Saturday, November 28, 2009

Lebai Jitra Vs Gangster Sg. Besar


Sempena cuti sekolah & cuti raya haji, aku dan Wan Razif ke Tanjung Karang untuk jumpa Idris, kawan lama sewaktu sama-sama belajar di Maktab Perguruan Bahasa dulu.

Thursday, November 26, 2009

Eid Adh look

Dare to be bold by going bald. My new Eid Al-Adh look.

Sunday, November 22, 2009

I K T S

IKTS - I Know The Score. Sambil menunggu bas untuk ke 1 Utama, aku surf sesawang EPL. Selain daripada berita biasa seperti MU kalahkan Everton, Chelsea tewaskan Wolves, aku terjumpa link menarik - "IKTS" peluang untuk mereka yang berminat untuk meneka keputusan perlawanan di EPL. Hanya 1% mereka yang menyertai IKTS meneka bahawa Sunderland akan menewaskan Arsenal dengan jaringan 1 - 0.

"It was very harsh to lose the game because Sunderland did not create a lot. But we did not create enough chances either and there was a lack of penetration. They were organised and defended very well and we lacked the sharpness to make a difference. In some positions we were not strong enough. It is a massive setback because you need consistency to win a title."

- Arsene Wenger

Friday, November 20, 2009

Patut Tukar Nama

Bersama Kumpulan KPLI j-QAF ambilan Jun 2009 IPGM-KPI, untuk Program Bina Insan Guru [BIG] aku ke Kampung Janda Baik dari 16 - 19 Nov 2009. Sewaktu free aku ronda-ronda di sekitar kem untuk "ngeteh".
Sepanjang 4hari & 3malam aku di sana, tak jumpa walau seorang pun janda samada yang baik @ tak baik. Oleh itu nama Kampung Janda Baik dah tak sesuai......

Berita Fathiyah




Menjadi kebiasaan, sekolah akan adakan program hari anugerah pada setiap akhir sesi persekolahan. Tahun ini merupakan tahun akhir Fathiyah di sekolah rendah. Dia dapat pencalonan untuk kategori kecemerlangan kokurikulum.
Pada hari anugerah kokurikulum, dia dapat 3 hadiah (tokoh Pengakap, Penglibatan Terbaik Pengakap, Tokoh Cemerlang Badan Beruniform) Manakala pada Hari Anugerah dia dapat Tokoh Kokurikulum.
Dalam UPSR dia dapat A untuk BM Penulisan dan BM Pemahaman, manakala sujek Mate, BI & Sains dia hanya berjaya dapat B. Alhamdulillah.

Thursday, November 12, 2009

Macet Lagi



Keluar awal untuk ke pejabat hari ini untuk elak sesak di jalan keluar Presint 9. Namun perancangan tak menjadi. Ada kemalangan antara Bas Nadiputra dengan Wira di persimpangan utama sebelum sampai ke Presint 8.

Monday, November 9, 2009

Al-Fatihah

Aku mula kenal Allahyarham Mohd Razip semasa melapor diri untuk bertugas di SK Putrajaya 2, Presint 9 pada Dis 1999. Arwah termasuk antara 6 guru terawal yang melapor diri [selain Minjuk, Arwah Aemly, Rashidan dan Meor]
Minjuk selaku GB telah minta Arwah bawa aku ke pejabat Hartanah JPM untuk mohon rumah kerajaan selepas selesai lapor diri. Sampai kini aku kenang jasanya itu kerana pada masa itu aku sangat tidak biasa dengan persekitaran Putrajaya.
Arwah telah memilih untuk ke SK Putajaya 4, Presint 11 sewaktu sekolah itu mula dbuka. Dia kemudiannya telah bertukar ke JPN Putrajaya.

Wednesday, November 4, 2009

Singgang Kepala Tenggiri




Setiap Selasa malam Rabu ada Pasar Tani di Presint 2, Putrajaya. Dah lama tak jenguk pasar tani tu. Malam tadi tergerak nak jenguk sambil test motor Karisma yang dah lama aku tak berkesempatan naik. Amirul dah macam mengempunya motor tu - kunci asyik dalam poketnya aje.
Setengah jam kemdian Anum dan aku balik sambil menjinjing ubi 1kg, apam balik dan 2 potong kepala tenggiri. Aku nak bayar, tapi Anum macam tahu je aku nak pakai banyak duit untuk bayar road tax & insurace Kelisa, dia buka dompet.
Pagi tadi selepas sarapan, Anum bekalkan aku ubi goreng sambil kata kepala tenggiri tu akan dimasak singgang tengah hari ni. Secara halusnya aku paham, dia suruh aku balik makan tengah hari. Sejak pindah IPIS, agak jarang aku balik makan sebab jauh.
Waktu makan tengah hari aku segera ke Bangi untuk settle road tax & insurance Kelisa dan segera balik. Hujan lebat, sampai van goyang sebab angin kuat. Tapi segala kesukaran berbaloi, enak makan singgang, udang sambal dan kelisi goreng garing.