Monday, January 26, 2009

Balik JB lagi

Walau pun baru saja belasah daging kambing panggang dan nasi minyak, rasa kecewa terus menebal sebab Arsenal masih gagal jaringkan gol.


1. Ada 2 program di JB hujung minggu ni;-
i. Kenduri arwah Abg. Yusuf pada Sabtu Malam Ahad
ii. Pernikahan anak Abg Kamal pada 10 pagi Ahad
2. Dah bincang tak balik sebab dah 2 kali balik JB bulan ni (sila baca post terdahulu...)
3. Aku sedang nak pasang monitor tambahan dalam Rusa di kedai aksesori di Presint 14 pada pagi Sabtu, tiba-tiba Fathiyah call "Jadi tak balik JB?"
4. Aku pun fahamlah.... Jadi lepas Zohor kami berangkat ke JB dengan Rusa (tanpa monitor belakang, belum sempat pasang). Kos balik JB kali ni kurang sikit sebab Rusa guna NGV.... Jalan lebuhraya Utara Selatan sesak.
5. Di Air Keroh setelah isi NGV, terus Ke Hospital Putra untuk ziarah anak kawan sekolah yang kemalangan di highway semasa balik JB (kebetulan anak kawan tu sama kelas dengan Nurul di UITM). Didoakan semoga segera sembuh dan dapat teruskan pengajian....
6. Tiba di JB sebaik lepas Maghrib. Sempat kenduri yang dimulakan selepas Isyak. Aku amat hormat AJK Surau Jalan Perubatan, Tmn Universiti sebab ramai remaja turut serta semasa majlis kenduri tersebut. Tidak seperti di tempat lain, langsung tiada budak muda. Kalau da pun kanak-kanak yang hanya datang semasa jamuan.... Dah tanya dengan Aris, S/U surau apa ramuannya. Nanti aku akan cadangkan kepada AJK Surau Al-Muhajirin (Surau Presint 9)
7. Jam 9.30 pagi esoknya dah ada di rumah Abg Kamal di Tmn Daya. Pengantin lelaki nampak yakin akan dapat lepasi acara nikah dengan mudah..... Tapi bila dah salam tangan Naib Kadhi, tergamam, empat kali lafaz baru lepas....
8. Sebaik tamat majlis jamuan ringkas jam 12.30 tengah hari terus ke Semenyih untuk Majlis BBQ Zaharah (untuk adik-beradik) sebab anaknya, Aina cemerlang PMR. Tiba Seremban pukul 6 petang dan singgah di Seremban 2 untuk cari buku kerja Thn 6 Fathiyah. Kak Pah dan Abg Lan pun ada.... sanggup drive dari JB untuk hadir.
9. Sambil jamu daging kambing, ikan bakar, nasi minyak, laksa dan limau, aku sempat tonton Arsenal lwn di TV. Amat mengecewakan........
10. Jam 12.30 baru tiba di rumah. Letih. Alhamdulillah semua selamat walau ada kalanya terburu-buru.
11. Tahniah untuk Kak Nap beli kereta baru. Bila boleh bagi aku test drive?

Friday, January 23, 2009

Kongsi Ilmu

Jumaat malam Sabtu seperti biasa ada kuliah Fiqh di Surau Presint 9 (Surau Al-Muhajirin) yang disampaikan oleh Uztaz Izhar (pensyarah UKM). Malam ni kuliah bertajuk syarat-syarat guna "khuf" (kasut / stokin kulit).
Biasanya khuf dipakai oleh musafir atau semasa musim sejuk. Apabila di gunakan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, pemakainya boleh melengkapkan wuduknya dengan menyapu atas khuf itu sahaja.
Antara syarat-syarat pemakaian khuf adalah;-
1. Khuf diperbuat daripada kulit
2. Khuf tersebut mesti melebihi paras buku lali.
3. Hendaklah dipakai setelah lengkap wuduk.
4. Khuf tidak bocor/rosak - air tidak boleh masuk kecuali terendam.

Apabila sedang pakai khuf dan terbatal wuduk, pemakai tidak perlu buka khuf untuk basuh kaki seperti selalu apabila berwuduk. Memadai menyapu di atas khuf tersebut.

Masalah:
1. Jika bermastautin - khaf hanya "laku" untuk tempoh 24 jam. Dikira daripada saat wuduk terbatal.
2. Jika musafir - tempoh laku "khaf" adalah 3 hari.
"laku" bermaksud - pemakaian khuf berterusan, berwuduk perlu sapu atas khuf sahaja.

Monday, January 19, 2009

Al-Fatihah For Abang Yusuf

Pada 2 Januari 2009 di luar Rumah Mayat, Hospital Sultanah Aminah, JB



18 Januari 2009

Arwah Abang Yusuf adalah abang ipar aku yang sulung (suami kepada kakak Anum). Semasa hayatnya arwah pernah bertugas sebagai tentera laut, pemandu pilot boat MISC dan yang terakhir sebagai pemandu teksi.
Kali terakhir aku jumpa dan bercakap dengan arwah Abang Yusuf adalah pada ! jan 2009 semasa menunggu laporan bedah siasat Arwah Mohd Fairuz (anak saudara) di rumah mayat Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Arwah tidak menyatakan atau menunjukkan sebarang tanda sakit. Sebaliknya bercerita tentang amalan hariannya yang berkisar menjaga isterinya (Kak Ngah) yang tidak sihat seperti menhantar untuk rawatan dialisis 3 kali seminggu.
Arwah merupakan orang yang mudah mesra terutama dengan anak-anak kecil di samping sikapnya yang pemurah.
Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Aliph, Tampoi pada 18hb. Jan 2009. Pemergiannya amat dirasai terutama oleh Kak Ngah, anak-anaknya dan tidak ketinggalan kepada saudara mara rapat. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga arwah dimasukkan dalam gulungan yang beriman.
Bilakah pula agaknya giliran kita?

Monday, January 12, 2009

Hari Lahir Amirul 12 Januari 2009


Hari ini genap Amirul 16 tahun. Kami ke Maalee di Dengkil untuk makan malam. Beri Amirul "kebebasan" order apa yang dia nak makan. Dia pun apa lagi..... order makan untuk 2 orang tapi makan seorang sahaja.....

Pilihannya tomyam campur, nasi paprik dan air jus epal. Lepas 15 minit, pinggannya licin! Nasib baiklah Amirul ini agak aktif main bola.. kalau tak ........

Untuk birthday kali ni... Daddy dan Mak harapkan Amirul lebih rajin belajar dan pandai seimbangkan aktiviti sukannya dengan pelajaran. Didoakan Amirul lebih berjaya dalam pelajaran dan juga jadi anak yang baik di samping tidak tinggal solat.

Sunday, January 11, 2009

Arsenal Nyaris Gagal Lagi

Wan Tek (adik Anum) dan suaminya, Rosni sedang bersiap untuk bertolak ke Genting.

Malam tadi aku gagahkan juga tonton perlawanan Arsenal dgn Bolton sambil tunggu family adik ipar yang nak datang dari JB untuk melancong ke GHighland. Pukul 10pm baru mereka bertolak dari JB! Mereka nak tumpang tidur sebab pagi esok akan terus naik ke Genting.
Anum dah siapkan bantal , alas tidur dan selimut untuk dia orang tapi aku tolong guna dulu sambil terus kecewa sebab Arsenal masih gagal jaringkan gol. Untuk makluman semua, aku juga turut gagal. Oleh kerana terlalu selesa (menonton sambil berbaring) aku gagal "berjaga". Sedar-sedar perlawanan dah tamat dan lihat ulasan Arsenal menang 1-0.

Petikan dari internet:-
The pressure is mounting for Arsene Wenger because he knows any more dropped points and the Premier League crown will slip away for another year.
Wenger knew what the match was going to be like though, saying: "It was a difficult game and one I expected with Bolton playing with two very deep lines.
"Maybe our passing was not at its best, but when you are playing against a team with only one focus, which is to defend, it is hard.
""In the end we had to play the good old fashioned 4-2-4 formation to get the job done. It was a good goal by Nicklas and I'm pleased for him. He's suffered from an ankle injury, but looks back to full fitness which is only good for us. It can be hard in this cold weather to come off the bench and make an impact.
"The win is important because we are swimming up stream as it is and cannot really afford to drop points.
We've won 1-0 three times now so we can build on that."
And Wenger needs to get things going as soon as possible with a kind run of games to stay in touch with the leaders and more importantly Aston Villa.
Villa had won earlier in the day which meant the three points were vital to keep the battle for a top-four finish in sight, let alone any chance of finishing on top.

Wednesday, January 7, 2009

Kuliah Ilmu 6 januari 2009 (Rabu)

Hari ini sebelum ke pejabat, aku sempat tonton kuliah di TV1 oleh tuan Mufti Selangor. Isi utama kuliah adalah ;-
a. Ketika dan Perkara yang menyebabkan taubat tidak diterima
1. Syirik (menyekutukan Allah) seperti perbuatan memuja keramat mohon nombor dll.
2. Ketika nyawa berada "di kerongkong" - sudah nazak
3. Telah keluar tanda-tanda kiamat seperti Matahari timbul di Barat dll.

b. Amalan-amalan oleh orang yang masih hidup untuk mereka yang telah meninggal dunia
1. Solat jenazah terutama oleh anak dan kaum keluarga. Mufti mengingatkan kisah kaum keluarga yang sibuk panggil orang ramai solat jenazah tetapi dia sendiri tidak melakukannya. Jika jenazah boleh bercakap akan merayu kepada mereka yang hadir agar turut serta dalam solat jenazah tersebut.
2. Doa dari anak untuk ibu bapa yang telah meninggal dunia.
3. Bayarkan hutang-hutangnya