agaknya bagaimana kehidupan arwah bapak aku zaman kanak-kanaknya dulu? semasa mudanya dia garang, jarang bermesra dengan anak-anaknya, jadi sangat sedikit yang aku tahu tentang zaman kanak-kanaknya.
seingat aku bapak aku kerja "tombot" [townboard - majlis bandaran] waktu siangnya dan berniaga goreng pisang pada sebelah malam. kadang-kadang dia sebut juga zaman susahnya untuk ke sekolah dan zaman perang jepun naik kapal ke singapura. untuk elak ianya berulang, aku akan ceritakan serba sedikit suasana zaman aku kanak-kanak dulu.
masa umur aku 11 tahun, aku selalu tolong bapak niaga goreng pisang di stesen teksi jb yang terletak di hadapan stesen ktm jb. kini lokasi tu dah jadi shopping kompleks. dalam pukul 3 aku naik bas dari skudai kiri. tambang 10 sen. bas south johor - warna merah.
pukul 5 petang, sambil duduk di tepi longkang yang agak dalam, operasi kopek pisang nipah dan pisang nangka bermula. masa tu pisang yang digunakan jenis muda, jadi tangan & jari kotor, lekit dan kuku hitam. arwah abang aku tukang bunghkus @ jual. bapak pula tukang bancuh tepung, air, inchi (pewarna) dan potong pisang tanduk.
waktu kurang pelanggan aku akan ke sekitar kawasan jualan untuk tengok silap mata @ jualan ubat tepi jalan. kalau malam minggu aku akan seberang jalan untuk ke kedai tv berhampiran untuk tonton gusti. waktu itu tv hitam putih. selalu leka tonton hingga bapak datang cari sebab pisang yang dikopek dah habis. antara penggusti yang aku masih ingat adalah bobo brazil (kepalanya kuat), kalahkan lawan dengan hantuk kepala, killer kilowski (jari cengkam perut lawan sehingga ngaku kalah). masa tu tak tahu yang gusti ni semua lakonan / hiburan.