Friday, October 30, 2009

Kneeling

Daud boasts how his wife will always come kneeling to him whenever they quarreled.
One day, Mamat passed by Daud's house. As the door of Daud's home was ajar, he saw the truth. Daud's wife did knelled. But she said "Daud Darling......, come out from under the bed and fight me like a man!".

Note: Laughter the Best Medicine will always the first section I look for when reading Reader Digest. The above joke was one of my favourites.

Thursday, October 29, 2009

Melaka Was Easily Defeted by Portugese

The soldiers were locals. The commander was from Negeri Sembilan. When the enemies were about to strike, the Melaka commander [a native Negeri Sembilan] instead of yelling "SERANG!" to his soldiers, he yelled "SORANG!" [serang = attack]
So the obidient soldiers ran charging to the enemies one by one. Of course these soldiers were easily killed.

ps: The joke was narrated by Us. Hashim - IPIS during the closing ceremony of the course held at Seri Malaysia, Port Dickson. It was much more funnier ........

Tak Kenal Pada Mulanya

Atas urusan mustahak aku mohon kecuali ceramah waktu malam di PD untuk balik ke Putrajaya. Setibanya di rumah, aku dapati Fathiyah berbasikal tandem bersama kawanya yang aku tak kenal. Rasanya aku kenal semua kawan-kawannya.
Setelah ditanya baru aku tahu kawan Fathiyah tu adalah Zarina. Secara sirahnya, Zarina merupakan permulaan kepada perkhidmatan menjaga anak untuk Anum. Sewaktu pindah ke Putrajaya pada Dis 1999, En. Hamzah [HA Klinik Putrajaya] dan isterinya meyakinkan Anum untuk tolong jaga Zarina yang waktu itu berumur 2 tahun,
Untuk rekod, adik Zarina yang bernama Zahariah juga selamat dijaga oleh Anum sejak "lepas hari" hingga kini dah Tahun 3 di sekolah.

Tuesday, October 27, 2009

Kursus di PD


Menggantikan En. Asri yang perlu ke program di Cameron Highland, aku diminta ke Hotel Seri Malaysia, PD dari 26 - 29 Okt. 2009.
Kalau tak silap tajuknya Cara-cara tangani Stress, tapi bila sampai lain tajuknya. Kursus dikendalikan oleh pegawai dari Bah. Psikologi & Kaunseling KPM.

Sunday, October 25, 2009

Makan Malam Lot 10

Sebelum balik JB Abg Borhan, isterinya Wan Fatimah & anak-anaknya makan di Lot 10 Bangi. Kami order mee bandung, kue tiau kung fu, rojak dll. Lepas ni dia dia orang terus ambil highway PLUS untuk balik ke JB.

Saturday, October 24, 2009

Friday, October 23, 2009

Pelanduk 2 Serupa

Sewaktu mula kerja hari ini seorang pegawai BPG datang ke pejabat HEP - IPIS. Sebaik masuk sahaja terus kata, "Cikgu Sukimin, apa khabar? Dah lama kerja di sini?"
Oleh kerana dah pernah alami peristiwa seumpama sebelum ini dan kebetulan masih ada simpan foto "ngeteh" pada Rabu lalu, aku tunjukkan foto tersebut kepada pegawai tersebut, Pn. Zaiton. Beliau faham akan kekalutan yang berlaku sambil mohon sampaikan salam kepada Sukimin yang sebenar.
Persoalan:
1. Betul ke wajah kami seiras?
2. Mungkin ke Wak Juki dan Arwah Wak Selamat bersaudara?

Thursday, October 22, 2009

Al-Fatehah

En. Roslan menyampaikan sumbangan yang berjaya dikumpul.
Sabtu lepas seorang pelajar wanita Sem 2, IPIS telah meninggal dunia akibat lelah @ asma yang kronik. Arwah merupakan pelajar periang yang berasal dari Parit Raja, Batu Pahat. Untuk urusan batalkan nama arwah dengan BPG, pihak pengurusan IPIS perlukan salinan Sijil Kematian. En. Roslan selaku Ketua Unit Kebajikan HEP bersama En. Ali, Ketua Unit BIG ajak aku bersama ke Batu Pahat untuk ambil dokumen tersebut sambil sampaikan derma yang telah dikumpul daripada pelajar, staf dan pegawai IPIS.
Bapa arwah adalah En. Jalil, GB SK Seri Rengit. Kami seramai 6 orang dengan menaiki van IPIS telah disambut dengan mesra. Setelah hajat kedatangan kami terlaksana, kami juga dijamu makan tengah hari. Aku tak pernah bersua atau kenal arwah kerana aku baru sahaja bertukar ke IPIS. Sepanjang perjalanan balik ke pejabat aku asyik terbayangkan bagaimana perasaan En. Jalil dan isteri yang telah kehilangan anak kesayangan.......
Al-fatehah untuk Allahyarhamah Umairah. Semoga dicucuri rahmat Allah.

Sepetang Bersama Minjuk

Seperti biasa setelah selesai solat Asar di Masjid IPIS, aku ketik kad perakam waktu balik aku. Terus ke kawasan letak kereta pelajar untuk ajak Rusa balik. Malangnya Rusa setia aku meragam. Kena beberapa kali cubaan untuk hidupkannhya [al-maklum Rusa tu dan 14 tahun usianya]. Bila tiba di lampu isyarat depan IPIS, kena pula lampu merah. Dalam hati ......

Sebaik tiba atas jambtan berhampiran PETRONAS, Minjuk talipon, ajak "ngeteh". Dia baru balik exam di UKM. Dia berada di lampu isyarat depan IPIS. Dah lama tak jumpa, nak juga dbertukar-tukar perkhabaran terkini.

Bila difikirkan semula, pertemuan petang semalam adalah rezeki, ketentuan Allah. Jika Rusa tu hidup cubaan pertama, jika tiba simpang dan dapat lampu hijau, tentu tak jadi minum petang bersama Minjuk kerana mungkin dah tiba rumah...... Alhamdulillah.

Wednesday, October 21, 2009

Broadband Maxis

Mungkin sudah terbiasa tiada masalah capaian internet di pejabat lama, jadi apabila di tempat kerja baru ni wifinya asyik bermasalah dan agak lembab, banyak kebiasaan aku yang tergendala.
Apabila En. Roslan maklumkan Maxis sedang buat offer pakej untuk pelajar RM48 sebulan dengan kelajuan 3.6MB aku pun tergoda. Harga biasa RM98. Aku guna nama Nana. Mulanya nak aktifkan agak bermasalah walau pun dah minta bantuan "sifu" Rashidan. Akhirnya kena bawa laptop ke booth Maxis. Rupanya dalam laptop tu dah ada software Broadband Celcom. Kena buang dulu Celcom dan reinstall software Maxis. Baru boleh jadi.
Dah test di pejabat. Sangat berpuas hati. Harap-harap lepas ni tiada masalah untuk update blog dan surf facebook. Dengarnya kini KPM dah tak benarkan pegawainya surf facebook waktu pejabat. Betulke? Kalau betul, baguslah sebab banyak masa terbuang bila melayarinya. Tapi kesian sahabat-sahabat seperti Rohana, Hisham, Azreen dll yang selalu layari facebook tu....

Monday, October 19, 2009

Belum Berjaya Lagi

Dengan penuh semangat pada Syawal #2 aku dah mula puasa 6. Sehinggakan sewaktu beraya di kampung Tenggayun, di Air Baloi dan seterusnya di rumah Man Pekan Nanas, aku tahan dan dapat lengkapkan puasa #1.
Pagi tadi aku tak cuit oat, telur dan nescafe yang disediakan oleh Anum. Begitu banyak godaan dan cubaan namun aku dapat habiskan hari #5 pada minggu lalu. Aku tanam cita-cita nak lengkapkan pada hari akhir Syawal. Namun, aku belum berjaya kalahkan godaan dan cubaan. Rupa-rupanya pada hari akhir inilah bayak kelas adakan "hari terbuka". Mulanya En. Ali ajak aku ikut ke kelas Matematik - aku setakat bungkus sahaja. Tapi bila En Roslan ajak ke jamuan kelas KPLI, aku ikut menyenduk hidangan yang disediakan.
InsyaAllah jika dipanjangkan umur sehingga Syawal depan, aku akan cuba habiskan puasa 6 sebagaimana yang pernah aku lakukan 2 tahun lalu......

Saturday, October 17, 2009

Tak Habis Lagi


Tak habis lagi raya. Hari ini aku dapat jemputan daripada Hjh Dahlia Abbas, bekas rakan sekelas semasa belajar di Maktab Bahasa 79/80 dulu. Mereka kini tinggal di SP10, Saujana Puchung. Hjh Dahlia kini dah jadi GB di SK HICOM. Dulu masa kerja di Kerteh, sempat juga jumpa Dahlia dan famili kerana ketika itu suaminya menjadi pengurus sebuah ladang sawit Tabung Haji di Kemaman.
Sekembali dari beraya, Pn. Hasnah Ishak, suaminya En. Samad dan 4 orang anak-anak mereka datang beraya di rumah. Pn. Hasnah masih bertugas di SK Putrajaya Presint 9[1]. Dia dulu banyak bantu aku atur jadual ganti guru semasa aku jadi GPK1. Mereka kini dah tinggal di rumah sendiri di Taman Emas, Dengkil.

Friday, October 16, 2009

Uji Bakat

Fathiyah teruja sangat apabila dapat surat uji bakat untuk masuk ke sekolah seni. Siap telepon aku di pejabat. Oleh kerana tak ada orang nak hantar ke Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur di Tasik Titiwangdsa, aku terpaksa mohon "cuti separuh hari" . Perlu berada di sana 8.00am, dan bimbang terperangkap sesak jalanraya, jam 6.30am aku dah keluar.

Tiba di sana rupanya masih tiada persediaan dijalankan. Uji bakat dijalankan sehingga lewat petang. Aku balik tengah hari, kebetulan emak salah seorang pelajar datang.


Semoga berjaya.

Tuesday, October 13, 2009

Dah Terbiasa

Dah terbiasa guna PDA O2.
Selepas guna palm m505, aku guna O2 mini, kemudian O2 Exec. Terkini aku guna O2 Stealth. Harap-harap boleh guna lama walau pun beli second hand di lelong.com

Ziarah Raya

Petang tadi Azlan ajak beraya rumahnya lepas Maghrib. Aku ingatkan dia buat open house macam biasa. Aku pun tunggu sambil jenguk-jenguk tunggu jiran-jiran lain sampai. Jam 9.00pm rumahnya masih sunyi lagi.... Rupa-rupanya dia hanya buat "mini open house" untuk famili aku aje.......
Azlan maklumkan kominiti jalan akan adakan jamuan raya pada 19hb. nangti. Katanya nak jemput bekas-bekas jiran seperti Sukimin, Sufian, Bazuki dll.

Bersedekah

Dah lama tak sedekah yang ni.... Bersedekah yang ni tak perlu pendapatan bulanan 4 atau 5 digit. Asalkan badan sihat dan tak puasa, sedekah diterima. Jadi bila ada kempen, aku tidak ketinggalan ambil peluang. Aku hanya berupaya bersedekah jenis "A"

Friday, October 2, 2009

?idaj had apA

Beraya

Kawan-kawan sepersekolahan Nurul datang beraya. Masing-masing masih belajar lagi. Ada yang di ILIM, UTM, UiTM dll.
Dalam perjalanan balik ke Putrajaya kami singgah di Jejatas Air Keroh. Cadangannya setakat nak refresh diri sambil minum Nes O panas. Fathiyah yang dapat duit raya banyak tiba-tiba datang bawa KFC. Anum maklumkan dah lama dia berhajat. Sedih aku....
Lalu esoknya pukul 10pm kami ke Kajang untuk ke KFC yang buka 24jam. Makan KFC sampai puas, tak habis, siap bawa balik lagi..... Tiba rumah sambung tak tidur untuk tonton Arsenal menang 2-0 dalam piala juara-juara.
Sahabat lama semasa di PETRONAS, Khaidir dan famili datang beraya.
Famili Zaharah, famili Zurainah dan Shahrin datang beraya.
Aku sefamili (kecuali Nana, Nurul & Arif - dah balik kolej) beraya di rumah Kak Nap di Bangi sambil nengok bilik dapur dan kelengkapan barunya yang amat canggih.
Beraya di rumah En. Bakar dan Pn. Rohani, bekas rakan setugas di SK Pj2, Presint 9. Pn. Rohani kini GPK1 di SK Pj 11(2).
Sufian, isterinya Cikgu Ramlah dan anak mereka, Dia datang beraya. Mereka dulu jiran depan rumah. Anum pernah jaga Dia semasa kecil. Sekarang Dia dah Tahun 5.
Beraya di rumah Ansori di Taman Dahlia, Sepang.

Beraya di rumah Sukimin di Kinrara, Puchung. Tahun ni kami tidak lagi dijamu rojak mamak, sebaliknya dijamu dengan mee mamak. Kalau panjang umur, tahun depan apa agaknya jamuan yang akan disediakan?