Monday, December 29, 2008

RFC @ Sungai Petani

Most of us are familiar with KFC, but there is a new competitor in providing halal, good, tasty and finger licking fried chickens. It is called Radix Fried Chicken (RFC). The first outlet is located near Village Mall at Sungai Petani, Kedah.

Customers willing to drive all the way from Penang, Kulim and even as far as Alor Setar to have a taste of RFC. Fathiyah stood in queue for almost 30 minutes before being attended to.

*Semalam @ Kuala Perlis

Semalam di sini bermaksud "yesterday" dan "one night"

Setelah jadual untuk ke seberang tidak terlaksana akibat keracunan makanan, Hamzah jamu kami makan malam di Rimba Cafe, Kangar. Oleh sebab masih belum pulih sepenuhnya kami order sup dan tomyam sahaja. Boleh tahan masakannya. Tapi bila masuk kedai tak macam "rimba" pun.
Selepas itu kami ke kawasan jeti Kuala Perlis. Sungguh meriah, musim cuti agaknya. Ada pertunjukan kereta berspeaker hebat, pasar malam, senamrobik, kereta kuda dan lain-lain.


Pekak agaknya empunya kereta ini sehinggakan perlu sebegitu banyak "loud speaker" dalam keretanya.


Di sepanjang jalan ke Kuala Perlis, berderet kereta parking di pesisir pantai, penumpangnya ambil angin malam, memancing dan tidak ketinggalan ada juga yang "memancing".

Friday, December 26, 2008

Jejak Kasih

Bermula Rabu Lepas Anum, Fathiyah & Aku mulakan perjalanan menjejak para sahabat lama di Pantai barat semenanjung. Sambil tu jalan-jalan dan makan angin.
Singgahan pertama di Temoh, Perak untuk jumpa Khaidir & famili. Khaidir ni sahabat semasa bertugas di Sek Rantau PETRONAS. Sempat berkelah di Cameron Highland pada pagi Khamis.
Petang Khamis tiba di Penang dan terus "exercise" di Queensbay Mall. Malam terus ke RECSAM, nasib baik dapat bilik. Tak masuk bilik, sebaliknya sambung "exercise" di Prangin Mall dan ke Padang Kota....

Selepas sarapan kami ke Bukit Bendera. Anum sempat dapat rawatan untuk batuknya di Klinik Kesihatan di puncak Bukit Bendera. HA dan jururawat amat gembira kerana dapat jalankan tugas pada hari ini (selalunya tiada pesakit!). Jumaat tengah hari bertolak ke Pokok Sena sebab Hj. Yahya jemput kenduri masuk rumah baru. Dalam perjalanan ke Jitra singgah di "nat" untuk pekena pesembur lagi.. Semalam tak puas (kata Anum).
Malam ni tidur di rumah Wan Razif, sahabat baik zaman maktab yang kini GPK di SMK Bukit Kayu Hitam. Esok kalau jadi ke Arau pula.....

Monday, December 22, 2008

Permulaan Hari Yang Tidak Memberangsangkan

Semasa terlelap malam tadi aku dalam keadaan tersenyum lebar. Arsenal sedang mendahului Liverpool dengan 1 - 0 melalui jaringan Van Persie. (Sejak bujang dulu aku memang tak boleh "berjaga" hingga lewat malam/pagi walaupun pasukan kegemaran bermain). Berdasarkan prestasi semasa agak sukar Liverpool untuk mengubah keputusan tersebut. Tambahan pula bermain di Highbury dan dalam prematch statementnya, Wenger berkata bahawa "Kemenangan ke atas Liverpool adalah suatu kemestian".
Pagi tadi, sambil bersiap untuk ke pejabat aku terus "on" ESPN - rupa-rupanya Liverpool berjaya mendapat keputusan seri melalui jaringan R.Keane. Keputusan seri tersebut hanya menggembirakan MU & Chelsea. Kedudukan Arsenal juga semakin parah apabila Adebayor dilayangkan kad merah.
Namun begitu, aku kasihan kepada M.Hunges kerana terpaksa menerima hakikat pasukannya kalah kepada West Brom pada waktu kecederaan. Mungkinkah dia akan senasib P.Inch dalam waktu terdekat?

Sunday, December 21, 2008

Hadir Jemputan Kenduri

Hari ini ada tiga jemputan tetapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan hanya dapat hadir dua sahaja. Kenduri yang pertama adalah di Dewan Presint 8, Putrajaya. Kenduri anak lelaki En Jawaludin Nawi (Pengerusi PIBG SK Putrajaya Presint 9(1). Yang bestnya jemputan untuk majlis tersebut aku terima melui e-mel sahaja! Kebetulan dapat makan semeja dengan famili Pn. Nafishah [Guru Besar SK Pj9(1)].
Kenduri yang kedua diadakan di "kampung Pengantin". Bila baca kad jemputan macam tak percaya, tapi rupanya tempat tu memang tempat khas untuk kendalikan majlis kenduri kahwin.
Terletak di Jalan Ampang, tempat tu dah siap ada beberapa khemah kekal, tempat memasak, musolla, bilik sejuk dan kawasan parking yang luas. Sistem siarayanya juga agak canggih. Apabila juruacara mengumumkan ketibaan pengantin yang diiringi paluan kompang, aku tercari-cari juga mana orang yang berkompang. Rupa-rupanya hanya rakaman sahaja........
Canggih sungguh majlis kenduri kini.....

Saturday, December 20, 2008

Arsenal vs Liverpool

Date : 21 Dec 2008
Time : 11.55pm

As I was reading my NST today, the EPL plus segment caught my eyes. A drawing that shows two cowboys (facing each other) with guns drawn is cleverly drawn. The first cowboy is wearing a Liverpool jacket while the second cowboy is wearing a denim with Arsenal logo clearly shown on the chest. At the bottom of the drawing, a pair of "killed" cowboys' boots with Chelsea and Man U logos are also shown. (Both teams were beaten by Arsenal!!).
I shall be very happy if by next Monday an additional pair of boots with Liverpool logos are shown ..............

As I mentioned in my earlier posting, I don't mind if Arsenal did't win the EPL as long as they are not beaten by the three big clubs ( Chelsea, ManU & Liverpool).
Go Arsenal go!

Thursday, December 18, 2008

Cold End to Hot Celeb Marriages

As I was reading today's digital e-media news, I stumbled upon this article. It was very interesting.

TV3's popular sitcom, Puteri, probably holds the dubious record of divorces among its stars and crew.

Two actors in the sitcom have either ended or are waiting for an end to their marriages.
Leading lady Nora Danish separated from her husband, Toh Muda Rizal Ashram Ramli, in August. What made her case so talked about was that she was pregnant and a certain celebrity was alleged to be the cause of the breakup. Nora dismissed the rumour.

Soon after, the sitcom's lead actor, Mohd Aszerul Nizam Abdullah or Beego, was in the news when his marriage to Intan Shahira Mohd Nazrul hit rock bottom. And the local tabloids lapped it up when the couple started airing their dirty laundry, including the time Intan admitted that Beego forced her to have sex while she was having her period. More recently, it was director Aziz M. Osman's turn in the spotlight when his short-lived marriage to Nor Radhiah Ramli got into trouble. The syariah court has yet to decide on Beego and Aziz's cases.

One of the more talked-about divorce cases was that of singer Farah Asyikin Zulkfili who separated from Dr Fariz Yahya. Unlike other celebrities, Farah did not hide the fact that her marriage was in trouble. But she refuted a rumour that a male reality show contestant was involved. She described him as a close friend. Singers Azharina Azhar, Siti Fairuz Sheik Mohamed, Norazlina Abdul Rahman, Tengku Anis Soraya Tengku Sulaiman, Charma Adizalilullah and Noraniza Idris also decided to break up this year for various reasons.

Two other divorce cases involving rockers Jamaluddin Elias, or Nash, of Lefthanded, and Mohd Radhi Razali, or Radhi OAG, are pending in court. Another well-known actress who became single again this year is Norish Karman.

Actor Nasrizal Ngasri's case was in the news because he sent an SMS to divorce his wife and followed it with another message wishing her "good luck".
Then, there is the case of celebrity couple, Norman Hakim and Abby Abadi. Things have been quiet in both camps as they try to settle the case in private.

Monday, December 15, 2008

Pertandingan Nostalgia Klasik Nasional

All seats were taken! Anum, Fathiyah and many late comers had to stand to watch the competition.

The First Phase of the competition was held on 13 Dec 08 (Saturday) at Metro Point Kajang. Anum, Amirul & I arrived just in time for the announcement of the finalist. A good number of old timers and middle aged were present. They were very supportive and some even waved their hands and tapped their feet when contestants sang their songs.

The winners for the first competition were a husband and wife. They were presented with RM 300 each and eligible for the grand final that will be held in January 2009.

The second phase of the competition was held on the next day at Maju Junction, Kuala Lumpur. More than 100 participated in the preliminary stage. The crowd was bigger than the one in Kajang. Both runner up (male and female categories) who participated in Kajang tried their luck again and were announced winners in the second competition.

The best female singer (winner) for the 2nd. phase of The Nostalgic Klasik National Singing Competition was Pn. Siti Rabeah who came all the way from Johor Bahru. Would you believe me if I tell you that she is 60 years old (young?).

Saturday, December 13, 2008

Foto Percutian T'ganu & Pahang













Sempat solat Isyak di Masjid Terapung Kuala Ibai










Helo......, Sorry I tak terima sebarang tempahan. Kalau nak karipap, nasi lemak, dll hanya boleh diterima mulai Isnin depan. I sedang di pasar Dungun.....











Lawatan ke Masjid Kristal di Pulau Wan Man bersama Cikgu Nasir (sahabat semasa mengajar di Sekolah Rantau PETRONAS.














Kesian Emie.... orang sedang bercuti kena demam campak pula.....






Foto kenangan di Batu Buruk, Terengganu.
Dari Kiri: Wan Fatimah, Borhan, PakDin, Wan Anum







Wednesday, December 10, 2008

Tiba di Dungun

Tiba jam 07am. Solat Subuh di Petronas Paka. Sempat nengok rumah Paka. Nampak buruk - cat dah pudar.
Malam tadi tidur dalam kereta.........

Monday, December 8, 2008

Acara Korban di Surau Muhajirin Putrajaya


Agaknya lembu ini akan berkata, "Selamat tinggal dunia ...... Giliran ku telah tiba..... Sebentar lagi aku akan disembelih. Semoga korban kalian diterima Allah. Amin"

Lima ekor lembu telah disembelih untuk acara kurban dan aqiqah di Surau Muhajirin tahun ini. Walaupun cuaca agak tidak memberangsangkan dengan hujan renyai-renyai, ini tidak menghalang para ahli qariah untuk datang beramai-ramai bergotong-royong melapah sembelihan.


Sunday, December 7, 2008

Anak Jagaan Kembali

Suatu masa dulu (sekitar 2002), Era dan Firdaus (anak En. Mazlan - Pegawai di JPM) pernah dijaga oleh Anum. Tetapi pada tahun 2004, mereka berpindah ke Kota Kinabalu atas sebab tugas. Aku dan Anum sempat ke rumah mereka pada tahun 2006.

Awal tahun ini mereka kembali bertugas di Putrajaya. Antara anak jagaan yang sebaya dengan mereka adalah Salman (anak Ustazah Liza), Irfan (anak Cikgu Rosminah), Zarina dan Zahariah (anak En. Hamzah klinik).

Saturday, December 6, 2008

Picnic at Sunway Lagoon

En, Aziz and his wife Pn. Ismaliza (a teacher at Presint 11 Primary School) live in front of my house. They invited my wife, Anum and I to joint them for an auting at Sunway Lagoon.
My last visit to Sunway Lagoon was during the '90s. My wife and I eagerly accepted their proposal. We had a great time. Thank you to Aziz and Isma.

Wan Fatimah & Famili Singgah di Putrajaya

Wan Fatimah adalah kakak Wan Anum, isteri aku. Beliau bersama suami, En. Borhan dan empat anak=anaknya dalam perjalanan ke Tikam Batu, Kedah untuk beraya bersama keluarga di sana.
Jika aku dan famili balik Johor, rumah mereka di Taman Perling merupakan singgahan wajib selain daripada rumah bapak. Selalunya anak-anak aku merayu-rayu untuk segera ke rumah mereka kerana nak jumpa sepupu-sepupu yang sebaya dan "sama kepala".
Dalam perjalanan pulang ke JB, mereka bercadang nak lalu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Jika jadi, aku dan Anum akan menemani mereka sewaktu di Terengganu.

Hari Wukuf

Kalau kita sedang menunaikan haji, kini kita sedang berada di Arafah, menanti waktu wukuf. Kebetulan, sebentar tadi aku terima SMS dari seorang sahabat yang memaklumkan bahawa waktu wukuf adalah pada Ahad, 7 Dis08 dari 5.09pm - 10.38pm (waktu Malaysia).
Sebagaimana kita semua maklum, waktu wukuf adalah ketika yang amat mujarab untuk berdoa.
Semoga makluman ini dapat membawa kebaikan kepada semua termasuk aku yang kebelakangan ini mudah lupa.....

Thursday, December 4, 2008

Kembali Bertugas


Setelah berada di PD dari 1 - 3 Dis untuk Team Building, hari ini aku kembali bertugas di pejabat. Apabila di kenang balik, agak menyeronokkan apabila mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Tetapi yang paling penting adalah "moral" @ pengajaran yang didapati daripada semua aktiviti aktiviti-aktiviti tersebut. Tidak ketinggalan aku dapat mengenali pegawai-pegawai lain yang bertugas di BPK.

Tanpa disedari kita dapat "membaca" (diri kita juga dibaca) sikap dan personaliti rakan setugas di BPK. Tidak ketinggalan bakat semulajadi juga turut terserlah terutama kepimpinan dan kerjasama semasa aktiviti berkumpulan.

Walau pun kosnya agak mahal dan masih terdapat ruang untuk penambahbaikan, kursus-kursus seperti ini patut diteruskan dan jika boleh mendapat penglibatan semaksimum mungkin pegawai dalam BPK.

* Jutaan terima kasih kepada Rohana, sahabat lama yang tolong snap gambar di atas. Untuk makluman, kumpulan aku, "Selalu Bagus" dapat Johan Kumpulan dalam acara Bina Sesawang Lelabah dan tempat ketiga acara keseluruhan. Johan sehingga hari terakhir dimana hanya dapat juara kumpulan acara "tarik tali" (tak ada markah!)