya memandu balik ke Bangi. Aku jadi co-pilot. semasa memulakan perjalanan aku janji dengan diri sendiri untuk tidak "komen" pemanduannya. Aku gagal. Mungkin kerana masih baru, Shahmi amat berhati-hati. Contohnya sewaktu jem berhampiran Seremban, banyak kereta dapat "cilok" depan kereta kami sebab ruang di hadapan kereta amat luas. Untuk elak boring dan mengantuk, aku "bermain" dengan makanan aku.....

100504 Sekitar Balik JB

Sebelum ke rumah Kak Pah di Kempas untuk jamuan tengah hari, aku, Anum & famili Shafiz [adik ipar] sempat ziarah pusara arwah-arwah Emak, bapak & Kang Man.

Dengan bantuan sepupu [kini dah arwah] yang bertugas sebagai penjaga tanah perkuburan Islam di Bukit Alif, Tampoi, pusara arwah Emak, Bapak & Kang Man adalah bersebelahan walau pun waktu pengkebumian mereka jauh beza waktunya. Aku dan adik-beradik yang lain hingga kini amat berhutang budi kepada arwah.
Mak: 17 Jun 1979

Bapak : 4 Mac 2008

Kang Man : 11 Januari 1978