Tuesday, February 11, 2014

140208 Berbasikal

Asalnya nak berbasikal seperti biasa. Setakat 7 - 10 pusingan sekitar kawasan P9 G1. Tapi separuh jalan tergerak nak cuba ke PICC.

 Pagi amat sesuai untuk berbasikal. Jalan lengang dan cuaca tidak terlalu panas. 
 Sebelum tiba di jambatan ke PICC aku lihat beberapa famili sedang bersiap sedia untuk "berpicnic". Sangat sesuai kerana berhampiran terdapat taman permainan dan pemandangan tasek yang nyaman.

 Pemandangan tasek yang nyaman.

 Taman permainan sesuai untuk kanak-kanak.

 Berhenti rehat sambil menikmati pemandangan di atas jambatan PICC.
  
 Mencabar diri; bercadang mengayuh hingga ke KPI melalui jalan berbukit.

 Nun jauh di sana kelihatan KPI.

 Jalan balik lalui jalan biasa. 

Friday, February 7, 2014

140130 Cameron Highland

Bertolak dari Putrajaya agak lewat, selepas Isyak. Separuh jalan mendaki CHighland, Anum & Farhana dah mula pening dan rasa mual. Masing-masing dah bersiap sedia dengan plastik.

          Pendakian yang banyak selekoh juga sebabkan aku tidak selesa. Tangan kiri masih sakit. Aku hanya guna tangan kanan untuk memandu. Sekali sekala tangan kiri perlu diguna [secara tidak sengaja] untuk paut stering. Akhirnya aku minta Husni untuk memandu.

 Sebaik tiba di Tanah Rata, hospital daerah tujuan utama. Anum dah mula berpeluh dan nafas kurang teratur. Kami segera ke wad kecemasan Hospital GHighland. Kemudahan dan layanan tidak mengecewakan. Walau pun malam Tahun Baru Cina, petugas amat profesional. Tahniah.

Selepas lebih kurang 45 minit berehat, Anum kembali pulih. 
Nota: Bila agaknya Amirul boleh tafsirkan bacaan mesin ni?

 Sempat solat Jumaat di Masjid Abu Bakar, Tanah Rata. Ramai pelancong [orang luar & pekerja asing] bersolat sama. Khutbahnya amat menarik. Sebelum solat dimulakan, imam ambil masa pastikan semua jemaah matikan handphone dan  kanak-kanak tidak bising.

 Pemandangan daripada tempat penginapan kami di atas bukit.

140201 Durian Durian Durian Durian

Durian Durian Durian Durian Durian Durian Durian Durian Durian Durian Durian 