Sunday, April 2, 2017
Tuesday, November 15, 2016
161102 Melbourne & Sydney
Memang dah lama berhajat nak berjalan-jalan ke benua Australia. Banyak peluang tiket murah Airasia ke Perth, Gold Coast, Melbourne & Sydney diabaikan kerana mengenangkan nilai wang dan kos hidup yang tinggi di sana.
Jadi apabila Nadzrul & Nadira (anak saudara) berhijrah kerja ke Melbourne sejak awal tahun ini maka peluang keemasan ini tidak harus diabaikan. Dengan harga tambang murah RM1500 (pergi - balik) maka hajat kami untuk jejak kaki ke Benua Australia pun tertunai.
Untuk perjalanan kali ini, persiapan tidak rumit kerana Nadzrul dan Nadira sedia bantu kami setibanya di Melbourne. Tambahan pula mereka benarkan kami menginap d
161102 Melbourne & Sydney
Memang dah lama berhajat nak berjalan-jalan ke benua Australia. Banyak peluang tiket murah Airasia ke Perth, Gold Coast, Melbourne & Sydney diabaikan kerana mengenangkan nilai wang dan kos hidup yang tinggi di sana.
Jadi apabila Nadzrul & Nadira (anak saudara) berhijrah kerja ke Melbourne sejak awal tahun ini maka peluang keemasan ini tidak harus diabaikan. Dengan harga tambang murah RM1500 (pergi - balik) maka hajat kami untuk jejak kaki ke Benua Australia pun tertunai.
Untuk perjalanan kali ini, persiapan tidak rumit kerana Nadzrul dan Nadira sedia bantu kami setibanya di Melbourne. Tambahan pula mereka benarkan kami menumpang menginap di apartment mereka yang amat stategik lokasinya. Apartment mereka terletak di Prahran, sekitar 10 perhentian tram daripada Flinders Street Station (pusat bandar).
Kami bercadang tidak membeli barangan tambahan, so tiada belian begasi dilakukan. Hanya insurance dengan Airasia RM50 seorang. Alhamdulillah kami tiada masalah dalam pemeriksan kastam Melbourne. Bahkan beg kami langsung tidak diperiksa. Kami sekadar ditanya soalan barangan yang dibawa. Sebaik keluar pemeriksaan kastam terus gunakan WIFI percuma untuk telefon Nadzrul. Rupanya dia bersama isterinya sudah hampir tiba dengan menaiki UBER. Mereka tak jangka kami akan dapat melepasi kastam dalam masa singkat.
Esoknya Nadira bawa kami untuk jalan-jalan. Sambil tunggu tram no 6, kami beli Simkad dan kad tambang Myki di kedai 7-11 berhampiran.
Wednesday, October 26, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)