Catatan
Telah lama merancang untuk catat kenangan program Percutian Ibadah ni... Tapi asyik tertangguh sahaja. Ada sahaja alasan; sibuk tugas seharian, laptop bermasalah dan yang paling akhir cadang nak buat sambil tugas luar di Kem Tekali, pun tak jadi...
Yang terkini, mingggu lalu dah buat "pengenalan", tapi lupa nak simpan. Bergegas nak balik lepas pejabat, lupa shut down laptop sebelum menge"save" catatan tersebut. Mengenangkan janji (dah tertunggak tempohnya) kepada Cikgu Abd. Rahman (CAR), maka digagahi juga hari ini. InsyaAllah mohon dipermudahkan.
Penafian: Catatan yang dipaparkan di sini tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak. Diharapkan dapat dijadikan panduan dan peringatan pada masa hadapan.
Latar Belakang
Asalnya aku terima "iklan mesra" melalui Whatapp daripada CAR mempelawa aku untuk berumrah bersamanya yang kini bertugas sambilan sebagai mutawif dengan Syarikat Mumtaz Travel yang berpejabat di Johor Bahru.
Aku mula kenal CAR seawal tahun 1982 sewaktu kami sama-sama bertugas di SK Seri Setia, Benut, Johor. Mengenangkan sahabat baik yang akan jadi mutawif, aku berfikikr panjang kerana bukan senang nak dapat "perkhidmatan khas" dengan kadar bayaran yang "biasa".
Mengikut perancangan awal, aku dan Anum akan berkereta ke Johor Bahru. Akan naik bas yang disediakan untuk ke Lapangan Terbang Changi, Singapura. Aku telah siap isi minyak Iswara dan akan tinggalkan di rumah Kak Pah di Kempas. Abang Lan (suami Kak Pah) akan hantar ke tempat berkumpul di Kampung Mohd Amin, Johor Bahru pada esoknya.
Namun pada hari aku bertolak ke Johor Bahru, semua anak dan cucu nak ikut. Mereka dah siap ambil cuti. Abang Arif yang memang sudah di Batu Pahat akan jumpa di Kampung Mohd Amin. Anakku, Amirul senyum lebar. Dia untung besar sebab Iswara dah penuh minyak untuk dia balik Ipoh selepas ini.
Dalam perjalanan ke Johor Bahru, aku dapat dugaan pertama. Kak Pah mohon batal menginap di rumahnya atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Dengan 7 dewasa dan 2 bayi, mana nak menginap. Kalau hotel perlu 3 bilik. Untuk tidur sahaja pulak tu. Membazir.... Dengan segera akau telefon dan mohon untuk bermalam di rumah Manja. Alhamdulillah dapat.
Hari #1 & #2
Selepas sarapan, aku dan Anum dihantar ke Kampung Mohd Amin oleh Nurul (& famili), Farhana (& famili), Amirul dan Fathiyah. Kami tiba agak awal. Akhirnya bas tiba dan membawa rombongan dari Johor Bahru seramai 12 orang menaiki bas ke Singapura melalui Tuas. Namun bas singgah dahulu di R&R Gelang Patah untuk makan tengah hari dan Solat Dzohor & Asar Jama'. Di situlah baru dapat jumpa CAR dan rombongan dari Rengit, Batu Bapat, Johor. Jumlah keseluruhan rombongan 42 orang dengan panduan CAR, isterinya (Kak Nah) & anak perempuannya (Angah).
Sebaik selesai solat CAR memberi penerangan ringkas tentang perjalanan umrah yang akan dilaksanakan. Masing-masing juga mendapat nota panduan umrah. Namun mungkin ada jemaah yang terlalu teruja nak ke Mekah atau perjalanan pertama menaiki pesawat, mereka kurang memberi perhatian. Atau mungkin mereka tidak faham tetapi tidak mahu bertanya.
Ada yang saling bertanya perlu pakai/tukar ihram sekarang ker? Walhal dah dimaklumkan bahwa ihram akan dipakai sewaktu transit di Abu Dhabi dan niat umrah di atas pesawat selepasnya.
Sewaktu selesai solat di surau R&R, salah seorang jemaah mengadu sepatunya hilang. Dia melilau mencari sepatunya dengan berstokin sahaja. Sebenarnya sepatunya tak hilang. Cuma dia terkeliru bahawa sepatu yang dipakainya pada hari tersebut adalah sepatu yang jarang dipakainya. Sepatu yang dijangka hilang sebenarnya ada di surau.
Kami selamat tiba di Lapangan Terbang Changi 3 jam lebih awal. Tiada masalah, hanya tungggu penerbangan ke Abu Dhabi sahaja. Harapan agar kemudahan WIFI disediakan dikecewakan. Banyak prosedur perlu dilalui; perlu ambil ID dan password dari kaunter penerangan. Juga perlu key-in maklumat dan akhirnya gagal setelah beberapa kali dicuba. Akhirnya guna masa yang ada untuk saling kenal dengan jemaah yang lain. Rupa-rupanya 2orang jemaah dari Johor Bharu adalah pesara guru yang pernah bertugas sama dengan En. Tajudin yang merupakan rakan sepejabat sekarang.
Selepas lebih kurang 7 jam dalam penerbangan kami selamat tiba di Abu Dhabi. Sepanjang dalam penerbangan aku dan Anum menonton tayangan video yang disediakan. Banyak pilihan daripada rancangan kartun hingga tamil. Kami juga dihidangkan makanan yang agak enak. Anihnya ETHIHAD masih menyediakan set sudu garfu besi, bantal & selimut. CAR maklumkan barang-barang tu boleh ambil tetapi mohon kebenaran daripada anak kapal.
Mengikut nasihat CAR, kami perlu solat Jama' Maghrib dan Isyak di situ. Dan yang penting kami MESTI pakai ihram dan solat sunat ihram di situ. Memandangkan jemaah kami agar ramai dan ada yang uzur maka kami terpisah daripada CAR. Beliau menguruskan jemaah yang berkerusi roda dan uzur.
Kebanyakan jemaah lelaki telah pergi ke Musolla di aras G. Agah jauh. CAR tidak bersama kami. Di situ juga terdapat beberapa jemaah Indon yang juga dalam transit ke Mekah untuk umrah. Mereka kekal "beruniform" batik dan menasihatkan kami juga belum perlu mengenakan ihram. Kekeliruan mula timbul apabila ada yang mula bertanya;-
"Mesti pakai ihram di sini ke? Jemaah Indon kata tak perlu ...."
"Nak niat ihram juga ke?"
"Mana nak mandi sunat ihram ni?"
Masalah juga apabila terdapat jemaah yang pertama kali mencuba memakai ihram. Cukup lama dan pelbagai kaedah mereka gayakan.
Aku cuba menenangkan keadaan dan ingatkan kembali penerangan CAR sewaktu di R&R Gelang Patah. Aku juga tergamam sekejap (tak pasti?), bila ada yang mempersoalkan kenapa aku "sembur" pewangi ke badan & kain ihram. "Kan tak boleh", kata mereka.
Namun akhirnya mereka akur dan ingat kembali nasihat CAR. Jemaah Indon tu rupanya akan ke Madinah dahulu. Sebab tu mereka tidak berihram di Abu Dhabi.
Semasa menunggu penerbangan seterusnya, aku lihat ramai jemaah yang transit seperti kami. Terdapat sekumpulan besar jemaah dari India berada di hadapan kumpulan kami semasa proses menaiki pesawat.
Kekecohan mula timbul sewaktu jemaah kami mahu mengambil tempat di dalam pesawat. Jemaah India yang naik awal telah duduk dengan tidak berpandukan nombor pada "boarding pass" mereka. Apabila ditegur mereka buat muka selamba. Mungkin mereka tak faham bahawa mereka telah duduk di kerusi yang salah. Maka bersusahpayahlah paramugari membetulkan keadaan. Akhirnya apabila terlalu sukar dan ramai nak dialihkan, mereka ambil keputusan yang belum dapat kerusi, duduk sahaja di mana kerusi yang masih kosong.
Kira-kira 30 minit sebelum mendarat di Jeddah, CAR membuat pengumuman bahawa pesawat telah memasuki miqat dan boleh berniat ihram. CAR juga mengingatkan kami akan pantang larang semasa berihram. Aku teringat sewaktu aku menunaikan haji dan umrah dahulu, mutawif bertugas setakat memaklumkan kepada jemaah berhampirannya dan mohon sampaikan kepada jemaah lain. Ada kemungkinan jemaah yang tertidur dan tak maklum akan perkara tersebut.
Kami selamat tiba di Lapangan Terbang Jeddah sebelum Subuh. Rezeki kami agak baik. Turun dari pesawat kami menaiki bas dan dibawa ke kompleks haji untuk urusan imegresen dan menaiki bas terus ke Mekkah. Agak jauh juga kompleks haji tersebut.
Pepatah Melayu mengatakan "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; Jauh lebih baik pilih negeri sendiri. Pepatah ini amat sesuai menggambarkan mutu perkhidmatan dan kelengkapan yang menyambut kami di Lapangan Terbang Jeddah. Walau pun pada ketika itu hanya pesawat kami yang baru mendarat, tempoh untuk memproses passport dan mengambil begasi agak lama. Kompleks haji yang biasanya sesak ketika musim haji agak LENGANG kerana hanya kami yang berurusan di situ. Namun petugas di situ memang BAN***G. Kami seramai 42 orang tak dibenarkan berkumpul untuk sama-sama keluar dari kawasan begasi. Kami perlu tunggu di luar katanya. Apabila dimaklumkan kami sedang menunggu 4 orang sahabat kami yang uzur dan berkerusi roda pun tak dihiraukan.....
Maka, kami pun keluar dari kawasan begasi. Namun di luar pun situasi lebih kurang sama. Kawasan LENGANG, namun tak boleh tunggu di situ. Kami dah bergerak ke pinggir (bagi memberi laluan kepada ???? ; tiada orang lain!) pun masih digesa supaya bergerak keluar daripada kompleks haji. Memang COBAAAN sungguh.......
Sebaik masuk waktu Subuh, kami solat berjemaah dan akhirnya bergerak menaiki bas yang akan membawa kami ke Mekah. Bas agak selesa. Sebaik semua telah selesa dan tenang di dalam bas, CAR menerangkan jadual perjalanan untuk hari tersebut. CAR ada maklumkan semua perlu berkumpul di lobi hotel sekitar 9.30 pagi dan bergerak ke Masjidil Haram bersama untuk tawaf dan saie dengan panduannya. CAR juga ceritakan pengalaman dan nasihat yang pada pandangan aku amat bermakna sekali. Antaranya kita kena bersyukur kerana ,masih berkesempatan untuk ziarah dan kerjakan umrah sebelum "dijemput" untuk menghadap Ilahi.
Di dalam pakej menyatakan Syarikat menawarkan 3 kali peluang umrah. namun jemaah bebas melakukan umrah tambahan atas kemampuan masing-masing. Tidak seperti pengalaman lalu di mana mutawif hanya menerangkan perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk umrah, CAR berjanji akan menunjukkan tatacara yang betul dengan syarat jemaah ikut bersamanya tawaf dan saie.
Sebagaimana dijanjikan kami bersama CAR mula keluar dari hotel penginapan sekitar 9.30pagi untuk tawaf, saie dan tahalul. CAR membawa bersama kipas tangan sebagai tanda kedudukannya. Pasti di Masjidilharam ramai orang dan mudah hilang. Aku dan Anum ambil keputusan untuk ikut seberapa hampir dengan CAR. Untuk beberapa pusingan awal, CAR mudah dijejaki kerana beliau mengangkat "kipas tangan" tapi apabila beberapa pusingan akhirt, kipas tangan itu tidak kelihatan lagi. Aku difahamkan kemudian, kipas tangan itu dirampas petugas keselamatan kerana dikhuatiri membahayakan jemaah yang ramai.
Alhamdulillah tawaf kami dapat dilaksanakan tanpa banyak rintangan. Aku dan Anum terus ke kawasan berhampiran Hijir Ismail untuk solat sunat tawaf sebelum bergerak ke Safa untuk saie dan akhirnya bertahalul. Semasa bergerak ke Safa beberapa jemaah tidak kelihatan. Mungkin mereka terpisah sewaktu bersesak mengejakan tawaf. Dengan andaian akan jumpa mereka sewaktu saie, kami pun meneruskan saie dengan panduan CAR.
Gua Hira
Dalam salah satu program ziarah di Madinah, CAR telah bertanya di kalangan jemaah yang berminat untuk mendaki Jabal Nur dan seterusnya berpeluang melihat Gua Hira'. Ziarah ini tidak termasuk dalam program asal, peserta perlu keluarkan kos sendiri. Aku segera menyatakan kesediaan. Terdapat sekitar 10 orang yang berminat. CAR berjanji akan berusaha membantu dalam lawatan tersebut.