Kekadang aku ke tempat kerja guna "kuda moden" yang tak makan rumput tapi minum petrol aje. Kuda ni agak jimat dan mudah menyelit kerana kebelakangan ini selalu jalanraya sesak di Putrajaya. Malangnya semalam kuda aku tempang mungkin kerana terkena paku.
Sahabat aku Kamat hanya "free" pada hari ini walau pun aku dah telefon sejak semalam. Perkhidmatan Kamat amat bagus. Bayarannyas pula amat berpatutan. Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi beliau di 019-6978342.
Wednesday, July 29, 2009
Sunday, July 26, 2009
Sayang Isteri
Dah lama sahabat aku Ansori ni cari kereta Kelisa Auto untuk digunakan oleh isteri kesayangannya. Dia tak habis-habis pujuk aku agar jual Kelisa yang aku beli dari Razali yang menyambung pengajiannya di US.
Jadi bila aku beritahu Ansori bahawa jiran aku, Pakurazi nak jual Kelisa Auto isterinya untuk diganti dengan Wish, dia tak nak lepaskan peluang. Dia datang untuk lihat dan bincang. Nampaknya masing-masing setuju. Nanti bila semua beres, jangan lupa belanja kopi .....
Friday, July 24, 2009
Tuesday, July 21, 2009
Sahabat : Man & Azi
Habis kolej, aku di tempatkan di pendalaman Benut, Pontian. Selepas gaji, hujung minggu aku selalu balik JB dengan menaiki bas South Johore [No. 6]. Pernah sekali tu semasa bas nak bergerak meninggalkan perhentian bas Pontian, aku perasan ada seorang lelaki muda bersama seorang gadis melintas di tepi bas. Sebab nak yakinkan hati, aku cam betul-betul. Akhirnya sah mereka adalah sahabat aku dari JB. Aku agak mereka ni nak elak daripada terserempak dengan orang yang dikenali semasa berpacaran. Tapi dah nasib..... Keluar ke daerah lain pun masih ada orang yang perasan...........
Itu cerita dulu. Kini mereka dah pun menetap di Pekan Nenas. Dipohonkan dan diharapkan mereka tidak "marah" kisah silam mereka diceritakan kembali.
Itu cerita dulu. Kini mereka dah pun menetap di Pekan Nenas. Dipohonkan dan diharapkan mereka tidak "marah" kisah silam mereka diceritakan kembali.
Monday, July 20, 2009
Cara melontar "petanque boule"
Membuat lontaran "point" landai
Dalam kedudukan mencangkung, boule di genggam lembut. Tangan diangkat ke belakang dan
dihayun ke hadapan. Boule dilepas pada aras yang bersesuaian. Tiada daya tolakan tambahan digunakan. Hanya momentum dan graviti main peranan untuk dapatkan jarak leretan boule.Dalam kedudukan mencangkung, boule di genggam lembut. Tangan diangkat ke belakang dan
Untuk pastikan boule bergerak lurus, tangan dihayun secara "follow-trough" dengan permukaan tangan dan jari kekal rapat.
Thursday, July 16, 2009
Nordin Monel
Nordin Monel kini pensyarah di MPTI, JB. Dia juga ada masanya bertugas di Pusat Latihan Guru di Bandar Tenggara, Kulai. Apabila tahu Hj. Jamal ada di Simpang Renggam, dia pun datang untuk bertanya khabar. Hasilnya dapatlah nombor telefon Cikgu Zainab yang dah lama tak dengar khabar berita. Nab berjanji akan datang esok.
Sebelum berpisah, sempat makan petang/malam di Anika Seafood. Nordin belanja.
Untuk makluman, hanya bahu aku sahaja yang masuk dalam foto ini. Asalnya minta tolong sahabat peserta kursus untuk tolong snap. Malangnya penerangan aku disalahertikan. Penat aku senyum meleret. Tak masuk rupanya.

Nana Balik Kolej
Wednesday, July 15, 2009
Kursus Kejurulatihan Petanque Kebangsaan
Macam tak percaya pulak. Dah lama aku tak terlibat dengan petanque. Semalam aku sempat jenguk gelanggang petanque di belakang rumah aku, dah tak terurus. Rumput dan lalang liar menjalar di celah-celah pasir dan batu.
Mulai Rabu hingga Ahad ini aku akan berkursus di SMK Simpang Renggam, Johor. Rupa-rupanya tenaga penggerak utama adalah Tn. Hj. Jamaludin Ali, bekas Pengetua aku semasa bertugas di Sekolah Rantau PETRONAS dulu. Banyaklah berita terkini yang aku dapat berhubung bekas-bekas guru SRP dulu. Namun, Cikgu Zainab masih tiada khabar berita.... Apa khabarnya?
Loceng Kecemasan
Aku dan arwah Hj. Hashim sama umur, Kami sekelas semasa Tingkatan 3Utarid di SMK Tasek Utara JB. Aku, Harith, Daud dan Ramli selalu ke rumahnya di Bakar Batu. Selain rumahnya kami selalu ke rumah Fatimah, Kalsom, Leha dan yang paling selalu rumah Rohana Khamis.
Menurut ahli keluarganya, arwah ke hospital untuk rawatan asma / lelah biasa. Arwah meninggal dunia pada Maghrib Khamis lepas pada umur 49 tahun. Arwah dan isterinya sempat menunaikan umrah beberapa minggu sebelumnya.
Fatihah untuk arwah & semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya.
Wednesday, July 8, 2009
Suatu Masa Dahulu
Apabila ternampak seorang pelajar perempuan yang bernama Onie semasa perjumpaan bekas pelajar dan guru Sekolah Rantau PETRONAS pada 27 Jun lalu, aku segera teringat satu peristiwa yang aku rasa bagus dijadikan pengajaran.
Onie merupakan seorang pelajar yang aktif dan berbakat dalam sukan. Antara acara yang dijangka dia menang dengan mudah dalam Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah adalah lari berpagar.
Pada waktu itu aku ditugaskan sebagai hakim barlapan. Pegang bendera putih dan merah; jika ada pelari yang keluar dari lorong maka aku akan angkat bendera merah (contohnya). Sebaik tamat acara 110M lari berpagar lelaki dan sebelum acara untuk pelajar wanita, aku telah maklumkan kepada referi kejohanan, seorang guru dari sesi sekolah menengah (di Sekolah Rantau PETRONAS ada Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah) bahawa garisan permulaan untuk pelari wanita adalah tidak sama kerena mereka sepatutnya lari 100M sahaja. Tapi malangnya makluman aku tidak diendahkan dan perlumbaan diteruskan sambil guru itu boleh cakap aku sengaja nak timbulkan masalah.
Onie telah menang dengan meninggalkan pemenang ke-2 dengan jarak agak jauh. Sambil kembali ke garisan penamat, beliau bertanya catatan masa yang dilakukan. Aku yang pada masa ada berdekatan segera memaklumkan bahawa masa yang dicatat jauh dari masa kelayakan MSSD dan tak layak untuk mewakili sekolah. Sebabnya? Onie lari untuk perlumbaan lelaki!
Namun begitu Onie dicalonkan untuk mewakili sekolah dan berjaya ke peringkat MSST pada tahun itu.
Pengajaran?
1. Jangan sewenang-wenangnya terima jawatan yang kita tidak mahir.
2. Jika terpaksa terima, carilah maklumat yang perlu agar tidak bermasalah.
3. Kelayakan kertas bukan segalanya. Pengalaman dan pengetahuan penting untuk berjaya dalam kerjaya.

Tuesday, July 7, 2009
Who is Neil Armstrong?
A hero to millions, Neil Armstrong has consistently shunned the limelight. His words on being the first person ever to set foot on the Moon have been written into soundbite history - but in the four decades since Neil Armstrong became a household name, he has also increasingly become an enigma.
Armstrong, now 78, believes simply that he did not deserve the attention. "There were 400,000 people that worked on that [Moon landing] programme in various different ways and he thinks he didn't deserve all the credit just because he did the flying part,"
Komen: Susah nak cari orang berpendirian macam Armstrong ni. Kebanyakan orang masa kini cepat lupa bahawa kejayaan dikecapi adalah usaha daripada pelbagai pihak..... Diharapkan sesiapa yang membaca rencana ni dapat "ilmu" daripadanya.
Unlike many of his contemporaries, Armstrong has refused to cash in on his fame and seemingly done everything in his power to diminish it.
So what has made Neil Armstrong such a reluctant hero, unsusceptible to the normal trappings of celebrity? And why won't he speak about his historic journey?Armstrong, now 78, believes simply that he did not deserve the attention. "There were 400,000 people that worked on that [Moon landing] programme in various different ways and he thinks he didn't deserve all the credit just because he did the flying part,"
Komen: Susah nak cari orang berpendirian macam Armstrong ni. Kebanyakan orang masa kini cepat lupa bahawa kejayaan dikecapi adalah usaha daripada pelbagai pihak..... Diharapkan sesiapa yang membaca rencana ni dapat "ilmu" daripadanya.
Sunday, July 5, 2009
TAK - TAU Peraturan Jalanraya
Tandas Eksklusif
Setiba di jeti Shahbandar Kuala Terengganu dan sementara menunggu bas untuk pulang ke Putrajaya, aku sempat singgah di Tandas Eksklusif yang berdekatan. Bukan hendak sangat melepas hajat, tetapi sekadar "ingin tahu" bagaimana istimewanya tandas tersebut.
Bayaran untuk masuk - mandi = RM2.00, buang air = RM0.50.
Komen : Tandas sungguh bersih, wangi dan sangat selesa. Tidak rugi bayar lebih untuk dapat perkhidmatan yang sangat baik. Cuma masa aku bayar, tiada resit dikeluarkan.....
Nota = Keterangan di atas adalah untuk tandas Lelaki sahaja. Tandas Perempuan tiada kelayakan untuk buat tinjauan dan ulasan......
Saturday, July 4, 2009
Table Tennis @ Presint 9 Musolla
After performing my Maghrib prayer at Presint 9 Musolla, En. Md. Nor invited all to come at 9pm for a friendly table tennis game. It seems that a group of men from our qariah had started playing table tennis every Saturday night at Presint 9 Musolla.
Tonight, no less then 7 men came for the game. Apart from myself, En. Md. Nor, En. Hanafiah, En Nasir, Imam Radzi, Imam Hikmah were there. I got to play double for three complete sets. The last game I partnered Imam Hikmah. We lost by one point to En. Nasir and his partner.
It was a good game of table tennis. For those interested, please be at Presint 9 Musolla bt 9pm every Saturday night,

Friday, July 3, 2009
Pak Din @ Tmn Laut, Redang
Aku rasa sangat bertuah apabila tersenarai dalam peserta untuk bengkel kenal hidupan air dan paya bakau di Pulau Redang pada 29 Jun 09 hingga 3 Julai o9.
Pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila berpeluang snorkle di Tmn Laut di Pulau Pinang (berhampiran Puluau Redang. Sungguh banyak ikan yang "jinak" dan pemandangan terumbu karangnya sungguh cantik. Tidak hairanlah orang sanggup berbelanja lebih untuk datang ke Pulau Redang.
Jika diizinkan Allah aku ingin bawa famili aku untuk sama-sama merasai keterujaan ini. Dan yang paling penting, aku amat bersyukur atas segala nikmat dan kebesaran Allah kepda aku dan famili.

Subscribe to:
Posts (Atom)