Thursday, December 30, 2010

101230 M'sia lwn Ind"sia

Win-win Result
Pada aku keputusan Malaysia tewas 1-2 dalam pertandingan akhir kedua malam tadi dan Malaysia menang 4-2 [agregate] dalam Kejohanan Piala Suzuki adalah keputusan paling adil.
Aku, seperti ramai rakyat Malaysia [mungkin] yang selama ini sudah hilang minat untuk menonton dan mengambil tahu perkembagan bolasepak tempatan kini kembali bersemangat semula. Kalau sebelum ini diminta menamakan 3 pemain bolasepak Malaysia yang aku tahu pasti aku akan gagal. Berbanding jika diminta menamakan lima pemain utama Arsenal, aku akan sebut bukan setakat lima tapi aku akan beri kesebelasan pemain utama terkini.

Yang paling aku puji adalah semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan dalam kedua-dua perlawanan akhir tersebut [kecuali insiden laser di Bukit Jalil]. Paling ketara adalah sikap para pemain yang nampak lebih profesional seperti tidak "mengada-ngada" cedera apabila berebut bola dan juga tidak cepat "melenting" apabila dikasari. Sebelum ini dalam pertandina bolasepak tempatan aku paling menyampah bila ada pemain yang dikasari [walau pun secara tidak sengaja] segera bangun dan hendak bergaduh. Dalam kejohanan EPL contohnya, pemain yang dikasari akan menyerahkan keputusan kepada pengadil dan terus menyambung permainan. Begitu juga sikap para pemain yang tidak sengaja melewat-lewatkan permainan apabila sudah berada dalam posisi menang.

Indonesia walau pun gagal memenangi Piala Suzuki tetapi mereka masih boleh berbangga kerana berjaya beroleh kemenangan dalam final kedua dan berjuang dengan semangat yang tinggi. Pemain Malaysia pula selain memengangi Kejohanan ini, secara langsung telah memberi kepercayaan baru kepada rakyat Malaysia bahawa bolasepak kita telah kembali ke landasan yang betul untuk menuju era kegemilangan sewaktu Mokhtar Dahari dahulu.
Syabas Malaysia!!!

Nota
Kepada saudara-mara di Indonesia [terutama di Desa Gejlek, Pekalongan, Jawa Tengah] diharapkan keputusan perlawanan ini tidak merenggangkan tali persaudaraan kita.

Friday, December 24, 2010

101224 Khutbah Jumaat @ Masjid Tikam Batu

Hari ini aku berpeluang untuk solat Jumaat di Masjid Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah. Lokasi masjid betul-betul bersebelahan dengan rumah tempat aku bertandang. Jadi hari ini pahala jumaat aku agak kurang kerana aku hanya menyeberang masuk ke kawasan masjid setelah tamat Azan Zohor.
Inti utama khutbah yang aku jangka bertajuk "Anak" adalah;-
1. Orang dewasa hendaklah sentiasa bersikap "mesra" dengan anak-anak. Jangan sampai mereka takut untuk mendekati kita. Namun begitu kita hendaklah jangan takut untuk menegur mereka [secara bijaksana] jika perlu.
2. Anak-anak juga adalah "ujian" kepada ibu-bapa. Kerana anak-anak
a. Ibu-bapa takut bersedekah kerana dikhuatiri tiada bekalan untuk anak-anak.
b. Para bapa takut untuk pergi berperang kerana khuatir anak menjadi yatim.
c. Ibu-bapa kurang ilmu agama kerana khuatir anak-anak tiada yang "jaga" apabila mereka pergi menuntut ilmu.
Semoga solat jumaat aku hari ini mendapat kerahmatan Allah.

Wednesday, December 22, 2010

101220 Cuti-cuti Malaysia

bersama famili Nasir Bukit Sawa di gerai Burger [usahawan muda] anak sulungnya.
Di hadapan rumah Nasir yang dikelilingi sawah padi
Bersama famili Ustaz Arifin di Dungun selepas jamuan makan malam. Sup ekor di restoran ni sedap!
Pelajar di Terengganu semua dapat "e-book" [laptop mini]. malangnya sepanjang berada di Terengganu tak jumpa murid yang guna untuk ulangkaji semasa cuti sekolah........
Bersama En. Shahran, penyewa rumah di Paka, Terengganu.
Usahawan yang semakin meningkat maju. Cikgi Bidi dan isterinya mengusahan restoran di Kerteh. Makanan di restorannya yang terletak di seberang jalan yang setentang McD Kerteh semua sedap.
Bersama famili En. Rashid, pemborong ikan di Kemasik. Isterinya, Pn. Dayang mengusahakan kedai makan di Kg. baru, Kemasik.
Anum bersama Pn. Dayang.

Monday, December 20, 2010

101219 Futsal 1Malaysia


Anum & aku turut memeriahkan pesta Futsal 1Malaysia yang diadakan di Putrajaya. Sambil berpeluang menikmati makanan dari gerai-gerai yang banyak disediakan, dapat juga melihat gelagat ahli-ahli sukan yang terlibat dalam pesta tersebut.
Selain Futsal, juga diadakan pertandingan "badang", gusti lengan, "dodge ball" dan tarian individu.



Wednesday, December 15, 2010

101214 Aku Pun Perasan

Aku terima pelawaan Minjuk untuk menyaksikan perlawanan MU - Arsenal pada jam 3pagi di Restoran As-Subuh, Puchung. Berbagai persediaan aku buat agar "kepayahan" aku berjaga pagi tu tak memudaratkan. Antaranya tidur awal, set hp "berdering" dan bergetar pada 3pagi dan isi borang cuti kerja untuk Selasa ..........
Sebaik perlawanan bermula, aku perasan pergerakan dan hantaran bola pemain-pemain Arsenal tidak lancar. Padang Old Trafford bermasalah. Rupa-rupanya sangkaan aku tidak meleset. Esoknya di dada akhbar, Wenger, pengurus Arsenal mengeluarkan kenyataan bahawa padang bola di Old Trafford "unfit for attractive play".
Atas alasan tersebut tidak hairan MU memenangi perlawanan melalui gol "unsangkarable" Park JS.

101215 Malam Apresiasi

Aku terima jemputan Perbadanan Putrajaya untuk majlis penghargaan kepada semua persatuan penduduk di Putrajaya. Ramai "orang besar" yang hadir termasuk Pak Menteri Wilayah Persekutuan.
Selain hidangan yang menyelerakan, semua tetamu dijamu dendangan lagu oleh Nassir Wahab [penyanyi era 80an].
Selain sijil perakuan, setiap persatuan penduduk diberi sedikit dana untuk jalankan aktiviti kemasyarakatan.

Monday, December 13, 2010

I was there!

The leaning tower

Fifth

I was fortunate enough to be selected to attend the KISSM conducted at Brisdale Hotel last week. I planned to immediatly drive home after the closing ceremony so I could perform my Friday prayers at the usual Presint 9 Mosque, Putrajaya. Unfortunately it ended late. I have to look for the nearest mosque. The receptionist at the hotel told me that there is a mosque nearby.
After packing my bags into my trusted Rusa, I walked to the mosque. I passed by several stall operators [men-muslims] still busy attending to their businesses. The moment I stepped into the mosque I noticed that it was not like any other ordinary mosque in Malaysia. It was a Indian Muslim Mosque. Before the adzan, the imam gave a short "tazkirah" to the audience. It was not in Bahasa Melayu [maybe in Tamil]. For the khutbah, the Imam used the Arabic language.
So, that Friday was my 5th. time where I could not understand the full content of the khutbah.
*Note: This not including the times when I sometimes "dose-off" during the uninteresting khutbahs.

Wednesday, December 8, 2010

Jadi Ke?

Tengah fikir panjang ......

Karisma Ray Wilkins

Ray Wilkins adalah bekas pembantu kepada beberapa jurulatih Kelab Chelsea yang telah dipecat baru-baru ini. Ramai menunggu ulasan beliau setelah dipecat oleh pengurusan Chelsea. Hari ini melalui Astro ESPN barulah pertama kali beliau mengeluarkan kenyataan.
Apabila ditanya perasaan beliau dipecat secara tiba-tiba (dan tanpa alasan) dengan wajah ceria beliau memberi jawapan bahawa beliau merasa amat bertuah kerana telah berpeluang bekerja bersama individu-individu gemilang seperti Anceloti, Sherrer dll. Dari riak muka dan bahasa badan beliau langsung tidak menyalahkan sesiapa dalam pemecatannya. Beliau beranggapan masanya telah sampai dan kehidupan perlu diteruskan. Begitulah dunia pengurusan bola sepak katanya sambil memberi contoh pengurus Newcastle yang juga tiba-tiba dipecat walaupun telah membimbing kelabnya dengan agak baik.
Berapa ramai antara kita yang punyai sikap seperti beliau?

Tuesday, November 30, 2010

Lalai Dalam Pentadbiran

Kuliah Maghrib 29 Nov 2010
Surau Al-Muhajirin, Presint 9, Putrajaya

1. Semua manusia akan ditanya akan tadbirannya.
2. Ramai telah lalai dalam mentadbir kurniaan Allah.
3. Mata, hati, telinga, tangan, kaki & lain-lain telah tidak ditadbir mengikut arahan Allah. Ada yang arahkan kaki melangkah ke tempat maksiat, tangan terima rasuah dll.
4. Ada jemaah pandang sinis apabila ada ahli kariah yang tak pernah datang surau @ masjid tiba-tiba muncul untuk jemput ke majlis tahlil @ kenduri dirumahnya. Sebenarnya kita juga bertanggungjawab dalam "berkempen" untuk ajak jiran @ kenalan tersebut untuk sama-sama mengimarahkan surau. Jika tak mampu bersua, boleh gunakan teknologi terkini; SMS, telefon, E-mel dll.
5. *Ingatan*
i. Rakyat Malaysia sangat beruntung dapat hidup aman & makmur.
ii. Dalam almari pakaian banyak sangat baju dll sehinggakan susah nak kemas @ simpan pakaian yang sudah dibasuh.
iii. Keluarkan baju @ pakaian yang telah tidak diguna dalam tempoh 3 bulan yang lepas. Masukkan dalam kotak & dermakan. Kita sebenarnya dah tak perlu lagi pakaian tersebut.
iv. Almari pun nampak kemas dan mudah untuk kita "tadbir" bahan-bahan di dalamnya.

Friday, November 19, 2010

101118 Pelaburan Kurang Menjadi

Melabur RM20.9375. Dah bukan rezeki, pelaburan tidak menjadi.

Friday, November 12, 2010

101112 Induksi

Semalam sahabat di BPK maklumkan agar segera hubungi Pn. Salina di JPN Putrajaya untuk "tumpang" Kursus Induksi [format baru]. Apabila dihubungi melalui telefon, Pn. Salina minta aku datang sebelum 12pm.
Tepat 11.35am aku dah berada di depan cubiclenya. Rupa-rupanya Pn. Salina dulu sama-sama ngajar di SK Putrajaya 2, Presint 9. Mudah cerita - semua beres......

Thursday, November 11, 2010

Peperiksaan Akhir IPG - KPI


Berugas bantu jadi pengawas peperiksaan akhir IPG - KPI di Bilik Tarannum.

Wednesday, November 10, 2010

101110 Apa ni?

Semasa kemas bawah katil semalam, terjumpa benda ni. Saje nak cuba test, letak bateri - MASIH boleh guna lagi ........

101110 Kuliah Maghrib

a. Adab Menuntut Ilmu
1. Perbetulkan niat - untuk tuntut ilmu
2. Jadi pendengan yang baik - catat
3. Ingat / hafal isi @ frasa penting
4. Amalkan ilmu yang dipelajari
5. Sampaikan il;mu tersebut kpd orang lain [walau pun hanya 1 kalikah]

b. Hadiah terbaik kepada
1. Sahabat - kesetiaan
2. Musuh - kemaafan
3. Ibu bapa - terima kasih dan kasih sayang
4. Tersayang - ??????? [terlupa]
Nota: Kuliah mulai hilang tumpuan bila penceramah mula menerawang lari jauh dari tajuk.........

Sunday, November 7, 2010

101107 Terpedaya

Sebaik tiba di pintu masuk Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, aku lihat salah seorang pengawal sedang berlari ke kawasan letak kereta. Pantasnya dia berlari sehingga dia tiba dahulu daripada aku yang menunggang motosikal [sambil kehairanan].
Sebaik tiba di kawasan letak kereta aku lihat ada kemalangan ngeri yang baru berlaku. Seorang penunggang motorsikal tergelimpang di bawah sebuah kereta. Motosikalnya terbaring tidak jauh dari kawasan kemalangan. Dengan darah dan muka yang berdarah, sungguh ngeri kemalangan itu.
Yang agak menghairankan aku, orang ramai yang berada di sekitar asyik sibuk "menyenap" gambar. Jika dah mati kenapa tak seorang pun yang menutup muka mangsa kemalangan tu? Otak aku ligat berfikir, ada sesuatu yang tak kena........




Rupa-rupanya semua tu hanya demenstrasi oleh pasukan kecemasan apabila berlaku kemalangan.
Nota
Aku nyaris melompat untuk tolong, nasib baik aku segera sedar.

Wednesday, November 3, 2010

101102 Kuliah Maghrib

Sifat 20
1. Ustaz terangkan sifat ke-16 bagi Allah - Kaunuhu ALIMAN [KeadaanNya yang maha mengetahui]
2. Allah tahu semua yang berlaku, waima apa yang ada dalam hati mahlukNya.

Tuesday, November 2, 2010

101102 Ambil Sebagai Peringatan

1. Nyaris kemalangan
Sebagai warga Putrajaya yang baik aku mula gunakan lorong motorsikal dalam perjaanan balik dari Hosp Serdang. Dah rezekinya, tayar hadapan motor masuk lubang di lorong yang baru dibina. Motor terhoyong-hayang. Secara otomatik kaki kanan jejak ke tar jalan raya untuk elak jatuh. Alhamdulillah tidak jatuh tapi sakitnya tumit kaki bukan kepalang. Sehingga kini jalan kena berjingkit!


2. Terserempak Dr. Sarifuddin
Dr. Sarifuddin tinggal di jalan yang sama dengan rumah aku. Beberapa minggu lalu beliau pun disetrang sakiot jantung. Beliau kini hampir pulih. Setiap pagi dan petang beliau berjalan keliling kawasan perumahan agar segera pulih seperti sediakala.

3. Melawat En. Ridwan Di Hosp Serdang
En. Ridwan [suami Cikgu Rodiah] dan keluarganya telah menjadi jiran sebelah rumah sejak 11 tahun yang lalu. Tiba-tiba 2 hari lalu beliau diserang sakit jantung. Alhamdulillah sempat segera dibawa ke Hosp Putrajaya untuk rawatan.
Nak dijadikan cerita, semalam Anum & aku siap bawa buahtangan bercadang nak berziarah dengan anggapan En. Wan masih dirawat di Hosp Putrajaya. Malangnya beliau telah dipindahkan ke Hosp Serdang. Padanlah tak jumpa ........

4. Kemas Pejabat
Perubahan Ketua-ketua Unit di JHEP. So, masing-masing pindah barang. Susun-atur perabot pejabat juga ditukar agar lebih ceria.

101102 Hari Terbuka SMK Pj16

Semalam Cikgu Rothman [guru kelas Amirul - 5 Alpha 2] telefon minta aku datang untuk ambil result ujian percubaan SPM yang lalu. So pagi tadi aku singgah di sekolah Amirul sebelum ke pejabat. Dari perbincangan dapat disimpulkan Amirul perlu
1. Bimbingan untuk subjek Ekonomi Asas, Prinsip Perakaunan & Bahasa Inggeris.
2. Kawal penggunaan Hp & internet dirumah perlu dikawal. Semua cikgu ngadu dia selalu ngantuk di kelas.
3. Hadkan aktiviti keluar "bermotor"
Masa nak balik jumpa Cikgu Azlan [pernah sama mengajar di SK Putrajaya (2) Presint 9]. Anaknya juga satu kelas dengan Amirul.

Monday, November 1, 2010

Pejam Celik

Sedang leka sediakan laporan kes disiplin pelajar, Azahar [sahabat sebelah meja] terima panggilan telefon daripada pelajar KPLI yang menjemput kami ke jamuan akhir tahun di kelas mereka. Rasa macam baru semalam pelajar-pelajar KPLI mendaftar diri untuk pengajian di IPG - KPI.
Sebaik tamat peperiksaan akhir tahun dan temuduga, pelajar-pelajar tersebut akan di tempatkan di sekolah dan mulai mengajar pada awal tahun hadapan.
Hari ni jimat belanja, tak perlu keluar makan tengah hari. Aneka makanan yang disediakan cukup menyelerakan. Masa nak balik siap ada "berkat". Semoga meereka semua dapat jadi guru yang dapat menyumbang kepada kejayaan dan kemakmuran agama, bangsa & negara.

Sunday, October 31, 2010

31 Okt 2010 Tazkirah Subuh

Doa Terlarang
1. Memohon cepat mati adalah amat dilarang.
2. Walau pun sedang amat derita sakit atau bermasalah, Islam amat melarang memohon doa agar cepat nyawa dicabut.
3. Antara alasan kukuh adalah;
a. Jangan berputus harap kepada rahmat Allah, mungkin ada kebaikan disebalik kesulitan yang sedang dialami.
b. Umur yang panjang dapat beri peluang untuk bertaubat dan beribadah kepada Allah.

Saturday, October 30, 2010

Wayang #1

Selepas membaca artikel tentang wayang dalam majalah MIDI tadi, aku terkenang suasana pawagam [panggung wayang gambar] masa dulu-dulu yang amat jauh berbeza jika dibandingkan dengan kompleks pawagam sekarang.
1. Harga Tiket
Dulu - Kebanyakan panggung ada 3 kelas. Kelas #3 paling murah. Panggung LIDO, JB RM0.90 untuk satu tempat duduk. Lokasi 3 baris paling hadapan. Bila keluar panggung, tengkok sakit.
Sekarang - depan @ belakang sama harga. Purata RM10 satu tempat duduk. Kalau wayang bagus, kena beli tiket awal-awal. Kalau tak, sakit tengkok.
2. Beli Tiket.
Dulu - Kena beratur panjang. Selalunya ada Mamat yang berkeliaran menawarkan tiket pada harga lebih tinggi [black market]. Yang hairannya mamat ni selalunya ada banyak tiket di tangan sedangkan seorang hanya dibenarkan membeli 4 keping tiket sahaja. Mungkin dah "runding" dengan penjual tiket di kaunter.
Sekarang - Barisan untuk beli tiket macam ular. Kalau ada Mamat nak black market pasti kena tangkap atau tak dapat sambutan.

Nota: Kadang-kadang boleh masuk tempat tiket mahal dengan bayar harga murah. Tapi mesti waktu kurang penonton dan kenal dengan penjaga pintu masuk panggung. Caranya dengan "merasuah" petugas tersebut. Kalau tauke check, kena keluar panggung......
Pernah bersama beberapa rakan beli tiket nak tonton wayang 9pm di Rengit [masa tu kerja di Benut]. Masa nak masuk, tauke panggung bayar balik harga tiket sebab penonton tak ramai, hanya kumpulan aku seramai 6 orang sahaja yang nak tonton.

BBQ @ top of the world

Nak tambah lagi, boleh?
Sahabat semasa maktab, Zaizaitulbaha [PIS - Pengajian Inggeris Sejarah] bersama isterinya akan berangkat ke Tanah Suci pada minggu hadapan. Beliau dah jadi pengusaha stesyen Petronas di Puncak Alam.

Aku ke Puncak Alam melalui Puchung, Shah Alam & Meru. Semoga Zam & isteri dapat kerjakan ibadah haji tanpa banyak halangan.

Selain jamuan biasa, para tetamu di jamu dengan BBQ kambing, siap dengan sos lada hitam.

Friday, October 29, 2010

Masing-masing Ada Peranan

Semalam aku terlibat dalam "perbicaraan" 3 pelajar IPG yang melanggagar Akta 174. Sumbangan aku setakat menyediakan laporan kehadiran kuliah, laporan salah laku dan mencatat perjalanan perbicaraan. Perbicaraan ini aku rasa sebagai satu langkah intervensi untuk membetulkan sahsiah, disiplin dan singkirkan [jika betul-betul perlu] bakal-bakal guru yang bermasalah.
Terdapat beribu orang di luar sistem yang amat berharap [terutama guru sandaran] terpilih mengikuti pengajian perguruan, namun terdapat mereka yang terpilih tidak menghargainya.
Semoga aku & kita semua mendapat pengajaran.
Keputusan perbicaraan: 1-buang, 1-gantung & 1-denda & amaran.

Monday, October 11, 2010

Perhimpunan Mingguan Pelajar IPG-KPI

Muhammad Yasir & Razlinda [PISMP 8.02] tersenyum lebar apabila berjya memenangi Kuiz Minggu Ini.

Pelajar tidak hadir tanpa kebenaran dan tidak memberi penumpuan menjadi masalah utama perhimpunan mingguan di IPG-KPI.

Minggu ni dah kali ke-2 aku laksanakan perhimpunan pelajar IPG-KPI sepertimana yang telah aku jalankan sewaktu di sekolah Putrajaya dulu. Semua pelajar mendapat sehelai kertas kosong untuk mencatat isi perhimpunan. Di akhir perhimpunan aku jalankan kuiz. Tiga orang pelajar Sem 8 dapat hadiah makan tengah hari.

Antara komen yang aku terima;
1. Macam budak-budak sekolah rendah je ....
2. Bagus, pelajar mencatat ......
3. Perhimpunan teratur ........


Thursday, September 30, 2010

Zukri Ganu Beraya

Kalau tak silap akau, pada tahun ke-3 aku di SK Putrajaya 9[2], Zukri, Md. Hanif, Wan Faridah, Aida dan beberapa guru baru datang melapor diri. Setelah kira=-kira 4 tahun di Putrajaya dia berjaya pindah ke kampung halamannya di Terengganu.
Kini Zukri dah ada 2 anak lelaki. Khabarnya sekolahnya di Kemaman beri semua guru tahun 6 cuti 2 hari sebab dah bertungkus-lumus bimbing pelajar hadapi UPSR.

Sunday, September 26, 2010

Pengantin Sekarang .....


Agaknya apa tak yang dibualkan. Jangan pengantin lelaki tak jadi datang sudah .....

Kanak-kanak Beraya Lagi

Ketika singgah di rumah Kak Tekah di Parit Setongkat, Muar, beberapa kanak-kanak datang beraya. Tak kenal pun mereka. Teringat masa dulu-dulu, penat kumpul duit raya. Kalau ada tuan rumah bagi 20sen dah kira amat syukur.
Rupa-rupanya kanak-kanak di Muar ni dah celik komputer. Mereka dah ada akaun facebook.

Monday, September 13, 2010

1 Syawal @ Surau Al-Muhajirin

Dengan adanya teknologi terkini, para jemaah surau dapat bersama-sama bertakbir tanpa masalah. Paparan teks takbir dipancar ke dinding di hadapan surau. Beberapa LCD bersaiz 42 in. juga berfungsi dengan baik di lokasi stategik di sekitar surau.
Sistem siaraya juga canggih, jelas dan lantang. Alat pembesar suara tanpa wayar juga membantu memudahkan para jemaah bergilir-gilir mengetui takbir.
Semoga makin ramai jemaah akan lebih kerap mengunjungi surau ini.

Malam-malam terakhir Ramadhan

Lokasi di ruang legar Surau Al-Muhajirin dah jadi tempat kegemaran sebaik selesai Solat Isyak. Sementara tunggu Solat Sunat Terawih pemuda-pemuda P9G1/4 ambil kesempatan beramah mesra.

Report JPJ



Yang mana satu yang betul? Nak report JPJ........

Wednesday, September 8, 2010

My Blog List

Dalam senarai "My Blog List" terdapat 10 nama. Malangnya sejak kebelakangan ini ramai daripada mereka dalam senarai tersebut kian menyepi. Dengan saingan web sosial "facebook" yang lebih berinteraktif, empunya blog seperti Zy Crystal, Nurul Fathiyah, Muhamad Amirul, Muhamad Khaidir dan Surau Al-Muhajirin telah lama tidak membuat entry baru. Sebelum ini blog Rohana tersenarai dalam My Blog List tetapi blog tersebut terpaksa disingkirkan kerana telah terlalu lama tidak update. [Rohana kini aktif dalam Facebook].
Jika perkara ini berterusan nampaknya aku kena cari blog-blog umum lain untuk disenaraikan. Kalau tidak pun mungkin ...........

Memberangsangkan

Para jemaah tekun mendengar tazkiran selepas Solat Subuh yang disampaikan oleh Us. Solehudin. Isi utama tazkirah - Jangan jadi seperti Yahudi yang sengaja mengubah kandungan kitab Allah.
Kehadiran para jemaah ke Surau Al-Muhajirin pada Ramadhan tahun ini agak memberangsangkan. Jika pada tahun-tahun lalu kehadiran ramai jemaah adalah pada awal Ramadhan sahaja. Tetapi pada tahun ini, sehingga malam 28 Ramadhan semalam, dewan solat masih penuh sehingga terdapat jemaah lelaki terpaksa bersolat di luar dewan.
Kehadiran untuk Solat Subuh juga tidak ketinggalan, tidak kurang daripada 3 saf jemaah hadir setiap hari.

Tuesday, September 7, 2010

100828 Sakit



Tak tahulah apa puncanya, tapi ramai pelajar yang sakit semasa latihan Hari Kebangsaan di Stadium Putra pada hari tu ...... Berehat dengan berbaring di sudut kecemasan pun tak berkesan.

Akhirnya dapatlah dia orang pengalaman naik ambulan ke HUKM. Pegawai pengiring jugak turut ke HUKM. Dah tugas..... Nanti kalau naik kerja masih tak dapat cuti ganti, lain kali tak nak kerja luar lagi ...

100916 Menunggu Terawih

En. Jasni

En. Zainol

En. Shamsul, En. Alias & En. Aziz

Apa juga yang dibincangkan tu ......

Sejak pertengahan Ramadhan, Surau Al-Muhajirin buat sedikit perubahan slot Tahlil. sebelum ini Majlis Tahlil dijalankan selepas Sotal Witir. Malangnya hanya segelintir jemaah yang setia menunggu [termasuk tuan yang membuat permintaan] kerana belum bersedia untuk Solat Terawih 2o rekaat.

Nampaknya perubahan slot majlis Tahlil kepada sebaik tamat Solat Sunat Ba'diah Isya' mendapat sambuatan ramai [terpaksa?].