Thursday, March 31, 2011

Imbas Kembali ........

Minggu lepas, awalnya aku agak marah dengan Bank Islam Putrajaya kerana mesin deposit tunainya tidak mahu terima bayaran bulanan pinjaman perumahan aku seperti biasa. Setelah gagal 4 kali cubaan, aku ke kaunter untuk bayar tunai. Bila aku maklumkan nak bayar pinjaman perumahan petugas tu dengan senyum sinis beritahu bahawa pinjaman aku DAH HABIS BAYAR. Termangu aku sekejap. Gembira ada sebab satu beban dan beres, tapi malu pun ada sebab tak prihatin. Aku segera teringat kembali .............. Sekitar tahun 1984, Kerajaan Negeri Johor jalankan kempen pemilikan rumah untuk rakyatnya. Pada masa itu banyak rumah murah [RM22,500 seunit] dibina dan semua yang layak digalakkan untuk memohon. Aku tidak ketinggalan isi borang di pameran yang diadakan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru. Tak lama setelah itu, aku dimaklumkan aku berjaya mendapat sebuah rumah "end-lot" di Taman Skudai Baru. Jika berminat aku perlu bayar 10% wang pendahuluan. Dengan gaji masih rendah, agak mustahil untuk ada tunai RM2250.00. Atas nasihat kawan-kawan aku ke Bank Kerjasama Rakyat Malaysia untuk buat pinjaman peribadi. Sambil tu aku ke bank Islam untuk dapat pinjaman pembiayaan. Walau pun dapat pinjaman 100% tapi duit lebih aku tak simpan.Untuk 3 tahun pertama, kena bayar 2 bank [memang agak sukar untuk imbang perbelanjaan sebab gaji masih kecil].

Thursday, March 3, 2011

Makan Tuan

Jabatan HEP tempat aku kerja tak pernah kompromi dengan pelajar yang bawa kenderaan dan letak di kawasan bangunan pentadbiran. Semua Pak Guard telah diberi taklimat dan kebenaran khas untuk "merantai" kenderaan tanpa pelekat khas yang di letak di kawasan bangunan pentadbiran. Antara sebab utama adalak untuk elak sesak kerana lot tempat letak kenderaan yang amat terhad.
Atas alasan minyak motor EGoS dah habis, Amirul guna motor EX5 yang biasa aku guna untuk ke tempat kerja [punyai pelekat]. Taktik biasa yang digunakan untuk elak beli petrol.... Jadi, untuk hari tu aku guna EGoS tu ke tempat kerja.
Sewaktu habis kerja dan nak balik, alangkah terperanjatnya aku kerana ada notis pada EGos tu. Bila aku baca, nak tergelak pun ada, nak marah pun ada. Sambil jeling sekitar aku lihat roda depan EGos tu dah dirantai! Alasan - tiada pelekat khas......
Dengan muka tebal, aku segera ke balai Pak Guard mohon buka mangga. Sambil berkali-kali minta maaf sebab dah "terantai" motor aku, Pak Guard tu sempat "sound" kenapa tak tampal pelekat "staf". Aku ngaku salah dan janji tak buat lagi ......

A college up on a hill

Aku pernah habiskan masa selama 2 tahun di bangunan ini. Tahun 1 di tingkat 10 dan Tahun 2 di tingkat 8. Zaman dahulu tak berapa keras peraturannya. Tingkat 7 ke bawah adalah asrama pelajar perempuan. Kalau naik asrama lepas nonton tv [pukul 10 mlm - lift tutup] banyak jumpa pelajar-pelajar rajin yang buat GERKO tangga ......
Di balik dinding berlubang tu ..... lokasi kegemaran aku
Suatu masa dahulu [sekitar tahun 1979 - 1980] aku pernah berada di situ. Punyai ramai sahabat, timba banyak ilmu dan alami banyak pengalaman baru.
Kebetulan hari ini ada Mesyuarat Penyelarasan Konvo untuk pelajar PISMP di situ, aku tak lepas peluang untuk jengah lokasi-lokasi kegemaran aku dulu. Banyak telah berubah. Bilik Mesyuarat Rais Yatim [jangan tanya kenapa ambil nama tu ...] tempat aku mesyuarat tadi, dahulunya adalah pusat sumber.
Tidak ketinggalan, tempat aku mendengar [terlena?] khutbah Jumaat di surau @ masjid kini sudah dijadikan bilik solat wanita. Lokasi kegemaran aku adalah di saf pertama tetapi di luar dewan masjid [di kaki lima]. Walau pun lewat pergi masih dapat tempat dalam saf pertama.....