Sunday, November 30, 2008
Sepetang di Alamanda
Anum perlu berbelanja di Carefour untuk bekalan Farhana yang kebetulan balik hujung minggu. Aku terus ke musollah yang terdapat di Aras LG. Walau pun akhirnya aku dapat berjemaah (kumpulan ke-3), masih ramai yang menunggu giliran untuk solat Maghrib. Suasana di musolla itu sungguh memberi kesedaran. Tetapi apabila kembali ke kedai-kedai di Alamanda terdapat ramai Melayu (muslim) yang seolah-olah tidak sedar bahawa waktu Maghrib hampir tamat(musafir?).
Mohon pandangan para pembaca.
1. Memandangkan ramai beratur untuk ambil wudu' dan aliran air paip yang perlahan, perlukah kita lakukan 3 kali (sunat) setiap perbuatan wudu'?
2. Imam baca surah dan doa panjang sedangkan terdapat ramai menuinggu giliran untuk solat memangdangkan tempat terhad?
Thursday, November 27, 2008
Arsenal Won
UEFA Champions League
Tuesday, November 25, 2008, 19:45
Wednesday, November 26, 2008
Kelakar
Di lobi aras 5, aku terjumpa kawan UNISEL yang sedang tanya pertukarannya ke Pahang. KU, Anuar dan Ansori terus masuk dahulu ke pejabat Pn. Faridah. Aku berbual agak lama dengan kawan UNISEL tersebut. Sebauk tamat, aku tak tahu mana nak pergi, aku minta seorang kerani tunjukkan di mana perbincangan penstrukturan itu akan dijalankan.
Tanpa diduga aku dibawa ke Bilik Mesyuarat Utama. Kerani tu tolong buka pintu. Terdapat beberapa pegawai muda sedang tunggu untuk mulakan mesyuarat. Mereka semua bangun, senyum dan hulur tangan (dengan amat hormat) untuk berjabat tangan. Aku tak kenal semua mereka. Sambil bersalam baru aku tahu mereka tunggu "Pegawai BSM" untuk mempengerusikan majlis. Mereka sangka akulah "Pegawai BSM" tersebut. Kebetulan aku pakai kot siap dengan nametag lagi.
Sambil berjalan keluar, dalam hati gelak sakan & perasan, rupanya aku boleh menyamar jadi "pegawai tinggi". He... he.. he...
Sunday, November 23, 2008
Kenduri Kahwin Di Batu Kikir,NS
Kecuali Shafiz (pengantin), Anum dan Jeff (depan, kiri), semua yang ada dalam gambar di atas ada DNA Pak Selamat!
Apa Sudah Jadi
Mangkuk Tingkat
Kepada sesiapa yang nak cuba order, silalah layari mangkuktingkat.com.my. Khabarnya semakin luas kawasan liputannya.
Friday, November 21, 2008
Ayah Pin Mari Putrajaya
Thursday, November 20, 2008
Khutbah Jumaat JAWI 21Nov2008
Untuk teks selengkapnya sila layari http://www.jawi.gov.my/melayu/
Semoga membawa kebaikan dan manafaat. Amin.
Wednesday, November 19, 2008
The Priest and The Bus Driver
He motions to the priest, and they both hop in a jeep and go out the back door. There are about 50 acres of rolling hills with a little cottage on the knoll. St. Peter turns to the priest and says "This will be yours for eternity. A perfect little cottage, right next to a wishing well. Anything you wish on that wishing well will come true guaranteed."The priest says, "Oh, thank you so much. This I shall enjoy!"
St. Peter drops off the priest, goes back to the pearly gates and motions to the bus driver. They hop in a stretch limo and go out the front door. There are about 500 acres of land, with mountains and lakes and rivers. There is a huge castle on one of the mountains with about 200 rooms. St. Peter says "This will be yours for eternity. You can live in that castle with servants to wait on you hand and foot, and you can have everything you want."
The bus driver looks and St. Peter and says "Well, now, don't think I'm not grateful, but shouldn't the priest get all this, not me? Shouldn't I get the cottage and 50 acres instead?"
St. Peter just laughs and says "The reason you get all this is because when the priest preached, everyone fell asleep. Now, when you drove your bus, people prayed!"
Lepas Perasaan...........
Hari Isnin lalu (mula 5.30pm) bantu buat persembahan kepada TKSU-KPM tentang penstrukturan semula. Hari ini (Rabu) kerja aku tolong gamkan carta struktur baru BPK, pergi mesyuarat penyelarasan Latihan Pegawai "one-off" di Luar Negara di BPG (E13). Esok belum tahu lagi. Aku pun tak nampak apa urusan mustahak dan banyak kerja di pejabat yang dimaksudkan oleh KU aku tu.....
Entahlah, mungkin aku dah salah pilih untuk ke BPK dulu. Hanya masa yang akan tentukan.
Sunday, November 16, 2008
Lost Another Game .......
"It was a very bad afternoon because we were not sharp physically and beaten everywhere in the first half.
"I felt overall Villa were the better side. It is frustrating because we played at a kind of pace today that is not our pace. Villa played very well, but we were not sharp or incisive enough.
"We can play very well, but at the top level performances have to be consistent. I always say the first sign of quality is consistency, so this was frustrating after beating Manchester United."
Aston Villa manager Martin O'Neill:
"We were terrific from start to finish. We came here on the back of two poor league results against Newcastle and Middlesbrough to face a massive test - and we passed it with flying colours.
"We were magnificent and the players were very strong mentally today. I thought we were brilliant because it was a case of the players staying strong, being positive and having a real belief that we could win.
"We never lost belief, never lost confidence and I am absolutely delighted."
Wednesday, November 12, 2008
Penstrukturan Semula BPK
Dah beberapa hari asyik balik malam aje. Penat. Ada saje pembetulan baru. Hari ini kena tambah bilangan pegawai untuk subjek Tingkatan 6 pula. Aku yakin, ni pun tak final lagi. Nampak gayanya bermalam lagi di Bilik Rajawali minggu ni .......
Sunday, November 9, 2008
Reflexilogy
Asalnya nak nonton wayang 007 jam 2.30pm di Alamanda, tapi malangnya tiket yang tinggal hanya untuk barisan paling hadapan. Boleh sakit tengkok kalau nak nonton juga...... Sambil jalan-jalan terjumpa kedai baru buka - "Reborn" boleh urut seluruh badan, oleh pakar dari China.
Anum ambil pakej 1 + 1. Hari ini urut kaki, esok lusa urut badan pula. katanya bagus, dengan urut kaki badan pun turut segar. Kalau sesiapa berhajat bolehlah aku bagi no tel. Kena buat appointment dulu sebab ramai pelanggannya sekarang. Kalau ada yang nak amoi cantik, muda & seksi, sebagai tukang urutnya, sorry tak ada..........
Menang RM20
Glamourlah kejap aku dapat tepukan penonton yang ada sambil dapat hadiah RM20 (sebutannya dua puluh ringgit).
Sesiapa yang baca posting ini, tolonglah jangan lagi sebut "RM20". (Penyampai di TV, di radio dan tidak ketinggalan guru-guru di sekolah pun selalu silap bila sebut nilai wang). Dulu bila simbolnya "$" betul pula sebutannya.
Monday, November 3, 2008
Alhamdulillah, Akhirnya.....
Asalnya tak nak pergi konvo ni, tapi kawan2 & famili nasihatkan ini peluang sekali seumur hidup. Akhirnya aku pergi juga. Dulu masa dapat sijil perguruan TESL di MPB & Diploma Public Admin di UITM Dungun aku pergi tapi tak naik pentas, saja pergi nak jumpa kawan-kawan lama.
Nampaknya tak rugi pergi konvo sebab gembira dapat jumpa kawan2 MGB TESL seperti Manisegar, Vijaya, Chua, Yunus dll yang turut hadir. Namun agak sedih kerana terdapat 3 sahabat yang tak hadir sbb meninggal dunia dan juga sahabat2 yang masih belum menamatkan pengajian.
Terima kasih tidak terhingga kepada Isteri dan famili yang memberi sepenuh sokongan, para sahabat sekuliah, para tenaga pengajar dan tidak ketinggalan Minjuk yang telah tunjukkan jalan. Syukur Alhamdulillah. Akhirnya pada umur 48 tahun dapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL (Kepujian).