Selepas dengar ceramah tadi, timbul kesedaran sedikit, berapa sangatlah "sibuknya" kita dengan kerja-kerja di pejabat dan urusan keluarga di rumah sehingga sampai tak boleh buat posting tentang kejayaan Arsenal menewaskan Roma.
Walau pun dengan hanya jaringan penalti Van Persie, Arsenal sudah sebelah kaki untuk ke peringkat seterusnya. Semoga semasa di Rom nanti, Arsenal dapat kekalkan kelebihan dengan sekurang-kurangnya seri 0 - 0.
Thursday, February 26, 2009
Peluang
Peluang = waktu @ ketika yang boleh bawa kelebihan dan keuntungan. Peluang tidak selalu datang. Pepatah Cina mengatakan jika nampak "lubang peluang", lompat masuklah dengan kedua-dua kaki. (When you see a hole of opportunity, jump in with both feet!)
Pakar motivasi menambah, jika kita telah bersedia dengan kemahiran yang diperlukan dan sesuatu yang memberi kelebihan timbul, barulah ianya dipanggil "peluang". Sebagai contoh; jika tiba-tiba ada tawaran terhad untuk mereka yang mahir komputer untuk dihantar berkursus ke New York, mereka yang ada kemahiran komputer boleh anggap ianya sebagai "peluang", tetapi bagi mereka yang buta komputer, ianya merupakan satu berita sahaja.
Ceramah bulanan di Surau Al-Muhajirin Presint 9 malam ni berkisar kepada tajuk Merebut 5 Peluang Sebelum Datangnya 5 Ketika. Walau pun tajuk ini pernah aku dengar beberapa kali tetapi cara penyampaian penceramah kali ini agak menarik. Para hadirin tidak "lena" walau pun 90 minit ceramah yang disampaikan.
REBUTLAH 5 SEBELUM 5
1. HIDUP sebelum MATI
2. SIHAT sebelum SAKIT
3. LAPANG sebelum SIBUK
4. MUDA sebelum TUA
5. BERHARTA sebelum FAKIR
Selepas ceramah, tidak lengkap kalau tidak ada jamuan....... Malam ni selain kuih muih Anum, roti Arab dengan kuah dal dan sambal disediakan.

Sunday, February 22, 2009
Aku menang .....
Berdasarkan prestasi semasa, aku tak letak harapan tinggi dalam perlawanan Arsenal menentang Sunderland. Terbukti aku tidak kecewa, Arsenal (Ashivin main) masih gagal jaringkan gol.
Walau pun Arsenal hanya mampu seri tanpa jaringabn, aku anggap aku menang kerana mampu berjaga tonton sampai habis perlawanan (lebih kurang pukul 12.45am)
Tuesday, February 17, 2009
Hari Ini Dalam Sejarah
Aku mula pindah ke Putrajaya sejak Dis 1999. Namun begitu kunjungan aku ke KL boleh dikira. Jika tidak ada urusan terlalu mustahak aku akan cuba elak daripada ke KL.
Hari ini aku diarahkan ke KLCC sebagai persediaan untuk CCEM ke-17. Aku pasti balik nanti akan sesak lalu aku tempah kenderan BPK. Pemandu, En. Ali ke KLCC menggunakan terowong SMART. Aku sungguh teruja ketika melui terowong tersebut. Sebelum ini aku tidak tergerak langsung untuk gunanya walau pun jalan sesak ke KL.
En. Ali beritahu terowong tersebut terbahagi kepada 3 bahagian. Paling atas untuk kenderaan dari KL ke Sungai Besi, tengah untuk kenderaan Sg. Besi ke KL, manakala paling bawah untuk salirkan air jika banjir.
Aku rasa amat rugi kerana pengalaman melalui terowong tersebut sepatutnya telah aku lalui sejak lama dulu. Sungguh canggih teknologi yang digunakan untuk membina terowong tersebut.
Thursday, February 12, 2009
Kerja, kerja, kerja.
Balik dari Melaka minggu lalu, aku dah agak minggu ini akan amat sibuk. Transformasi kurikulum dan mula digerakkan. Unit Pembangunan Staf (UPS) tidak terlepas dari terkena bahangnya. Tambahan pula UPS tak cukup pegawai apabila Zarina dan Romna dah kembali ke sekolah.
Antara kerja yang aku buat hari ni.
1. Buat pakej ke Sibu untuk GB & GPK1 Sabah, Sarawak dan Labuan pada 4-6 Mac 09.
2. Uruskan invoice & pembayaran Hotel Everly, Melaka - Mesy SKT minggu lalu.
3. Rancang pakej untuk guru subjek di Pahang pada Mac.
4. Tempah & hantar borang mohon guna dewan Aras 9, Blok E12 untuk Taklimat Transformasi kepada pegawai KPM & JPN pada 2 Mac 2009.
5. Buat susulan ke Bidang-bidang yang masih belum kembalikan kutipan derma "One Malaysia, One Voice" - Derma Palestin.
6. Taip minit mesyuarat penyelarasan CCEM17.
7. Karang & taip surat untuk Mesy pre-cauncil CCEM17 pada 17 Feb. 09
Tak menang tangan hari ni.........

Monday, February 9, 2009
Undur Masa - Birthday Farhana
Cepat order, Abg Arif bayar...... elaun dah masuk!
Sempena hari lahir Farhana pada 31 Jan yang lalu, aku sefamili merayau di Bangi untuk cari kedai makan. Bangi Village adalah pilihan ke-3. Kedai yang ke-2 pelayannya lambat sangat ambil order. Bila kita orang bangun nak keluar baru sibuk tanya nak makan apa.... Sungguh amat berbeza jika nak makan di kedai mamak. Belum duduk lagi dah di sapa....
Kedai makan ni Nurul yang tunjuk. Lokasinya agak tersorok, di belakang Petronas Bangi. Kawasan makannya luas, parking pun selesa. Dan yang paling best, tak perlu tunggu lama setelah order. Dapurnya banyak......
Sunday, February 8, 2009
Seri Lagi....
Baru habis tonton Spurs lwn Arsenal. Malangnya Arsenal masih BELUM BERJAYA membuang badi keputusan seri sejak kebelakangan ini. Antara faktor yang menyumbang adalah kad merah yang diterima Ebue dalam separuh masa pertama.
Aku nantikan juga kelibat Ashavin untuk menyelamatkan maruah Arsenal, tapi mungkin Wenger ada sebab tersendiri tidak menurunkannya dalam perlawanan ini. Yang pasti Arsenal amat memerlukan pemain yang boleh menjaringkan gol seperti lagenda Henry atau Berkamp.
Diharapkan dalam perlawanan seterusnya Arsenal akan lebih berjaya.....

Cyclefest Putrajaya 2009
Mengambil kesempatan Le Tuar D'Langkawi yang akan bermula di Putrajaya pada 9 Feb., Perbadanan Putrajaya menganjurkan Cyclefest tahunannya pada hari ini. Banyak kategori yang dipertandingkan. Tahun ini aku tak masuk sebab pengalaman pada tahun-tahun lepas ramai "profesonal" yang masuk. Kita yang setakat berbasikal untuk riadah jauh ketinggalan.
Tahun ini hanya Fathiyah yang masuk; kategori Perempuan 12 tahun ke bawah. Dia berjaya mendapat Naib Johan, dapat medal dan wang tunai RM100.
Saturday, February 7, 2009
Jamuan di Bandar Seri Putra
Tajuk utama perbualan: Situasi Politik di Perak Masa Kini
Telah 1 bulan Hj. Sarpin bersama keluarga tinggal di rumah baru mereka di Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota. Antara yang dijemput untuk majlis kesyukuran yang diadakan adalah bekas sahabat sebilik semasa di Madinah dan di Mekah.
Aku dan Anum amat gembira dapat jumpa Hj. Yahya, Hj. Hamid, Hj. Muhamad, Hj. Mustafa, Hj. Zakaria dan Hj. Nordin bersama pasangan masing-masing. Hanya Hj. Omar tidak dapat hadir kerana anak-anak dan cucu-cucunya sedang berkumpul di rumahnya di Melaka sempena cuti panjang hujung mingu ini.
Jamuan yang disediakan amat menyelerakan. Nasi minyak, soto, rojak buah, dadih, kuih-muih, bubur durian, cendol, sirap limau, dan yang paling menarik mee tiau special yang disediakan oleh pengusahanya yang dibawa terus dari Gombak.

Dalam perjalanan pulang, ronda kedai-kedai di Bandar Putra. Singgah di satu-satunya kedai Jati di situ. Kerana yakin tauke kedai tu adalah Hj. Zulkifli (suami Rohana - sahabat di BPK) aku tanya Bangla yang jaga: "Siapa nama bos?" Dengan yakin katanya: "Zulfikar."
Bagus dan banyak pilihan di kedai tu. Aku rekomen para sahabat untuk berkunjung ke kedai tu jika berminat untuk tukar perabot rumah. harga boleh runding!!
Friday, February 6, 2009
Thursday, February 5, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)