Monday, December 30, 2013
Thursday, August 22, 2013
130822 Pandangan Peribadi
Pinjam
Memberikan sesuatu utk dipakai buat sementara waktu (sesudah itu dikembalikan). Meminjam memakai barang orang untuk sementara dan sesudah dipakai dikembalikan kepada tuannya
CCRIS
Central Credit Reference Information System.
Individu yang tersenarai dalam CCRIS akan bermasalah buat pinjaman kewangan daripada bank, kerajaan & institusi kewangan lain. Institusi "FAMA" tiada masalah! [FAMA - Father, Mother]
PTPTN
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
ISU
Peminjam "liat" membayar pinjaman akan disenaraikan dalam CCRIS yang menyebabkan mereka tidak boleh buat sebarang pinjaman.
Kenapa UMNO, PKR, GPMS dll tak setuju?
Antara alasan yang diberi:
1. Peminjam akan hadapi kesukaran mulakan kehidupan baru bekerja.
2. Peminjam tak boleh buat pinjaman (tambah hutang !?#*) untuk kenderaan, rumah apabila telah masuk dalam senarai CCRIS.
3. Peminjam telah sedia terbeban dengan kos hidup terkini.
4. Dll
Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh PTPTN untuk "memujuk" peminjam membayar pinjaman mereka;
1. Peminjam belum bekerja tidak perlu buat pembayaran
2. Diskaun kepada peminjam yang membuat bayaran "sekali gus"
3. Diskaun kepada mereka yang membayar ansuran secara tetap
4. Peminjam boleh berunding jumlah "termampu" untuk dibayar.
Pandangan Peribadi
1. Mereka yang lantang menentang langkah tersebut nak jadi "juara"
2. Peminjam sengaja tak mahu bayar "duit rakyat" yang boleh digunakan oleh orang lain yang mungkin lebih memerlukan.
3. Selama ini langkah "halang ke luar negara" kepada peminjam bermasalah telah pun dilaksanakan. Pandai pula apabila nak "berurusan di luar negara" panjat PTPTN buat bayaran minima...
4. Ada sahabat yang bayar pinjaman RM100 setiap bulan ke PTPTN. Apa masalah bayar jumlah tersebut jika dibandingkan belanja rokok, minum kedai mamak, pakaian berjenama dll?
5. Pinjaman PTPTN adalah tanggungjawab peminjam. Sebagai bapa, aku tidak akan sokong anak-anak yang sengaja tak bayar pinjaman tersebut setelah mereka bekerja.
Tuesday, August 20, 2013
130814 Raya Johor
![]() |
Pagi sebelum ke surau untuk solat aidil fitri. Tak sempat foto dengan famili sebab yang lain belum siap lagi...... |
![]() |
Malam raya pertama, famili Ketin datang beraya. |
![]() |
Bersama Cikgu Roslan di Parit Permatang Duku, Benut. Cikgu Roslan mula bersara wajib (55thn) pada tahun 1991. Kami pernah bertugas bersama di SK Seri Setia, Benut, Pontian. |
![]() |
Bersama pasangan Cikgu Hashim Serkon di pekan Benut, Pontian. Mula bertugas bersama Cikgu Hashim di SK Seri Setia. |
![]() |
Masih bermasalah mencari pusara arwah Mariam Abd. Rahman. Mungkin jika ziarah selalu masalah dapat diatasi. |
![]() |
Juga masih bermasalah mencari pusara arwah Wan Mohd Abd. Rahman. Mungkin jika ziarah selalu masalah dapat diatasi. |
![]() |
Juga masih bermasalah mencari pusara arwah Wan Mohd Saat [Yazid]. Mungkin jika ziarah selalu masalah dapat diatasi. |
![]() |
Sempat bergaya memandu Suprima S di Proton, Larkin. Tergerak juga untuk membelinya, tetapi mengenangkan harganya RM80K, terpaksa ditahan niat tersebut. |
![]() |
Pn. Wan Tek, adik Wan Anum turut kami bawa menziarahi famili En. Othman di Pekan Nanas. Selepas Maghrib baru kami bertolak ke Desa Rahmat, Tampoi untuk majlis Yasinan arwah Wan Harun. |
![]() |
Gaya "Free Style" selepas jamuan majlis Yasinan di Desa Rahmat. |
![]() |
Empat anak-anak arwah Wan Mohd yang masih tinggal. Asalnya arwah Wan Mohd punyai 12 orang anak. |
![]() |
Ambil kesempatan semasa beraya di rumah adik di Skudai. Urut cara Thai guna mesin. |
![]() |
"Free Style" di pelamin anak Cikgu Rahman di Rengit, Batu Pahat. |
![]() |
"Free Style" sambil menikmati juadah raya [durians?] di rumah besan; Hj. Agus Salim di Sarang Buaya, Batu Pahat |
Wednesday, August 14, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)