Sunday, March 29, 2009

Klasik @ Pusat Kraft KLumpur

Habis persembahan, Anum siap beli VCD berautograph lagu-lagu popular Junainah M.Amin. Tidak ketinggalan ambil peluang posing bersama penyanyi popular tersebut.
Tak sangka, Cikgu Kamal dan isterinya, Roza dari Ijuk, (sahabat semasa di Sek Rantau PETRONAS) juga minat lagu-lagu klasik. Anum dan Roza ambil kesempatan bergambar bersama Milah Husin, juga penyanyi popular 70an.


Friday, March 27, 2009

Amirul's First Bike Ride To School

Yesterday, Amirul was very exited when he saw En. Sazali, his driving instructor during maghrib prayers at Presint 9 Mussolla. He will get his "L" license. Finally he can ride the Karisma without fear being summon by the police.
Today, I followed his ride from home to school. As it was a bit rainy, I was quite worried. He managed to arrive at his Presint 16 School safely. Hopefully he will continue riding his bike safely and not becoming one of the Mat Rempit of Malaysia.



Thursday, March 26, 2009

Suatu Masa Dahulu ........














Umrah KLIA

+) Eh, Pak Din tu pakai baju batik (hari Khamis), tapi di KLIA pula. Ponteng kerja ke?
- ) Keluar kejap sebab nak hantar Kak Pah dan Zaharah pergi umrah.

Masih sempat berposing untuk gambar kenangan.

Selain Abang Lan (tiada dalam gambar), Shafiq, Shahmi dan Ainah turut hantar di KLIA.

Semoga selamat pergi & selamat balik di samping dapat mengerjakan umrah dengan aman dan mendapat keredaan Allah.

Wednesday, March 25, 2009

Ribut pada 25 Mac 2009




1. Awan gelap, angin bertiup kencang dan hujan turun dengan lebat.
2. Sebaik hujan reda, Arif beritahu banyak pokok tumbang di sekitar Putrajaya.
3. Di Presint 9, Kancil jiran Johari rosak akibat pokok yang tumbang. Pangkal pokok telah reput sebab dimakan anai-anai.

Tuesday, March 24, 2009

Foto Percutian Melaka











Menggigil

Mentang-mentanglah semalam kita orang komplen dan ugut nak potong bayaran untuk sewaan hotel kerana sistem hawa dingin yang tidak berfungsi, pihak pengurusan Hotel Federal hari ni tunjuk terror. Ramai peserta kursus mengadu kesejukan dan tidak ketinggalan pakai blazer dan baju tebal.
Aku yang terlupa bawa blazer, terpaksa guna alas meja yang tidak digunakan dan selimutkan badan.

Sunday, March 22, 2009

Fulham - 2, Man U - 0

1. Sejak awal lagi aku dah agak, sesuatu kejutan akan berlaku. Mata aku tak rasa ngantuk pun hari ni walau pun siang tadi banyak "exercise" di Jalan Tengku Abdul Rahman KL .
2. Swatczer cukup tangkas hari ini. Dia berjaya menggagalkan 2 cubaan bahaya berturut-turut.
3. Kasihan Schols, kad merah untuk sentuh bola di kawasan penalti.
4. Tahniah Murphy yang ambil sepakan penalti. Jika Van De Sar lompat arah yang betul pun tak kan berjaya halang jaringan tersebut.
5. Rooney amat kecewa atas kekalahan MU. Lontaran bola keras kerana batal sepakan percuma sebabkannya dilayangkan kad merah.
6. Raza jaringkan gol gaya libasan sepak takraw.
7. Aku tak sabar baca ulasan akbar Metro dan Kosmo esok. Minggu lalu tajuk utama "Liverpool Belasah MU" dan "Liverpool HINA Man. U". Esok apa agaknya?
8. Semoga Minjuk tidak kecewa rekod 24 tahun lebur malam ni.

Friday, March 20, 2009

Melaka 20 March 2009

Bersama En. Rahman, isterinya, Iqbal dan Faruq, dan Anum aku bercuti ke Melaka. Antara tempat yang dilawati adalah Dataran Pahlawan, A'famosa dan Bandar Hilir.
Foto-foto percutian akan di download nanti.
Petang ni balik Putrajaya untuk sertai Pesta Belon Panas pula.

Friday, March 13, 2009

Bandar Ayam Kampung

Antara beberapa perkataan bahasa Melayu yang memberi konotasi negatif dewasa ini adalah istilah "ayam". Namun pihak berkuasa tempatan dan warga Maran, Pahang begitu bangga menamakan bandar mereka sebagai "Bandar Ayam Kampung".

Dalam perjalanan balik dari Kuantan setelah tamat Kursus Kurikulum Standard Prasekolah dan Tahun Satu, aku singgah di Maran kerana berjanji nak jumpa Us. Sakri, sahabat lama semasa bertugas di Sekolah rantau PETRONAS. Sambil makan "nasi ayam" di gerai di hadapan Masjid Maran, aku nampak tembok yang tertulis "BANDAR AYAM KAMPUNG" di seberang jalan.

Mungkin nanti selepas ini ada bandar lain di Malaysia yang akan mengaku sebagai "BANDAR AYAM DAGING" ........

Monday, March 9, 2009

Ole-ole Sibu


Hotel Tanahmas terletak kira-kira 500m dari pasar Sibu. Pagi Sabtu sebelum balik, sempat ke sana untuk beli ole-ole. Udang galah, ayam kampung, kura-kura dan pelbagai jenis haiwan ada dijual di sini. Udang galahnya cukup murah! Sukimin boleh gantung joran jika di Sibu sebab duit yuran boleh dapat 1kilo udang galah yang fresh....
Jika udang nak di bawa naik "belon" pembeli kena tambah duit untuk beli kotak, plastik dan pita pelekat. Perlu pastikan tidak bocor sebab jika air menitik, untunglah petugas di airport Sibu!

Friday, March 6, 2009

Sup Power Sibu, Sarawak

Minggu ni aku ada tugasan di Sibu, Sarawak. Berdasarkan cadangan peserta taklimat, pakej yang aku sediakan diadakan di Hotel Tanahmas. Seramai 148 orang yang terdiri daripada GB dan GPK1 sekolah terpilih WP Labuan, Sarawak dan Sabah hadir.
Antaranya adalah Janudin, sahabat masa di Sekolah Rantau PETRONAS dahulu. Kini dia GPK1 di SK Annau, dekat Bintulu. Amat seronok dapat jumpa kawan lama. Pada malam kedua, selepas tamat sessi taklimat malam, kami meronda-ronda sekitar Sibu untuk cari Taman Harmoni (lokasi gerai Sup Power).
Sekitar 11.30pm baru jumpa. Boleh tahan juga sedap sup tersebut. Tapi tentang "power" tu aku tak pasti.....