Monday, September 19, 2011

Sekitar Raya 2011

Famili Hamzah dari Perlis [yang sedang banjir] datang beraya.
Cikgu Rosminah dan anak bungsunya datang beraya. Suami, En. Azlan telah balik lebih awal.

Cikgu Rani, Aziz, Pahkuradzi & Sukimin juga datang beraya.

Giliran kami pergi beraya ke Flat Sentul [Rumah Hj. Yahya & famili]

Ziarah & Raya Di Melaka 110916

Tiga sahabat sebilik sewaktu di Mekah beberapa tahun yang lalu.

Persahabatan yang dijalin sewaktu di Mekah beberapa tahun dahulu masih dikekalkan.

Bersama isteri masing-masing di rumah Hj. Omar.
En. Norazmar, sahabat semasa bertugas di EPRD, kini lebih selesa berehat di rumanya di masjid Tanah sambil ditemani isterinya yang juga telah bersara. Beliau juga telah mengalami "stroke" yang agak extreme beberapa tahun yang lalu sewaktu sedang menjalankan tugas di pejabat.

Sahabat lama semasa bertugas di Sekolah Rantau PETRONAS, En. Manaf galeh [49 tahun] telah mengalami "stroke" sewaktu pertengahan Ramadhan lalu. Walau kini masih belum boleh makan [hanya susu formula melalui salur] beliau kini sedang beransur pulih.

Nasib berbeza

MUnited tewaskan Chelsea 3-1 manakalan Arsenal tewas kepada Blackburn 4 - 3. Kemengana terkini bermakna MUnited berada di puncak tangga EPL manakala Arsenal di tangga ke-15. Tahniah kepada penyokong MUnited. Kepada penyokong Arsenal di Malaysia pula, sempena semangat Merdeka marilah kita menyokong pula QPR!!!

Tuesday, September 13, 2011

Adakah MJ Telah Beriman?

Dapatan & Fahaman daripada Kuliah Maghrib di Surau Al-Muhajirin pada 12 Sept 2011
1. Manusia menilai iman orang lain melalui perbuatan & percakapan. Namun begitu jika seseorang itu telah beriman tanpa pengetahuan orang lain [terutama sewaktu saat-saat akhir kematian] hanya Allah yang mengetahui.
2. Jangan cepat menuduh orang lain tidak beriman [murtad]. Kita pula jangan lakukan perkara-perkara atau ungkapkan kata-kata yang boleh mengundang orang lain menganggap bahawa kita telah tidak beriman.
3. Adakah MJ telah beriman? Menurut pendapat penceramah, tiada bukti yang menunjukkan bahawa beliau telah beriman. Namun jika sebaliknya, hanya Allah yang maha mengetahui.

Sunday, September 11, 2011

Erathon @ Putrajaya

Asalnya janji akan tiba pada 3pm. Sehari sebelumnya dikhabarkan pula akan tiba pada 1.45pm. Bila tiba hari sebenar, mereka tiba pada 12.50pm. Agak kelam kabut juga kerana persiapan akhir masih belum siap. Khemah baru sahaja pukul 11am siap dipasang.
Ramai tetamu agak kecewa kerana tidak berkesempatan bersua dengan skuad Radio ERA. Ramai yang hadir sekitar 2.00pm. namun begitu alhamdulillah semuany7a berjalan lancar.

Thursday, September 8, 2011

Ziarah Famili Anum

Ramai ahli famili isteri aku, Anum yang telah kembali ke Rahmatullah. Kebanyakannya telah dikebumikan di tempat di mana famili mereka berada. Contohnya Arwah Kak Chah [wan Azizah] telah dikebumikan di batu Pahat dan Arwah Abg Tahir [Wan Mohd. Tahir] telah dikebunikan di Sabak Bernam.

Ahli famili yang masih menetap di Johor Bahru kebanyakannya telah dikebumikan di Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru. Antaranya adalah Arwah Wan Mohd [abah Anum], Arwah Mariam [emak Anum] dan wan Mohd Saat [adik Anum]


Sebelum ini kami sefamili selalu bermasalah ketika menjejaki lokasi pusara-pusara ini. Mulai tahun ini aku berazam untuk tidak lagi tercari-cari apabila berziarah ke Mahmodiah.


Melalui kaedah "SEGITIGA" yanga aku gambarkan, InsyaAllah kami tidak akan "tercari-cari" lagi.




Arwah Yazid [nama panggilan] meninggal pada usia muda akibat penyakit misteri. Yang paling aku ingat tentang arwah ialah dia kerap belikan hadiah pakaian untuk anak sulung aku, Abg Arif yang ketika itu masih kecil.

Famili 60an

Rasanya dulu aku dah buat "entry" berhubung potret 60an ni. Tapi rasanya tak salah buat semula. Bila lihat foto ni terkenang kembali kehidupan dulu-dulu semasa di Skudai Kiri dan membandingkannya dengan kehidupan kini.

Sunday, September 4, 2011

Al-Fatehah



Aku berkedempatan untuk bersama-sama berada di Tanah Perkuburan Islam UPM semasa majlis pengkebumian jurugambar BERNAMA yang terbunuh di Somalia. Amat ramai yang hadir hingga tidak berkesempatan untuk fokus foto.